Assalamualaikum...
Jom layan gambar2 di Batam,...
Melihat2 pakaian anak2 di sebuah kedai yg dibawa oleh mereka...
Memang cantik2 baju kat sini...rambang mata dibuatnya..
Memilihkan blaus untuk mertua...
Selesai mencari apa yang dihajati..kami dibawa makan di sini...
Pelbagai jenis makanan laut yang dimasak fresh...
Keesokan harinya selepas sarapan dibawa melihat2 sekeliling Pulau...terdapat banyak pulau2 kecil disekelilingnya..
Ada juga orang menjual makanan laut bergoreng di tengah2 jambatan ni...
Kemudian kami dibawa ke kedai menjual beg beg tangan 'berjenama'.
.tapi aku tak beli pun...saja mencuci mata
Kami makan tengahari di sebuah restoran makanan laut... yang dimasak dlm bentuk sup....
Selepas makan... kami ke Shopping Mall Nagoya Hill...
Besar sungguh shopping mall ni...tp kami cuma jalan2 melihat2 apa yang berkenan
Berhenti makan di Food Court... dan pekena Bakso Tahu di kedai Bakso Malang...
Dari Nagoya Hill... kami dibawa ke pusat SPA...
Bagi mereka yang ingin di picitin boleh lah memanjakan diri di sana...
Mula2 nak juga merasa perkhidmatan SPA mereka yang amat murah...tapi disebabkan kesuntukan masa kami cuma mengambil perkhidmatan body massage....
Setelah 1 jam 30 minit... badan diuli mcm roti canai..hehehe... kami kemudian terus ke restoran Sunda untuk menikmati makan malam...
Tiada gambar makanan yg diambil..kerana dah kelaparan...bila ingat tgk je... makanan dah pun licin
Keesokan harinya pagi2 selepas sarapan... kami chekcout untuk balik...
Sebelum ke jeti... kami ke Mall yang berdekatan... shopping lagik...
Dari atas jejantas yang menghubungkan Mall dgn Jeti ... si kecil aku merenung pemandangan di bawah jejantas...
Sampai jumpa lagi....
Ketika sampai je di jeti Stuang Laut... waktu sudah pun jam hampir 3 ptg...
Kami berhenti makan tenghari di Restoran Singgah Selalu... memang dah selalu singgah di sini pun..
Kerabu sotong yang enak skali...ini untuk aku...hehehe
Kangkong goreng belacan...
Ada juga kailan ikan masin dan Tom Yam campur...
Semua makanan enak... lain kali boleh singgah lagi...
Persinggahan terakhir sudah tentulah di Johore Premium Outlet...
Lagi sekali... aku cuma mencuci mata...takde membeli apa2 pun cuma membeli sling bag untuk anak2...
Dah banyak kali singgah sini sampai dah rasa takde apa nak beli dah... kalau ada ribu2 dlm poket bolehlah menyambar apa yang berkenan...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.


















