Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Doaku Sentiasa Untukmu...






Entry ini telah ku buat lama dulu... pasti ramai yang membacanya...


Aku sengaja publish semula entry ini kerana aku ingin M membacanya seandainya dia masih lagi mengikuti blog aku... 


Aku ingin tau apa khabar dia sekarang.


Berita terakhir yang aku terima dari M ialah... dia memberitau cik abang aku bahawa dia akan mengikut suaminya bertugas di kota London pada November tahun lepas.


Dan selepas itu aku tidak mendengar sebarang berita darinya.


Apa yang aku ingat... dia ada memberitau cik abang bahawa sel sel kansernya aktif kembali dan dia akan menyambung rawatannya di sana.



-----------------------------------------------------

Entry ini ku tulis pada 27hb November 2007..


Semalam...terjaga dari tidur terus terdengar sms masuk di handphone hubby.
Hubby terus membuka sms....termenung dan kemudian berkata padaku....


'Lady....sms dari M ni...


' 'Kenapa?'


Hubby menghulurkan aku handphonenya...


"Salam En D...Just nak beritau u...my cancer is back. Kali ni kat tulang dada. Doctor will give me all the details this Thursday. Please pray for me my big brother'' (lebih kurang begitulah bunyi sms tersebut..)


Aku terkedu...hilang kata-kata...aku jadi sedih...fikiran aku terus menerawang.


M adalah ex-staff hubby. She's a very close family friend. Aku dah mengenali dia begitu lama semenjak hubby mula bekerja di Kuala Lumpur pada awal 90an dahulu. 


Bagi aku M dan suaminya merupakan sahabat yang baik...begitu menghargai persahabatan dan pandai menghormati sesiapa sahaja...(biarpun hubby dah tak menjadi bossnya lagi...dia masih memanggil aku dengan panggilan Puan). 


Dalam apa juga masalah kerja mereka sering berkongsi bersama. Sehingga kini...biar pun hubby tidak bekerja lagi dgn nya namun hubungan kami masih baik. Kami dah bagai adik, kakak & abang.


Beberapa tahun dahulu M pernah di serang cancer payudara...selepas menjalani rawatan dan menghadapi segala dugaan....dia pulih seperti sediakala. 


Selang beberapa tahun kemudian...cancer tersebut datang lagi menyerang...kali ini di bahagian rahim. 


Dan sekali lagi M berjaya melaluinya setelah menjalani segala pembedahan & rawatan. 


Dan kali ini aku berdoa sangat supaya M lebih kuat.... M...(aku tahu M membaca blog aku)....doa akak buat mu takkan putus....i know you are a strong lady....Don't stop fighting. 


Sabar dan tabahlah menghadapi segala dugaan ini demi anak2...keluarga & insan2 yang menyayangimu...


Kawan-kawan...M memerlukan doa dari kita semua...semoga doa kita akan dimakbulkan...agar M akan sembuh dan berjaya melepasi dugaan kali ini.....



-------------------------------------------

Sehingg kini aku tidak pernah lupa padanya...
dan aku akan terus berdoa untuknya... 
semoga dia lebih tabah... dan kuat menghadapi apa sahaja dugaan dari ALLAH....




Friday, February 27, 2009

Buat Kak Elle Sayang...

Entry hari ni...aku buat khas untuk Kak Elle yang menyambut Harijadinya yang ke 59 (macam tak caya aje kan?...sebab kak elle walaupun dah 59 masih vogue tau )

Pagi-pagi lagi aku dah call kak Elle untuk mengucapkan 'Selamat Harijadi' untuknya.

Biasalah setiap kali aku mengucapkan 'Selamat Harijadi' pada sesiapa pun...aku akan menyanyi....

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Kak Elle...
Selamat Hari Jadiiiiii....

atau...

ALLAH selamatkan kamu...
ALLAH selamatkan kamu...
ALLAh selamatkan ???
ALLAH selamatkan kamu...

Tapi pagi tadi seperti biasa...asalkan aku menyanyi lagu Hari jadi je...mesti sampai baris yang kedua...aku dah ketawa...selalunya lagu aku tak habis.

Aku ketawa sebab pitching aku ke laut...

Tapi...kalau siapa yang nak dengar suara 'sumbeng' aku pada harjadinya...meh...bagi no handphone & tarikh harijadi...kalau aku tak lupa aku mesti talipon...hahahaha

Mengenali kak Elle...lebih 2 tahun lepas melalui dunia blog membuatkan aku bersyukur kerana mengenali seorang wanita yang baik dan 'caring'. She's a very nice lady...warm & kind hearted. Sebab itulah dia disayangi oleh ramai rakan2 blog yang mengenalinya.

Ramai rakan yang telah mendapat pelbagai jenis buahtangan dari kak Elle...tapi aku rasa bukan itu yang mengikat hati kita dengan kak Elle...apa yang membuat kita ingat pada kak Elle ialah keihlasan dia dalam sesebuah persahabatan. Itulah yang membuatkan kami kekal bersahabat hingga sekarang.

Di hari bahagia kak Elle ini aku mendoakan agar akak ku itu dipanjangkan usia...ditambahkan rezekinya oleh ALLAH...dan memperolehi kesihatan yang baik. Kalau kak Elle sihat...insyaallah di lain masa kita dapat bertemu lagi. Walaupun dah berjumpa 2 kali...tapi masih rasa tak puas lagik...hehehe...



Kad buat Kak Elle...nak beli kad betul2 pun tak dpt...sebab dah lama tak kluar...

Kek untuk akak...dah buat tapi tak sempat pos...hehehehe

dan kata-kata indah yang memang khas buat akak...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails