Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi..

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

Salam Nisfu Syaaban buat semua pengunjung blog... Pasti ramai yang puasa hari ni kan...

Maaf ye... kita tayang gambar makanan...tapi manalah tau boleh dijadikan inspirasi untuk menu berbuka nanti...

Kelmarin... sebelum ke Jakarta... balik kampung...

Bapak pesan suruh singgah rumah bapak sebab bapak dah sembelih ayam kampung...

Banyak dah ayam yang bapak sembelih...sebab bapak geram ada orang curi ayam... sayang ayam yang dah besar dan boleh dibuat lauk tu dicuri orang.

Aku selalu cakap bapak...jual ler... tapi bapak takmo...bapak kata dia sembelih untuk anak2...

Jadi sebelum balik aku dah beritau bapak...aku nak balik kampung...jadi bapak dah sembelih ayam tu untuk aku...

Bapak kata dia dah siap proses... potong...?  Aku yang kena potong sendiri...Ah !!... tak kesah...sebab bukan tak biasa potong ayam...

Inilah dia ayam seksi yang aku nak masak kelmarin...Masak lomak cili api...sodappp!!


Dulu masa aku kerja kat pejabat Pertanian... ada sorang kakak kesayangan aku yang rapat sangat dengan aku... ajar pada aku... kalau nak masak lomak cili apa orang nogoghi...diorang tak guna bawang...

Jadi... inilah bahan2 yang aku gunakan...

Bahan-bahan...

Ayam kampung seekor
Cili padi - 15-20 biji...terpulang kalau nak pedas bolehlah dilebihkan...
Serai sebatang atau dua... (kalau kecil)
Ubi kentang - 3 biji (potong 4)
Serbuk kunyit... (kalau ada kunyit hidup lagi sedap)
3-4 helai daun limau purut.
Santan kelapa  dari sebiji kelapa... (aku guna santan kotak yg kecik tu)



Tumbuk cili padi... bersama sedikit garam...supaya cili cepat lumat.  Masukkan serbuk kunyit.  
Ketuk serai...

Masukkan dalam kuali bahan2 yang ditumbuk bersama serai dan ayam tadi...
Gaul ayam dengan cili tadi... didihkan sekejap...jgn lupa masukkan sedikit air.
Bila ayam dah hampir empuk masukkan ubi kentang yang dah dipotong...

Bila kentang dan ayam dah empuk... masukkan santan... biar mendidih sekejap... masukkan 2 keping asam gelugor... 

Kacau perlahan2 atas api yang kecil..

Sebelum diangkat... potong masukkan tomato yang dipotong 4... dan 3 helai daun limau purut...

Jangan lupa masukkan garam dan sedikit gula atau perasa...

Sedia untuk dimakan...Yum yum... 



Yang ini pulak...telur ayam yang terdapat dalam perut ayam tu... dulu kalau kat kampung arwah mak kalau dpt telur ni diorang masak sekali...tapi aku tak tau nak buat apa...



Jadi aku buang je...sayang jugak tgk banyak telur tu dibuang...

Issykkk!!  Tak boleh makan lah... kolesterol tu...



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, February 29, 2012

Hilang Dah Mengidam Sambal Tahi Minyak...

Beberapa minggu lepas... masa balik ke Melaka aku dan cik abang ke Pasar Besar Melaka...

Seronok ke Pasar Basah di Melaka tu...

Macam2 ada... dah lama tak mencuci mata di pasar.  Maklumlah pasar kat sini kecil aje...

Semasa nak pulang...ternampak peniaga menjual 'tahi minyak'

Teringin pulak tekak nak makan Sambal Tahi Minyak...

Terus sambar sebungkus untuk aku ... dan sebungkus untuk mertua.

Aku juga membeli bahan2 yang perlu untuk masak sambal tersebut... belimbing buluh & daun kunyit....

Malangnya sampai di Shah Alam... aku lihat belimbing buluh yang di beli dah sampai lecur tertinggal dalam kereta semasa aku ke rumah bapak... Jadi...postfon dulu hajat nak masak sambal...

Sehinggalah minggu berikutnya semasa balik ke Melaka dengan Sya untuk urusan tanah ... aku singgah kat rumah sepupu untuk mengendeng sedikit belimbing...

Bukan sedikit...tapi banyak yang dipetik untuk aku...maklumlah pokok belimbingnya lebat berbuah

Selang beberapa hari balik aku pun terus membeli daun kunyit untuk sambal tahi minyak ku...

Sebelum ni...semasa dengan mertua aku dah risik2 kat dia camaner nak masak...kalau ikut resepi mertua dia tak tumis bahan2 tu...katanya semua di leburkan aje... tapi aku tumis juga bahan2nya.. sebab aku google di beberapa laman kongsi resepi diorang semua tumis bawang dan cilinya...

Mudah saja membuatnya... sekejap je dah siap...sedap sehingga menjilat jari...hilang dah rasa mengidam nak makan Sambal Tahi Minyak...

Tak sangka...pandai jugak aku masak sambal tu ye... First time buat menjadi pulak tu..



Tahi Minyak yg dibeli di pasar Melaka



Belimbing buluh dari kebun sepupu


Sambal dah siap...


Tengok tu tangan si kecik... best katanya...
tapi esok harinya aku tambah cili padi dia dah takmo makan lagik...



..

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, June 23, 2011

Resepi 'Coney Dog'...

Kelmarin... aku tak masak...

Ude janji nak buat 'coney dog'

Dan aku pulak berjanji dengan seseorang...untuk mengupload gambar dan resepinya kat blog...

Dah berhari2 baru aku dapat menunaikan janji...

Sorry je Jo Azwa... hehehehehe....


Ni dia 'coney dog' yang Ude buat... tapi takde 'pickle' puas cari 'pickle' timun kat Giant pun takde....

Cara membuatnya Ude kata ambil kat internet... lupa pulak nak tanya dia dari mana...

Bahan-bahannya :

- 400 gm daging kisar
-  3 biji bawang besar (kuning) - di potong dadu
-  2 ulas bawang putih - cincang halus
-  1 sudu kecil  serbuk lada (chilli powder)
-  3/4 sudu kecil lada hitam - kisar halus
-  3/4 cawan sos tomato
-  1/4 cawan air
-  1 sudu kecil garam
-  1 sudu kecil gula
-  sedikit cukup perasa (kalau nak)
-  10-12 biji roti hotdog
-  10-12 biji sosej / frankfurter...

Cara membuatnya  :

1.  Tumis bawang besar & putih sehingga wangi.. Masukkan lada dan masak hingga rempah2nya masak
2.  Masukkan daging kisar..  Gaul sebati hingga daging kisar tersebut mengecut.
3.  Tuangkan sos tomato... gaul lagik.  Masukkan semua bahan2 lain dan tunggu hingga daging benar2 masak.
4.  Masak sosej tersebut...terpulang samada nak goreng atau rebus aje...(sebelum tu sosej tu dikelar2 sedikit)
5.  Sediakan roti hotdog... belah tengah...dan terpulang nak letak sapu sedikit mayonaise ke atau marjerin.
6. Tuangkan sos daging tersebut... kalau ada pickle.. boleh lah di cincang dan letak di atasnya bersama sos mustard... (kalau suka)


Kuah yang siap dimasak.. masih dlm kuali lagik...


Ini resepi pertama dia buat... kali kedua selepas melihat di Youtube... dia masukkan sedikit rempah serbuk dan jintan putih...

Tapi resepi kedua tu anak2 aku tak suka...

Fareez pulak tak suka bila letak sos mustard..

Jadi terpulang lah pada selera masing2...


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails