Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, September 5, 2010

Iklan Raya 2010 TV3 Melampau... 'Updated'

Untuk makluman...pihak TV3 telah pun membuat permohonan maafnya melalui Buletin Utama jam 8.00 malam tadi...dan secara rasminya iklan tersebut telahpun ditarik balik...

Semoga kesilapan sebegini tidak lagi berulang...

Terima kasih TV3.... kerana mengambil kira tentang bantahan penonton dan peminat TV3...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hari ini di Facebook...ramai yang menyatakan kekesalan mereka pada iklan Hari Raya 2010 TV3 yang telah pun disiarkan beberapa hari lepas.


Melihat iklan tersebut...aku kehilangan kata-kata...

Apa yang ada dalam kepala aku masa tu ialah...

Kenapa harus sampai jadi macam tu...?

Kalau ye pun nak menerapkan atau buat iklan yang memaparkan semangat 1 Malaysia...janganlah isu-isu agama diketepikan.  Sepatutnya iklan raya yang bertemakan 1 Malaysia menggambarkan berbagai bangsa ziarah menziarahi antara satu sama lain dengan semangat perpaduan dan keriangan.

Budak kecik pun tau bahawa iklan itu ada iras2 iklan untuk Krismas... dan ada unsur2 agama Hindu.

Mereka yang membuat iklan tersebut patut tahu bahawa agama dan bangsa adalah 2 perkara yang berbeza

Tidakkah mereka yang membuat iklan tersebut tau...bahawa Hari Raya adalah hari mulia yang disambut oleh kita umat Islam sebagai tanda kesyukuran kita kepada ALLAH kerana berjaya menjalani ibadah itu sepanjang sebulan.

Sepatutnya pihak TV3 lebih prihatin sebelum iklan itu disiarkan...ianya boleh dielakkan sekiranya pihak yang terlibat lebih sensitif tentang isu2 agama Islam.

Walau bagaimanapun rasanya pihak TV3 patut memohon maaf dan menarik semula iklan tersebut.

Sebagai peminat TV3 aku merasa amat terkilan dengan kesilapan yang berlaku.  Kerana ianya adalah satu kesilapan yang melampau...







Iklan TV3 yang menimbulkan kontroversi...


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

zareda said...

kak anie

zar tengok pun tergamam. Betapa tak sensitifnya designer iklan ni. memang melampau

Acik Erna said...

anie..memang tak peka..macam mana boleh diterima dan siarkan macam tu aje..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam anie..TQ for highlighting this issue.
Emmm..
tak peka langsung penerbit tuh..
Bangsa apa agak nya penerbit tuh?
Iklan macam nih, akan mengelirukan anak2 generasi akan dtg.
Kesallll....

Aku adalah aku said...

Memang terkejut tengok iklan tuh...sungguh tak melmbangkan suasana Hari Raya Aidilfitri....macam tak percaya TV3 keluarkan iklan macam tu....

MOKCIK AZWA said...

mokcik kebetulan tak menonton tv so tak perasan iklan tu macam mana...anyway... eloklah kalau tv3 dah tarik balik iklan tu.

ChentaHati said...

saya sempat tgk iklan tu sekali... tapi mmg terkejut tgk iklan tu. speechless... sgt terkejut. tak sangka betul akan kuar iklan gitu... dlm hati tertanya2... sape punya idea buat iklan ni? dan sape punya idea nak apprve iklan ni? apa lah depa ni... main haruk, langgar sume benda... nak sgt nampak moden.

zackmohd said...

SATU JE PERKATAAN YANG SESUAI....BANGANG!..BANGANG! DAN BANGANG!...

Anonymous said...

cter sikit iklan dia camner ek sapa pelakon2 dia

Zareda Norman said...

saya suka iklan petronas.. ehheh kelakar aje ala ala pilem madu tiga p ramlee.. yg jauh didekatkan yang dekat dieratkan

Mulan said...

ek eleh.. ni baru saya tengok.. dah tau pasal komen tu.. mg budak pon tau mcm krismas & hindu.. ceh, apraaa..

AuntieYan said...

Salam aNie,

Dek kerana sibuk dan kepenatan agaknya, Kak Yan langsung tak perasan iklan yang dimaksudkan hari bila ada tunjuk gambar dalam paper baru lah tau. W/bagaimana pun semalam dalam B.Utama dia orang dah minta maaf.
Kak Yan suka iklan Petronas yang ala-ala Madu Tiga tu...kelakau!

aNIe said...

Zar dan kak erna...rasa macam terkilan bila orang islam sendiri tak sensitif bab2 sebegini...

-------------------

Marina...tak taulah bangsa apa...tapi yang herannya mesti dah dipreview dulu sebelum ditayangkan ... yang dibimbangkan ialah anak2...mereka cepat keliru...

-------------------

Elly & Azwa...Alhamdulillah...dah pun ditarik balik iklan tersebut..

------------------

Chentahati...rasanya mereka nak tayangkan grafik yang cantik tu...tapi berpatut2an lah...ntah aper2 lah...

------------------

Zack...tulah pasal...nanti dicakap macamtu marah...

------------------

Anon..boleh tengok kat video klip tu...

------------------

Zar...aha..iklan tu lucuh...hahahaha

Petronas selalu menghasilkan iklan yang menarik...

-----------------

Mulan...betulkan...tu bunga lotus lambang ugama buddha kan?

----------------

Salam Kak Yan...iklan madu tiga Petronas tu kelakar...dan petronas selalu hasilkan iklan yang bermutu
------------------

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails