Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Yang Di Rindu...

 Lama sungguh aku tak bersembang-sembang dengan Sya.

Memang seronok kalau dpt berjumpa dengan adik atau kakak ... kerana setiap kali berjumpa pasti banyak cerita yang mengundang memori zaman silam...dan zaman kanak2 kami.

Kelmarin semasa kami sama2 berbual aku bertanya pada sya...

'Sya...agak2nya...dlm hidup kau...apa makanan yang kau rindu nak makan...'

'Aku rindu nak makan buah sentul....'



'Aha...buah sentol kan?  Ingat lagik masa kat kampung dulu...ada banyak pokok sentol kan? Masa arwah Ngah ada...dia kalau makan sentul mesti dia telah dengan bijik2 dia sekali...'

'Orang kata kulit sentul boleh masak lauk kan?'

'Ntah...tapi memang rindu nak makan...'

'Sya...satu lagi ingat tak buah rokam...'



'Hah...buah warna coklat tu kan...kan rasanya kelat2'

'Memang kelat...kau tak ingat ke kalau nak makan..kene gelek2 dia dulu biar lembut...sedap'

'Aku dulu suka buah nam nam.. ingat tak?..'



'Yelah...sedap...makan cicah garam...sedap...kecur airliur...'

'Kau ingat tak buah cenerai...buah susu...buah jambu bol & buah pelanduk...semua buah tu kita suka makan masa kecik2 ... tapi agaknya sekarang kita suka ke tidak dgn rasa dia kan?

'Buah susu tu macam buah Markisa...tapi kecik...rasa pun lebih kurang jugak....'



'Ahah...jambu bol pulak dulu ada kat rumah atok...sebatang...masam...sedap...'





'Kalau buah cenerai tu selalunya kita petik masa nak balik kampung kat tepi sungai....hehehe...sekarang rasanya takde lagik kot...'




Kalau makanan pulak...aku rindu nak makan fresh pepahat...memanglah pernah makan pepahat kat kedai seafood tapi tu yang frozen...kalau yang fresh memang sedap giler...rebus begitu je pun sedap...tak payah masak letak macam2...bau dia aje dah tak tahan...



Rasanya dah 20 tahun lebih tak jumpa fresh pepahat...cik abang beli masa kami lalu di pantai Linbongan Melaka. Murah giler masa tu...satu peket RM 3.00 - RM 5.00.

Sekarang dah susah nak jumpa pepahat yg baru dikutip dari laut...

Selain pepahat...dah berzaman rasanya tak makan siput duri.



Siput ni dulu aku makan masa bapak dan kawannya ke Muar...dia dibekalkan dengan siput2 laut yang banyak tapi paling aku suka ialah siput duri...direbus dan dicicah dengan cili kicap....memang sedap.  Sekarang ni kalau aku beli kerang...adalah jumpa 1-2 biji siput duri...namun itu semua tak dpt nak menghilangkan rasa rindu nak makan puas2...

Sya pulak cakap...dia rindu nak makan siput 'kel*ngbuai'.  Siput tu selalunya kami kutip di tepi2 batas sawah...bewarna hitam.



Kalau dikampung aku memang panggil siput 'kel*ngbuai' sebab dia hitam.  Tadi aku cari di google image...aku jumpa gambar siput gondang...memang serupa dengan siput kel*ngbuai tu.  Ianya sedap dicelur...keluarkan isinya dan dibuat sambal.  Dah hampir 40 tahun rasanya tak merasa siput tu...


Aku juga rindu nak makan nasi dalam talam atau dulang.  Dulu masa kitorang kecik2 ... kalau menyambut Maulidur Rasul di Masjid Tengkera kami kanak2 dijemput ke masjid dan dijamu dengan makanan yang di hidang dalam talam.  Satu talam 5 orang.  Kami adik beradik masa tu 5 orang...memang cukup2lah...seronok berebut2 makan dalam talam tu...



Hmmm...cakap pasal nasi...teringat yang aku dah lama tak makan nasi gunting yang fofular kat Melaka tu.





p/s.. Untuk makluman .semua gambar2 yang aku letak di blog ini aku ambil dari google image...terima kasih pada siapa2 yang penah mengupload gambar ini di google




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Saturday, February 27, 2010

Perarakan Maulidur Rasul...

Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog aku...

Sepatutnya hari ni cik abang aku balik sini...tapi dia terlibat pula dengan perarakan Maulidur Rasul di Melaka..

Bercakap pasal perarakan pada hari Maulidur Rasul...rasanya...kali terakhir aku mengikuti perarakan seperti itu ialah ketika aku di Tingkatan 5...Sekolah MGSS Melaka dahulu..

Beberapa hari sebelum menjelang hari besar itu...Persatuan Agama Islam kami dah mula buat persiapan yang sepatutnya.

12 Rabiulawal...pagi2 kami semua dah memakai baju kurung sekolah...dan mengenakan tudung kepala...dulu diorang semua tak bertudung ye...jadi kami semua memakai selendang sahaja menuju ke sekolah di mana kami beramai2 berjalan kaki ke tempat berkumpul.

Pada tahun terakhir aku mengikuti perarakan tersebut...aku ditugaskan memegang bendera sekolah ...bergilir2 dengan sepanduk...

Aku berbadan kecil ...membawa bendera sekolah ...menyongsong angin memang memenatkan.

Perjalanan kami bermula dari Stadium Kubu ke Padang Banda Hilir...masih ingat lagi ketika itu...bila sampai di bangunan Stadhuys..aku dah tak berdaya membawa bendera sekolah ...penat...lenguh...jadi bendera tu dah tak menegak seperti sepatutnya.  Dari situ aku betukar pula memegang sepanduk dengan rakanku...

Tapi...seronok dan rasa bangga berada di barisan hadapan perarakan kerana ia menandakan kami adalah senior sekolah tersebut...dan itulah kali terakhir aku mengikuti perarakan sempena Maulidur Rasul.

Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sepanjang jalan...betapa cerianya kami ketika itu...ianya suasana yang sukar dilupakan...saat gembira  sebagai anak2 sekolah...dan ianya  telah pun berlalu...lama dahulu...

Yang tinggal hanyalah kenangan....


Gambar kali terakhir aku mengikuti perarakan Maulidur Rasul...
di Padang Band Hilir...kelihatan sedang mencangkung
di hadapan sekali Ustazah sekolah kami
Ustazah Mariam...aku tak tahu di mana dia sekarang...
Walau di mana jua dia berada...dia sentiasa dalam kenangan...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails