Assalamualaikum buat sahabat semua...
Apa program cuti sekolah ni...?
Gambar dari blog ini
Hmmmm... aku masih belum merancang apa2... cuma yang sudah pasti aku akan ke Lost world of Tambun
Bukan percutian keluarga..tapi aku akan menemankan si kecik yg akan bersama2 rombongan Upin & Ipin ke sana selama 3 hari...
Seronok sungguh dia bila dapat berita akan ke sana... sebab inilah pertama kali kami akan ke sana...
Hujung minggu lepas balik ke Melaka... aku tak bawa kereta kerana aku ikut cik abang balik dari meeting di Shah Alam... jadi tak dpt ke mana2... sebab kereta takde... lepas memasak dan siap kerja rumah...aku terperap aku menonton TV sampai bosan.
Kemudian cik abang dtg ambil aku untuk ke rumah anak melihat cucu comel ku...kemudian ke rumah bapak dan melawat sepupu yang akan menunaikan umrah minggu depan... niat nak ke majlis kendurinya pun tak dapat... terpaksa dibatalkan saat2 akhir...semoga segala urusan ibadahnya dipermudahkan...
Selamat pergi dan selamat kembali buat kak Jeah dan suami serta anak bongsunya...
Niat dihati masa nak balik sini aku nak bawa sorang anak sedara lelaki aku ... dah setiap kali aku balik Melaka dia merayu2 nak ikut aku balik...

Tapi semasa aku nak ke rumah untuk mengambilnya.... aku diberitau ayahnya tak membenarkan sebab pada musim cuti sekolah kelas mengaji akan ada setiap hari di rumah nya...
Alahai...sampai kat rumah... hati ku terkilan sungguh sebab tak dapat nak bawa dia... nak berjanji untuk ambil dia minggu depan aku tak berani...sebab takut aku tak dapat balik...
Buat anak sedara ku wafy... Insyaallah kalau diizinkan minggu depan maksau datang ambil ye...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.