Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, September 3, 2010

Mencari Malam Lailatul Qadar...




Hari ini Jumaat 24 Ramadhan...

Ini bermakna dah 24 hari kita menjalani ibadah berpuasa...

Dan kita sudah pun berada di penghujung bulan mulia ini.

Seperti yang ramai ketahui...

10 hari terakhir...ramai yang menggandakan amal ibadah dan berjaga di malam hari  untuk mencari Malam Lailatul Qadar.

'Malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada 1000 bulan' (aL-Qadar 3)

Malam Lailatul Qadar sunat dicari dan ianya berlaku pada malam malam ganjil seperti malam 21, 23, 25 27 dan 29 Ramadhan,

Sabda RASULULLAH s.a.w.

'Carilah malam Lailatul Qadar oada 10 akhir bulan Ramadan dalam malam malam ganjil.'

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah apabila tiba 10 hari yang terakhir Ramadhan...Baginda akan menghidupkan malam malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya....

Petua-petua Mengenali Malam Berlakunya Lailatul Qadar...

Imam Ghazali Rahimahullah berpendapat malam berlakunya Lailatul Qadar itu boleh dicari berpandukan pada cara berikut :

...jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahar atau Rabu...maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 Ramadhan

...jika awal Ramadhan jatuh pada hari Isnin...maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan...

...jika awal Ramadhan jatuh pada hari selasa atau Jumaat...maka Lailatul Qadar jatuh pada 27 Ramadhan.

...jika awal Ramadhan jatuh pada hari Khamis...maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan

...dan jika awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu... maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadan.


Rahsia ALLAH menyembunyikan Malam Lailatul Qadar... adalah supaya menjadi satu pendorong dan galakan untuk berusaha bersungguh sungguh dalam menunaikan ibadah kepada ALLAH disepanjang bulan Ramadhan....

Hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. 


Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Semoga kita beroleh rahmat  dalam mencari Malam yang kebaikannya lebih dari 1000 malam...

Kerana...kita tidak tau...adakah ini Ramadhan kita yang terakhir....?




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Mak Su said...

kak, marilah kita berusaha dengan penuh keikhlasan

MOKCIK AZWA said...

Semoga amalan kita diterima olehNya

NJ@Goboklama said...

rasa cam dpt puasa umum je taun ni :(

kakAnie masih ada no.NJ tak? Bole tk tlg msg sbb NJ tk store no akak dlm simcard, hilang sudah...

tengkiu kak, selamat bertemu dgn lailatul qadar yg dinanti :)

pB said...

salam Kak ANi


selamat hari raya
mohon maaf atas segala salah dan silap pB.

mintak halal nyer apa apa yang akak dok belanja pB makan ...

kita jumpa lagi lepas raya....

doakan pB dan family selamat balik dan selamat pulang ...

iina said...

Kak Anie.. InsyAllah kak mana tau nanti kita ditakdirkan bertemu lailatul qadar ;) jaga kesihatan ye kak ;)

Aku adalah aku said...

Tahun ni terlepas lagi...Cik P menjelma lagi...

Aku adalah aku said...

Tahun ni terlepas lagi...Cik P menjelma lagi...

Kak Anie said...

Maksu...memang itulah sepatutnya...bak kata ustaz semalam...kalau kita beramal sepanjang Ramadhan...pasti kita akan berjumpa Lailatul Qadar...

-------------------

Azwa...itulah harapan kita...semoga amalan kita diterima...

-------------------

NJ...takpelah... janji kita dpt menunaikan ibadah itu dengan ikhlas semoga usia kita dipanjangkan untuk Ramadan akan datang...

Nanti akak smskan no. ye...

------------------

PB...SELAMAT HARI RAYA buat PB juga...selamat balik kampung...

Maaf zahir batin dari akak juga...semoga dimaafkan salah dan silap...halalkan yang makan dan terminum...

Berhati2 dijalanraya...nanti kita jumpa lepas raya ye...

-----------------

iina...insyaallah...semoga kita sama2 dpt bertemu dgnnya...

Thanks iina...

-----------------

Elly...akak pun macam nak sipi2 aje ni...hahahah...

en_me said...

aminn ya robbal alaminn..

aNIe said...

en_me...ameen..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails