Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Diari Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Diari Kehidupan. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Selamat Tinggal 2012... Yang Tinggal Hanya Kenangan...

Bismillahirohmanirohim...`

Assalmualaikum

Sekejap saja kita dah berada dalam Tahun 2013...2012 pergi dengan berbagai kenangan pahit manis...

Tahun ni... tak ada apa yang baru bagi aku...

Anak kecil pun dah Tahun 6... jadi aku taklah sesibuk ibubapa yang anak2 akan memulakan persekolahan Tahun Satu ... sehingga sesak dan jem yang amat sangat di sepanjang jalan lebih2 lagi di hadapan sekolah...

Aku jadi hairan pada ibubapa yang sibuk menunggu anak  sehingga habis perhimpunan biarpun anak2 dah pun berada pada tahun 4..5.. dan 6...

Setiap awal tahun... ianya mengimbau kenangan silam...

Kenangan ketika si kecik aku  mula2 masuk sekolah tadika...

Betapa azabnya aku terpaksa mengadap kerenahnya selama seminggu...

Bila membaca entry aku mengenai kisah dia di Tadika... aku masih terasa seolah2 ianya masih baru berlaku....


Ini adalah entry recycle aku semasa dia mula2 ke Tadika...

------------------------------------------------------------------------



 Gambar si kecik di hari pertama ke Tadika...

Lega.....

 Pheeewwww!!!...Lega....

Itu lah rasa hati aku bila aku pergi mengambil anak aku di pre-school tengahari tadi....cikgu dia beritau aku ketika aku melintasi gate sekolah untuk menjemput dia....

'Hari ni Fareez okay...nangis sekejap aje...dah mula mahu bercakap...katanya esok dia takmo menangis lagi...'

'Alhamdullillah....''

Aku tersenyum sambil berlalu masuk ke dalam mencari dia...Dia datang pada ku dengan ceria...

'Ibu...aeez tak nangis lagi.....'

'Aha...camtulah anak ibu ....'

Itu cerita hari ni....dua hari sebelum ini keadaan dia membuatkan aku begitu risau....



Hari 1 :

'Ibu....temankan lah aeez...' pinta dia sebelum sampai lagi di sekolahnya...

'Okay...tapi ibu tak boleh tunggu lama...cikgu tak bagi....'

Sesampai saja di sekolah ...dia naik ke atas...aku pergi settlekan yurannya....tetiba aku dengar suara dia...terjerit-jerit memanggil nama aku...

'Ibuuuuuuuuu.....Ibuuuuu......nak ikut ibu......mana ibu kita.....Tepi lah orang nak pegi kat ibu orang'

Cikgu2 cuba tenteramkan dia tapi dia meronta2...dan aku tak sempat lari utk bersembunyi...sebab dia dah nampak aku lantas menarik baju aku macam nak koyak...menangis-nangis meminta aku masuk dgn dia sekali kat dalam kelas tu....

Alamak...aku dah jadi macam budak tadika plak dok atas kerusi kecit...sedangkan ibu bapa yang lain sorang pun tak menemankan anak mereka....

Pujuk punya pujuk pun masih dia enggan melepaskan aku....dpt saja peluang semasa dia sdg lalai...aku pun terus melarikan diri ke kereta...dan sayup2 aku dengar suara dia terjerit pekik memanggil aku ........ Ibu!....Ibu! ....dan dari jauh juga aku dengar dia menggegar pintu besi sekolah tu...hati aku jadi sayu...kesian plak aku mendengarnya...kerana selama ini aku lah yang menjadi pelindung dia...pantang mendengar dia memanggil aku..aku akan berlari datang bertanya mengapa...tapi hari tu...aku yang melarikan diri darinya ketika dia memerlukan aku...
Tapi nak buat macamaner lagi...

Namun aku terus memandu pergi....menuju ke sekolah Farhan untuk membelikan dia buku rampaian sekolah....hampir jam 11.30 aku kembali untuk menjemput Fareez....

Sampai saja di muka pintu...Teacher Rina ade di situ...

'Teacher...macamaner Fareez...?'

'Crying kak...non stop ...masa nak balik ni baru dia berhenti'

Tapi sebaik dia nampak aku dia wajah dia terus ceria...

Sepanjang perjalanan pulang aku memujuk dia dengan pelbagai kata-kata manis....nampaknya macam esok dia akan okay....harap-harap begitu lah....




Hari 2 :


Ketika dalam perjalanan ke sekolah Fareez....

'Ibu...hari ni ibu jangan lari tau....ibu temankan fareez okay'

'Mana boleh...sebab cikgu tak bagi ibu anak2 temankan anak diorang'

'Alah....ibu temankan le...' Airmata dia dah mula ketengah ketepi...

'Okaylah....tapi ibu tunggu kat luar'

'Janji..okay..kalau ibu tak tunggu...ibu berdosa...'

Aku tersenyum......pandai plak dia....

Sampai je di sekolah....dia dah mula dah.....dia peluk aku dan langsung tak mahu masuk ke kelas....datang sorang cikgu dia dtg memujuk...bila cikgu tu bawa dia ke atas...aku terus pergi. Memula aku tunggu di kereta...aku dengan suaranya masih menangis...tapi selepas berfikir...'buat aper aku tunggu dlm kereta tu...bukan boleh buat aper pon..baik aku balik'

So aku pun balik...masak...gorengkan nugget untuk dia dan tepat jam 11.15 aku bertolak ke sekolahnya....kali ni lain pulak komen 'teacher' dia...

'Hari ni Fareez nangis...tapi kejap saja...cuma dia tak mahu masuk kelas....'

'Takpelah teacher...give him until next week...i think he will be okay ...'

Fikiran aku jadi buntu....macamaner aku nak buat lagi ni....sebab anak2 aku yang terdahulu tak pernah ade masalah ni...mungkin sebab selama ni dia cuma bersama aku di rumah dan dia tak pernah berpisah dari aku...



Hari 3 (Hari ni) :

Pagi-pagi semasa di dalam kereta....

'Ibu...nanti balik kita singgap kat Petronas eh...beli keropok....'

'Takmo...kalau Fareez tak nangis...Fareez masuk kelas...baru boleh beli keropok...'

Sebaik saja kereta aku membelok ke kawsa sekolah...

'Ibu fareez rasa macam nak nangis je....'

Larr...pulak...puas dah aku memujuk dia tadi....ade lagi bab nak menangis ni......

Dan sebelum aku pergi tadi...dia langsung tak mahu melepaskan pelukan dia pada ku...dia kata dia dah takmo pergi sekolah...dia nak tolong aku masak je kat umah...dia tak pandai pun tak aper...lorrr...sampai camtu sekali.

Tapi kali ni...aku minta cikgu dia ambil dia dari aku dan aku terus pergi tanpa menghiraukan jeritan dia....

Dan kali ini balik dari menjemput aku terus singgah di Petronas untuk membeli keropok yang aku janjikan....

Dan aku harap sejarah Hari 1, 2 dan hari ini tak akan berulang...kerana tiap kali mendengar suaranya....aku jadi sayu............dan fikiran aku jadi buntu...tak tau nak buat aper....

--------------------------------------------------------------

Ini gambar dia ketika mula2 nak masuk sekolah agama...



Ini pula masa mula2 dia masuk sekolah Tahun 1...





Gambar terbaru si bongsu ku...



How time flies...

Sebak bila melihat gambar2 ni... terasa betapa cepat masa berlalu... kadang aku terasa masih belum puas mencium pipinya... memeluk dia setiap malam...

Semoga dipanjangkan usia ku untuk melihat dia terus membesar dan berjaya dalam hidupnya...




...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, December 17, 2012

November Dalam Kenangan 2...

 Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum buat semua sahabat...

 Awal November... aku seperti biasa menemankan si kecil ke Karnival di Taman Tasik Ttitwangsa....

3 hari berkampung di sana...

Lama sungguh tak ke sana banyak perubahan yang kulihat.. yang paling best... sepanjang 3 pagi di sana aku lihat ramai orang berduyun2 joggin dan beriadah ...

Seronok bila tengok orang ramai membawa keluarga... berjogging... berjalan kaki... berbasikal.. dan terdapat juga banyak acara yang diadakan di sana... memang meriah





 

Minggu berikutnya aku dan si kecikdan anak dara ku mengikut cik abang ke Batam...

Perjalanan bermula selepas Maghrib dari pejabat cik abang... kali ini ibu mertua ku ikut sekali ...

Destinasi pertama ialah bermalam di Rumah Citra Pontian..

Pada waktu malam tidak kelihatan keindahan rumah ini... tapi bila pagi menjelang...terasa suasana kampungnya...

Kicauan burung yang bising diwaktu pagi menyapa telinga... mengimbau kenangan semasa kecil...

Dari jauh kedengaran bunyi itik angsa... memang tersangatlah best....bagi mereka yang suka akan suasana damai di perkampungan melayu...

Semasa sampai saja malam tu... kami dijamu dengan soto ayam oleh tuan punya homestay... dan juga durian fresh dari ladang...

Jom layan gambar...


 Bilik double yang besar.... siap almari kayu dan semuanya diperbuat dari kayu... tapi berhawa dingin...

  

Pemandangan di hadapan rumah



Bahagian dalam rumah yang ada balai untuk berkumpul dan bersembang...









Pagi yang indah...kami dijamu dengan nasi lemak yang sedap...


Selesai bersarapan dan bergambar... perjalanan diteruskan ke Jetty Stulang Laut di Johor Bahru



2 jam perjalanan maka kami pun selamat sampai ke Jetty di Batam...dari sana kami terus dibawa ke restoran Minang untuk makan tengahari...seperti biasa... kalau ke Restoran Minang memang kita akan dihidang dengan pelbagai masakan minang beraneka jenis....


..kemudian terus check in ke hotel...
Goodway Hotel Batam





Bilik yang amat selesa untuk aku bertiga dengan si kecik...

Anak dara ku sebilik dgn mertua...

Selepas check in... kami berehat sebentar dan kemudian dibawa ke tempat membeli belah...

Bersambung.... 





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, August 29, 2012

Syawal 2012...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum

Salam Syawal buat semua sahabat blog...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...

Ampun dan Maaf dipinta seandainya pernah terkasar bahasa... tersilap kata... tersalah komen membuatkan yang empunya blog berkecil hati....

Aku memohon maaf... dan dengan setulus hati aku juga memaafkan jika ada kesilapan2 yang pernah kita lakukan....

Lebih seminggu dah kita berhari raya... dan dunia blog aku sunyi sepi....

Laptop yang aku bawa balik semasa beraya di kampung selama seminggu duduk je dalam beg dia...

Balik ke rumah pun laptop masih dalam beg...sehinggalah semalam si kecik yang keluarkan laptop dari begnya.

Tak banyak yang hendak diceritakan... cuma rasanya kali ini Syawal aku lebih bermakna... Alhamdulillah...

Cuma terkilan dihati ini kerana niat hati untuk berjaga di malam 1 Syawal tak kesampaian... aku terlalu letih hingga terlena hampir waktu subuh...

Semoga umurku dipanjangkan hingga ke Syawal tahun depan untuk menyambut Ramadan dan Syawal dgn lebih bermakna dari tahun ini...

Aku berada di kampung sehingga 4 Syawal... kemudian aku kembali ke Shah Alam kerana anak dara aku mula bekerja pada hari Khamis dan Jumaat...

Jom layan gambar2 yang diambil


Bilik Mertua yang cantik berhias mcm bilik pengantin... 
Mil aku memang begitu cerewet ttg kebersihan tmpt tidurnya... memang katilnya sentiasa kemas dan cantik biarpun pada hari2 biasa....


Pagi2 lagi aku dan anak dara ku dah menyiapkan 
segala bahan2 untuk dimasak tengahari nanti


Ibu mertua pula dari jam 11 pagi dah duduk mengisi lepat pulut kegemaran cik abang...
Sampai naik semut2 kakinya mengisi 3 kg pulut...


Selesai zohor... kerja2 masak memasak bermula... itik masak asam pedas
Daging masak kari...


Rendang angsa dalam proses....

Raya tahun ni... juadah di rumah mertua adalah rendang itik...angsa dan ayam belanda. 



Anak2 bujangku di pagi raya....


Anak sulung ku bersama keluarga sampai lewat sedikit....


Si kecik Ziqri yang menjadi rebutan mak2 sedara...sehingga anak dara aku terpaksa
membawa dia masuk ke bilik agar cuma dia sorang je boleh kerjakan si comel ni...


Dah tak tahan kena gomol...


Leka menghisap jari...hehehe...

Seperti tahun2 biasa... aku balik ke rumah bapak setelah suamiku selesai bertugas di MITC...

Hari Raya kedua... aku dan cik abang sibuk ke majlis rumah terbuka... 

Raya ketiga dia dah tak larat dah utk ke rumah terbuka... kami cuma berkunjung ke rumah adik2 ipar...

Raya keempat... kami kembali ke Shah Alam...

Bila balik je ke Shah Alam ... suasana raya dah tak macam kat Melaka... sunyi sepi... macam hari2 biasa je....




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, August 3, 2012

Hari2 Yang Sibuk ...

Bismillahrohmanirohim...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita sudah pun hampir berada pertengahan Ramadan tahun ini....

Akhir2 ni... aku begitu sibuk dengan anak2...

Kelmarin bersama si kecik mencari kasutnya... sebelum itu ke Tabung Haji...mula2 ingin mengemaskinikan buku Tabung Haji...tapi disebabkan dah lama sangat akaun tu tak aktif... kena buat buku baru...

Ramainya orang Ya Allah...!! Penuh kat dalam pejabat Tabung Haji PKNS tu...

Selepas dapat buku baru...terus daftar sekali... giliran aku jatuh pada tahun 2051...hahahah... dah bongkok 3 tu... aku akan terus berdoa semoga aku tak perlu tunggu hingga tahun tersebut...hehehe ( ntah ada umur ke idak sampai 2051 tu)

Dariw PKNS kami ke di SACC Mall saja untuk mencari kasutnya.....tp tak berjumpa pula yang sesuai untuknya...

Akhirnya kami berbuka di sini...berdua duaan saja...






 Kemudian kami bergegas pulang...

Semalam pula...menguruskan hal si abang yang terpaksa membuka akaun untuk pinjaman Mara kolej dia...

Tapi tak selesai jugak... sebab semasa di RHB... My Kad dia tak boleh dibaca mesin bank tersebut... maka kami keluar dari bank tersebut dengan rasa hampa...

Dari sana kami terus ke Sunway Piramid... sambungan misi semalam ...mencari kasut untuk si kecik...

Susah betul nak cari kasut dia... ke bahagian kanak2 kasut2 yang ada kecil untuk kakinya... ke bahagian orang besar pulak... kakinya terlalu kecil untuk kasut2 tersebut...


Berbuka di sini pula... ayam lagi...!!


Akhir sekali... berjaya juga...setelah penat meronda selepas berbuka dan solat...

Masa jumpa kasut dia tu... kaki aku dah bagai nak tercabut...dah tak boleh nak berdiri dah... sakit segala jari jemariku...

Bila dah selesai... si abang pulak cakap nak cari jeans dia...

Alamak... aku ni dah bagai nak baring je kat situ... bayangkanlah dari tengahari kami keluar...sampai ke Isyak pun tak balik lagik....

Tapi kesian pulak kat dia... jadi ikutkan aje....

Asalkan jumpa kerusi aku duduk... si kecik tu terus baring...

Bila si abang tunjukkan seluar...

'Cantik tak ibu...'

Aku terus jawab..

'Cantik...'

'Alah... ibu ni mesti dah malas nak carikan seluar tau... tak tgk betul2 dah cakap cantik...'

Memang pun aku dah tak berdaya dah...tapi tak sampai hati nak hampakan dia....

Selesai urusan anak2... kami terus pulang... masa bawak kereta... dlm kepala aku dah ingat nak tidor je dah....

Mata bagai nak terkatup je masa memandu...

Si abang dah boleh memandu...tapi disebabkan aku bawak Naza yang besar gedabak tu...dia tak berani nak drive...

Hari ini...kami ke bank sekali lagi... kali ini mencuba nasib di Cimb...

Alhamdulillah...semuanya selesai...

Jadi ... hari ini aku dapat berehat sebentar sebelum memasak...

Rasa lega bila semua urusan dah siap....

Takde nak cari apa lagik dah... cuma tinggal nak cari baju Melayu je untuk diorang... dan selalunya kami beli yang siap je...

warna tema...?  Maaf sampai sekarang masih lagi belum buat keputusan untuk memakai warna apa untuk hari raya...

Hehehe....selalu macam tu lah kami di pagi raya... warna tak pernah sama...cuma mungkin tona warna aje yang seakan2 sama....



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, July 23, 2012

Awal Ramadan Yang Kelam Kabut...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

Salam Ramadan buat semua sahabat blog...

Alhamdulillah.. termasuk hari ini dah 3 hari kita berpuasa...

Setiap kali menjelang puasa...pasti aku dan anak2 dalam dilema... nak balik Melaka ke... nak berpuasa di sini....

Kalau balik ke Melaka... pastilah terpaksa meredah sesaknya lebuhraya utara selatan... pergi dan balik...

Bertanya pada Farhan...dia takmo balik sebab nak menyiapkan assignment...

Bertanya pada anak dara aku... dia pun tak balik sebab ada 'event' dan dia terpaksa bertugas...

Aku...Hmmm... kalau boleh ingin menyambut awal Ramadan bersama suami dan anak2...

Aku berbelah bagi...

Bertanya pada cik abang...

'Belom tau lagik....'

Begitulah selalunya jawapan kalau aku bertanya ttg programnya... selalunya dia tak berani nak bagi kata putus...

Kesudahannya hingga Jumaat malam...cik abang tak memberi apa2 jawapan... tapi ketika aku balik dari rumah adik ipar di KL...cik abang dah pun lena bersama Farhan...

'Aik...cik abang...dah balik...'

Maka... pagi sahur tu aku dan cik abang dpt bersahur dengan anak2...

Alhamdulillah...

Menjelang tengahari ...sedang aku sibuk mencuci pakaian... cik abang bersuara...

'Dalam jam 2 nanti... kita siap2lah...balik Melaka'

Eh !!  Balik Melaka....

Hmmm...takpelah...balik je... maklumlah awal berpuasa pasti cik abang nak berbuka bersama bondanya...

Maka aku dan anak2 bersiap2... kami bertolak hampir jam 3....jalan lengang... maklumlah awal puasa selalunya orangramai lena di tengahari...

Sampai aje di Melaka... singgah sebentar di Parkson... membeli belah barang anak2... aku pun menumpang juga...

Dari sana... kami terus ke rumah adik ipar kerana mertua ada di sana...begitu juga dengan adik2 ipar yang lain...

Makanan semua dah siap dimasak..menanti azan berkumandang je...(gambar lupa nak amik...bateri hp dah nak abis....)

Meriah bila berbuka bersama...riuh rendah dengan suara anak2... yang menjadikan suasana meriah ialah melayan anak2 yang baru berlatih berpuasa... azan aje tak tentu arah nak mencapai apa yang boleh dimakan...

Hari ke 2 berpuasa aku masih lagi di rumah mertua...

Cadang nak balik awal... dah beritu cik abang...

'Kita jangan balik lepas buka...mesti jem kat highway...'

Maka aku pun bersiap2 untuk pulang ke Shah Alam tenghari tu...

Beriya -iya aku bersalam2an dan bepeluk2 dengan mertua dan ipar... maklumlah...rasa bersalah pulak pada mertua yang seboleh2 menahan aku berbuka lagi di sana...

Sebelum pulang ... sementara menanti cik abang yang ada urusan dengan Big Boss aku singgah di rumah anak sulong ku...menjengah cucu yang dah semakin cerdik...


Tunggu punya tunggu hampir jam 6 baru urusan cik abang selesai....

'Alah bang... kalau camni kita berbuka rumah mak je lah... '

Maka aku dan anak2 berpatah balik ke rumah mertua dan bebuka di sana...lepas berbuka barulah aku dan cik abang bersiap2 untuk pulang

Adoyai... kelakar pulak jadinya...tadi beriya2 bersalam... ditahan berbuka pun tak boleh... tapi akhirnya terpaksa lah juga...

Kami sampai rumah hampir jam 12 malam...

Alhamdulillah...biar pun kereta banyak tapi taklah jem...

Setelah 2 hari berbuka beramai2... hari ni tinggal aku dan anak2 je...

Walaupun tak ramai...dari tadi aku takde idea apalah juadah yang nak dimasak






...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, July 16, 2012

Universal Studio Singapore 2...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum ...

Salam pagi Isnin buat semua pengunjung blog...

Kita sambung perjalanan cuti yg terhenti di Revenge of the Mummy...




Gambar sekitar kawasan Revenge of The Mummy...anak2 sedara yang masuk ke dlam...ramai yang pening mabuk.. kata mereka dalamnya gelap...dan pergerakan kat dalam tu ke depan ke belakang membuatkan mereka mabuk...

Keluar dari situ... kami ke Oasis Spice Cafe... untuk mengisi perut 








Gambar ini dari blog ini...sebab aku tak sempat amik gambar makanan...dah lapo...


Kami memesan Nasi Arab ... pakej yang beharga $13 utk satu set...

Nasi Arabnya membang sedap... cuma dessert yang disediakan manis dan tak kena dengan citarasa kami...

Selesai makan...kami sambung perjalanan....ke Jurassic Park...



Sejak dari tadi aku asyik menjaga cucu sementara mama & ayahnya bergumbira...kali ini adik ipar aku ajak masuk ke Jurassic Park Boat Ride...

Memang seronok menaiki bot yg hanyut sepanjang sungai buatan yang ditepi2nya ada patung2 dinosaur yang seakan2 hidup....

Terjerit pekik kami di dalam bot..seronok betul..dah lama tak merasa diri mcm bebudak...hahaha

Tapi awas masuk ke dalam ni tak boleh bawa kamera atau hp...kerana kita akan basah ketika bot itu melalui sungai tersebut...


Keluar saja dari situ...kami ke waterworld stunt show...


Malangnya show tersebut terpaksa ditunda utk beberapa minit kerana masalah teknikal..,jadi masa dah terbazir di situ... hendak keluar terasa sayanglah pulak...





Live show yang best ni dilakonkan oleh stunt2 yang professional....

Keluar dari sini kami ke...Far Far Away Kingdom...





Di sini kami masuk ke dalam Castle Shrek tersebut untuk menonton filem 4D Shrek...suatu pengalaman yang menyeronokkan...

Kami meneruskan perjalanan ke kawasan Madagascar... melihat penguin2 ini menari bersama geng2nya...



Tergelak gelak aku melihat mereka menari... terkedek2 dengan perut besar mereka...

Ketika sampai di sini hari dah petang... Ude terus mengajak kami ke tempat mula2 kami masuk tadi untuk melihat Character Parade...

Lama menanti ... sepatutnya perarakan bermula jam 6.30 ptg tapi sampai hampir jam 7 pun tak mula lagi hinggalah hujan mula turun...kami yang berada di depan barisan terpaksa beredar mencari tempat teduh... jadi taklah banyak gambar yang dpt diambil...









Selesai je perarakan maka tamatlah sudah agenda untuk hari itu di Universal Studio... sebelum keluar dari situ... anak2 singgah di kedai soveniour utk membeli cenderahati...

Tapi aku tak beli apa2 pun...cuma 1 fridgemagnet...USS...

Perjalanan balik takde gambar yang diambil...masing2 semua dah kepenatan...especially anak2 yang jadi camera man...

Balik dari sana... apa yang tergambar dikepala aku hanyalah tilam yang empuk untuk landing... perut dah tak terasa lapar lagi...

Begitu juga dgn anak ketiga ku... nak tidur katanya ... biarpun dialah kaki makan tapi dah keletihan perut yang lapar pun dah tak dihiraukan...

Kami bertolak balik hari Isnin...

Setelah check out...cik abang memecut balik...perjalanan yang sepatutnya 3 jam menjadi hanya 1 jam lebih je dah sampai ke pejabatnya... ada mesyuarat untuk dihadiri...

Aku dan anak2 berehat sebentar dan bertolak balik ke Shah Alam selepas maghrib...

Alhamdulillah percutian kali ini meninggalkan kesan yg menyeronokkan untuk anak2...

Syukur pada mu Ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan....




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails