Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Permata Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Permata Hatiku. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

Solat Hajat Anak2 utk UPSR...

Bismillahirahmanirohim...

Assalamualaikum...

Terasa macam sekejap kita dah hampir sampai ke penghujung Syawal...

Dan tak lama lagi si bongsu akak akan menghadapi peperiksaan UPSR...

Kelmarin... kami ibu bapa serta pelajar dijemput untuk menghadiri majlis Solat Hajat UPSR...dan sebagai selingan dan sebagai motivasi untuk anak2 dan juga ibu bapa... Ustaz Heryanto yang selalu kita dengar di IKIM FM dijemput berkongsi tips2 terakhir untuk anak2 dan ibubapa...

Sokong sangat apa yang Ustaz kata...'Anak2 kita berusaha... tapi yang menentukan keputusan itu adalah Yang Maha Esa'  

Kalau dah berusaha sebaik mungkin... tapi keputusan mengecewakan... jgnlah kita merasa sedih dan memarahi anak2 kerana keputusan mereka tidak memuaskan hati...

Yang penting kita tak berputus asa memohon pada Yang Esa agar anak2 kita sentiasa menjadi anak2 yang cemerlang di dunia dan di akhirat...kerana Allah lebih tau bila dan masa yang tepat untuk mengabulkan doa2 kita....

Ustaz berpesan... mulai dari sekarang ... beri anak2 makan makanan yang baik2... makanan2 sunnah Rasul s.a.w.... misalnya... Kurma... Kismis ...Badam dan lain2 makanan yang disunatkan.





Beri minum air Zam Zam...



Tapi jangan lupa setiap kali memakan makanan sunnah... berselawatlah ke atas Rasul kita... agar kita mendapat berkatnya.

Kalau boleh lakukanlah solat hajat setiap malam... doakanlah kejayaan anak2... dan jangan lupa untuk sahabat2nya juga...



Kelmarin si kecik ada memberitau akak...

'Ibu...cikgu ada bagitau... kalau masak nasi...semasa nasi hampir kering masukkan sedikit minyak zaiton dlm nasi ... bagus untuk otak.. tapi kena selawat atas Rasul...'

Hmm... tak terfikir langsung untuk berbuat begitu dulu...

Setelah selesai majlis... kami dijamu dengan pelbagai juadah...

Ada nasi minyak... ayam masak merah... ada daging masak kicap... jelatah... Satay... Laksa asam.. ada cendol... macam2 ada ... kuih pun pelbagai kuih... ada cream puff... cheese tart ... bee hoon... karipap sehingga kenyang makan malam tu... siap bawak balik utk mereka yang di rumah.

Alhamdulillah...semoga mereka yang menderma dan memberi sumbangan untuk majlis tersebut sentiasa diberkati dan dirahmati.

Semoga anak2 kita yang akan menduduki peperiksaan pada awal September ini akan dikurniakan tubuh badan yang sihat... hati yang lapang... serta minda yang cergas dan dapat menjawab soalan2 yang diberikan dengan tepat dan betul...

Aameen

*...gambar2 dari Yahoo Images...





...  

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, January 3, 2013

Selamat Tinggal 2012... Yang Tinggal Hanya Kenangan...

Bismillahirohmanirohim...`

Assalmualaikum

Sekejap saja kita dah berada dalam Tahun 2013...2012 pergi dengan berbagai kenangan pahit manis...

Tahun ni... tak ada apa yang baru bagi aku...

Anak kecil pun dah Tahun 6... jadi aku taklah sesibuk ibubapa yang anak2 akan memulakan persekolahan Tahun Satu ... sehingga sesak dan jem yang amat sangat di sepanjang jalan lebih2 lagi di hadapan sekolah...

Aku jadi hairan pada ibubapa yang sibuk menunggu anak  sehingga habis perhimpunan biarpun anak2 dah pun berada pada tahun 4..5.. dan 6...

Setiap awal tahun... ianya mengimbau kenangan silam...

Kenangan ketika si kecik aku  mula2 masuk sekolah tadika...

Betapa azabnya aku terpaksa mengadap kerenahnya selama seminggu...

Bila membaca entry aku mengenai kisah dia di Tadika... aku masih terasa seolah2 ianya masih baru berlaku....


Ini adalah entry recycle aku semasa dia mula2 ke Tadika...

------------------------------------------------------------------------



 Gambar si kecik di hari pertama ke Tadika...

Lega.....

 Pheeewwww!!!...Lega....

Itu lah rasa hati aku bila aku pergi mengambil anak aku di pre-school tengahari tadi....cikgu dia beritau aku ketika aku melintasi gate sekolah untuk menjemput dia....

'Hari ni Fareez okay...nangis sekejap aje...dah mula mahu bercakap...katanya esok dia takmo menangis lagi...'

'Alhamdullillah....''

Aku tersenyum sambil berlalu masuk ke dalam mencari dia...Dia datang pada ku dengan ceria...

'Ibu...aeez tak nangis lagi.....'

'Aha...camtulah anak ibu ....'

Itu cerita hari ni....dua hari sebelum ini keadaan dia membuatkan aku begitu risau....



Hari 1 :

'Ibu....temankan lah aeez...' pinta dia sebelum sampai lagi di sekolahnya...

'Okay...tapi ibu tak boleh tunggu lama...cikgu tak bagi....'

Sesampai saja di sekolah ...dia naik ke atas...aku pergi settlekan yurannya....tetiba aku dengar suara dia...terjerit-jerit memanggil nama aku...

'Ibuuuuuuuuu.....Ibuuuuu......nak ikut ibu......mana ibu kita.....Tepi lah orang nak pegi kat ibu orang'

Cikgu2 cuba tenteramkan dia tapi dia meronta2...dan aku tak sempat lari utk bersembunyi...sebab dia dah nampak aku lantas menarik baju aku macam nak koyak...menangis-nangis meminta aku masuk dgn dia sekali kat dalam kelas tu....

Alamak...aku dah jadi macam budak tadika plak dok atas kerusi kecit...sedangkan ibu bapa yang lain sorang pun tak menemankan anak mereka....

Pujuk punya pujuk pun masih dia enggan melepaskan aku....dpt saja peluang semasa dia sdg lalai...aku pun terus melarikan diri ke kereta...dan sayup2 aku dengar suara dia terjerit pekik memanggil aku ........ Ibu!....Ibu! ....dan dari jauh juga aku dengar dia menggegar pintu besi sekolah tu...hati aku jadi sayu...kesian plak aku mendengarnya...kerana selama ini aku lah yang menjadi pelindung dia...pantang mendengar dia memanggil aku..aku akan berlari datang bertanya mengapa...tapi hari tu...aku yang melarikan diri darinya ketika dia memerlukan aku...
Tapi nak buat macamaner lagi...

Namun aku terus memandu pergi....menuju ke sekolah Farhan untuk membelikan dia buku rampaian sekolah....hampir jam 11.30 aku kembali untuk menjemput Fareez....

Sampai saja di muka pintu...Teacher Rina ade di situ...

'Teacher...macamaner Fareez...?'

'Crying kak...non stop ...masa nak balik ni baru dia berhenti'

Tapi sebaik dia nampak aku dia wajah dia terus ceria...

Sepanjang perjalanan pulang aku memujuk dia dengan pelbagai kata-kata manis....nampaknya macam esok dia akan okay....harap-harap begitu lah....




Hari 2 :


Ketika dalam perjalanan ke sekolah Fareez....

'Ibu...hari ni ibu jangan lari tau....ibu temankan fareez okay'

'Mana boleh...sebab cikgu tak bagi ibu anak2 temankan anak diorang'

'Alah....ibu temankan le...' Airmata dia dah mula ketengah ketepi...

'Okaylah....tapi ibu tunggu kat luar'

'Janji..okay..kalau ibu tak tunggu...ibu berdosa...'

Aku tersenyum......pandai plak dia....

Sampai je di sekolah....dia dah mula dah.....dia peluk aku dan langsung tak mahu masuk ke kelas....datang sorang cikgu dia dtg memujuk...bila cikgu tu bawa dia ke atas...aku terus pergi. Memula aku tunggu di kereta...aku dengan suaranya masih menangis...tapi selepas berfikir...'buat aper aku tunggu dlm kereta tu...bukan boleh buat aper pon..baik aku balik'

So aku pun balik...masak...gorengkan nugget untuk dia dan tepat jam 11.15 aku bertolak ke sekolahnya....kali ni lain pulak komen 'teacher' dia...

'Hari ni Fareez nangis...tapi kejap saja...cuma dia tak mahu masuk kelas....'

'Takpelah teacher...give him until next week...i think he will be okay ...'

Fikiran aku jadi buntu....macamaner aku nak buat lagi ni....sebab anak2 aku yang terdahulu tak pernah ade masalah ni...mungkin sebab selama ni dia cuma bersama aku di rumah dan dia tak pernah berpisah dari aku...



Hari 3 (Hari ni) :

Pagi-pagi semasa di dalam kereta....

'Ibu...nanti balik kita singgap kat Petronas eh...beli keropok....'

'Takmo...kalau Fareez tak nangis...Fareez masuk kelas...baru boleh beli keropok...'

Sebaik saja kereta aku membelok ke kawsa sekolah...

'Ibu fareez rasa macam nak nangis je....'

Larr...pulak...puas dah aku memujuk dia tadi....ade lagi bab nak menangis ni......

Dan sebelum aku pergi tadi...dia langsung tak mahu melepaskan pelukan dia pada ku...dia kata dia dah takmo pergi sekolah...dia nak tolong aku masak je kat umah...dia tak pandai pun tak aper...lorrr...sampai camtu sekali.

Tapi kali ni...aku minta cikgu dia ambil dia dari aku dan aku terus pergi tanpa menghiraukan jeritan dia....

Dan kali ini balik dari menjemput aku terus singgah di Petronas untuk membeli keropok yang aku janjikan....

Dan aku harap sejarah Hari 1, 2 dan hari ini tak akan berulang...kerana tiap kali mendengar suaranya....aku jadi sayu............dan fikiran aku jadi buntu...tak tau nak buat aper....

--------------------------------------------------------------

Ini gambar dia ketika mula2 nak masuk sekolah agama...



Ini pula masa mula2 dia masuk sekolah Tahun 1...





Gambar terbaru si bongsu ku...



How time flies...

Sebak bila melihat gambar2 ni... terasa betapa cepat masa berlalu... kadang aku terasa masih belum puas mencium pipinya... memeluk dia setiap malam...

Semoga dipanjangkan usia ku untuk melihat dia terus membesar dan berjaya dalam hidupnya...




...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, September 6, 2012

Gara gara Telefon Bimbit & Celoteh si Kecik...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum kepada sahabat dan pengunjung blog...

Nampaknya Syawal semakin hari semakin sampai ke penghujungnya...

Bagi mereka yang sedang berpuasa sunat Syawal.. selamat berpuasa...

Bagi yang baru memulakannya... semoga sempat menghabiskan sebelum berakhirnya Syawal...

Aku dan si kecik setiap minggu selepas Syawal balik ke Melaka...

Semuanya disebabkan cik abang tak dapat balik sini kerana ajenda memenuhi jemputan rumah terbuka...

Maka aku pun sama juga mengekor cik abang ke rumah2 terbuka...

Kadang2 bersama cik abang je...

Ada masa si kecik pun nak ikut...

Adalah satu adegan di rumah terbuka yang membuat aku tersenyum2 sendirian ... kalau teringat dengan si kecik...berdekah2 dia mentertawakan aku...


Adegan tu terjadi di rumah terbuka ini...


Kami ke rumah ini juga... gambar dari FB Datuk Ali...sebab aku tak amik gambar...


Minggu lepas... aku ke jemputan rumah terbuka bersama cik abang dan si kecik...

Setelah disambut tuan rumah... kami pun duduklah di meja yang ditunjukkan pada kami...

Seperti biasa cik abang sibuk berbual dengan kawan2nya... dan sesekali memanggil aku untuk diperkenalkan pada isteri2 sahabatnya yang dtg bersama...

Ketika perut dah kenyang... aku pun duduk bersama si kecik...di meja yang dipenuhi kwn2 cik abang...

Sesekali aku membelek telefon bimbit...melayan WhatsApp dengan biras2 aku... sambil tu aku tersengeh2... maklumlah kalau dengan mereka tu... boleh sakit2 perut aku ketawa dibuatnya...

Kemudian datang ler sepasang suami isteri duduk di sebelah ku...

Setelah bersalaman... aku melayan telefon bimbit lagik... sambil tersengeh2...

Kemudian si kecik mencuit aku...

'Ibu ni...asyik whatsapp je... bual ler dengan makcik tu... tak pandai bersosial...'

Amboi!!... Bukan main si kecik aku ni... siap cakap aku tak pandai bersosial...hehehe...

Sebenarnya aku takmo mengganggu dia yang sedang menikmati juadah...lainlah kalau dah siap makan...

Bila ditegur si kecik... aku pun mengalihkan pandangan pada pasangan tersebut....

'Datang berdua je ke...?'

Aku membuka bicara...

'Ye ...' jawabnya...' bebudak tak nak ikut... dah ada program masing2...'

'Ohh...'

Aku tak berani nak panggil dia apa...mana lah tau mak Datin ke... adoiyai... susah juga duduk kat meja ni... takut tersilap panggil nanti marah pulak orang...

'Anak2 dah besar ke... ni anak saya yang bongsu...'  sambil menunjuk si kecik aku...

'Ye... yang kecik pun dah sekolah menengah...'

Sambil berbual... tetamu tersebut menghirup cendol yang disediakan...

Si kecik mencuit aku sekali lagi...

'Ibu... tengok makcik tu minum cendol sopan je... pelan2 je...'

'Eh !! Ibu pun sopan apa... nampak tu... pelan2 je ibu minum..sikit2... tak abis pun..' sambil menunjukkan lebihan cendol dlm mangkuk di hadapanku...

'Yelah... tapi ibu hirup sekali gus... hirup sampai habis sesudu... makcik tu hirup sikit2 je..'

Hadoiyai...!! Nampaknya si kecik aku ni dah pandai menjadi tukang kritik aku... dia siap menggayakan cara kakak sebelah tu minum cendol dan cara aku yang dikatakan tak sopan tu....

Bertuah betul anak ni... terkekek aku ketawa kerana ada betulnya apa yang dikatakan tu...yelah... lain kali aku bersopan sikit...

Tetiba aku rasa ada mesej masuk di telefon bimbit aku...

Maka aku pun melayan semula ipar dan biras2 ku..

Kemudian tetamu sebelah aku mencuit aku untuk bersalaman meminta diri untuk pulang...

'Mintak diri dulu ye... Selamat Hari Raya...'

'Ye ke... Terima kasih ye...'

Selesai je aku bersalam... bila tetamu itu berlalu pergi... si kecik berdekah2 ketawa..

'Apalah ibu ni... orang tu cakap Selamat Hari Raya... ibu pulak cakap Terima kasih... ibu ingat ni Open House rumah kita ke...'

'Ha'ah... ye tak ye...tersilap lah pulak....heheheh... adoi... ibu tersasullah...'

'Tulah...padan muka ibu... main  ler telepon lagik...'

Kami kemudian ketawa dengan sopannya...

Hehehehe... padan ler muka aku...



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, August 3, 2012

Hari2 Yang Sibuk ...

Bismillahrohmanirohim...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita sudah pun hampir berada pertengahan Ramadan tahun ini....

Akhir2 ni... aku begitu sibuk dengan anak2...

Kelmarin bersama si kecik mencari kasutnya... sebelum itu ke Tabung Haji...mula2 ingin mengemaskinikan buku Tabung Haji...tapi disebabkan dah lama sangat akaun tu tak aktif... kena buat buku baru...

Ramainya orang Ya Allah...!! Penuh kat dalam pejabat Tabung Haji PKNS tu...

Selepas dapat buku baru...terus daftar sekali... giliran aku jatuh pada tahun 2051...hahahah... dah bongkok 3 tu... aku akan terus berdoa semoga aku tak perlu tunggu hingga tahun tersebut...hehehe ( ntah ada umur ke idak sampai 2051 tu)

Dariw PKNS kami ke di SACC Mall saja untuk mencari kasutnya.....tp tak berjumpa pula yang sesuai untuknya...

Akhirnya kami berbuka di sini...berdua duaan saja...






 Kemudian kami bergegas pulang...

Semalam pula...menguruskan hal si abang yang terpaksa membuka akaun untuk pinjaman Mara kolej dia...

Tapi tak selesai jugak... sebab semasa di RHB... My Kad dia tak boleh dibaca mesin bank tersebut... maka kami keluar dari bank tersebut dengan rasa hampa...

Dari sana kami terus ke Sunway Piramid... sambungan misi semalam ...mencari kasut untuk si kecik...

Susah betul nak cari kasut dia... ke bahagian kanak2 kasut2 yang ada kecil untuk kakinya... ke bahagian orang besar pulak... kakinya terlalu kecil untuk kasut2 tersebut...


Berbuka di sini pula... ayam lagi...!!


Akhir sekali... berjaya juga...setelah penat meronda selepas berbuka dan solat...

Masa jumpa kasut dia tu... kaki aku dah bagai nak tercabut...dah tak boleh nak berdiri dah... sakit segala jari jemariku...

Bila dah selesai... si abang pulak cakap nak cari jeans dia...

Alamak... aku ni dah bagai nak baring je kat situ... bayangkanlah dari tengahari kami keluar...sampai ke Isyak pun tak balik lagik....

Tapi kesian pulak kat dia... jadi ikutkan aje....

Asalkan jumpa kerusi aku duduk... si kecik tu terus baring...

Bila si abang tunjukkan seluar...

'Cantik tak ibu...'

Aku terus jawab..

'Cantik...'

'Alah... ibu ni mesti dah malas nak carikan seluar tau... tak tgk betul2 dah cakap cantik...'

Memang pun aku dah tak berdaya dah...tapi tak sampai hati nak hampakan dia....

Selesai urusan anak2... kami terus pulang... masa bawak kereta... dlm kepala aku dah ingat nak tidor je dah....

Mata bagai nak terkatup je masa memandu...

Si abang dah boleh memandu...tapi disebabkan aku bawak Naza yang besar gedabak tu...dia tak berani nak drive...

Hari ini...kami ke bank sekali lagi... kali ini mencuba nasib di Cimb...

Alhamdulillah...semuanya selesai...

Jadi ... hari ini aku dapat berehat sebentar sebelum memasak...

Rasa lega bila semua urusan dah siap....

Takde nak cari apa lagik dah... cuma tinggal nak cari baju Melayu je untuk diorang... dan selalunya kami beli yang siap je...

warna tema...?  Maaf sampai sekarang masih lagi belum buat keputusan untuk memakai warna apa untuk hari raya...

Hehehe....selalu macam tu lah kami di pagi raya... warna tak pernah sama...cuma mungkin tona warna aje yang seakan2 sama....



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, June 27, 2012

Rindu...

Bismillahirohma nirohim...

Assalamualaikum...

Rindu sangat kat cucuku Zikri Rayyan...lebih2 lagi bila mama dia cakap dia dah pandai ketawa...lama dah tak jumpa dia...tak sabar nak tunggu Sabtu ni..Insyaallah


Tuesday, June 26, 2012

Hari Pertama Di Jakarta...

Bismillahirohman nirohim...

Assalamualaikum ...

Salam buat semua....

Lama tak bercerita pasal kehidupan... atau perjalanan hidup aku bersama keluarga...

Tak seberapa pun kalau nak diceritakan pun... sebab banyak juga yang disimpan untuk diri sendiri...

Cuma di sini ingin ku abadikan perjalanan atau lawatan singkat aku ke Jakarta baru-baru ni...

Tujuan utama ialah untuk menemankan si kecil mengikuti program Les Copaque yang akan di adakan di KPJ  Rumah Sakit Medika Banten Indonesia...

Memula menerima berita untuk ke sana bersama si kecil...aku mengucapkan syukur kerana selama ini memang belum lagi menjejak kaki ke sana...

Kami bertolak dari LCCT Jumaat petang... dan dijangka sampai petang lebih kurang jam 6 di Jakarta...




Sempat bergambar sebentar dalam airport ...



Bila bas sampai kami pun di bawa ke hotel penginapan.
Gambar dlm perjalanan ke Hotel... dah mulai gelap dah...


Di Lobby Hotel Pullman.. memang cantik si kecik suka...

Beg2 kami di tinggalkan di sini sementara kami dibawa untuk makan malam


Restoran Leko menjadi pilihan.. dan makanannya memang enak2... 

Tapi seperti biasa.. banyak yang 'penyet' di sana...

Aku memilih menu Iga penyet sederhana pedas bersama nasi putih dan si kecik pula  memilih Sup Iga dengan nasi putih...

Memula dok bertanya2 sesama sendiri apa tu Iga... kemudian salah sorang staff LC yang berbangsa Indonesia memberitahu yang Iga tu maksudnya tulang rusuk... 

Sup & Iga penyetnya memang sedap... begitu juga dengan Bandeng Penyet dan segala yang penyet...hehehe

Selesai makan kami kembali ke hotel.. 

Badan yang sedari tadi tak dapat diluruskan tak sabar rasanya nak ke bilik hotel...

Bila diberi je kunci aku dan si kecik terus ke bilik setelah diberitau jam berapa untuk berkumpul di lobby esok harinya...

Masuk je hotel...belum baring atas katil lagik dah terasa nyamannya bilik tu...cantik...selesa dan menyegarkan...





Bilik air yang cantik..



Katil empuk menanti untuk badan yang dah lunyai rasanya berjalan...


Alamak ...petisejuk berkuncilah... 




Dlm closet siap ada dumbell...tapi tak sempat pun nak bereksersais...hehehe..


Semuanya cantik...cuma bilik air je jadi isu... nasib baik aku dgn si kecik je...sebab bilik air berada di tengah2 .. dinding kelilingnya diperbuat dari kaca lutsinar dan hanya di bahagian tengah je kaca itu di'embossed' supaya tak nampak badan yg mandi kat dalam...tapi kaki sehingga paras lutut tu nampaklah...

Okay... lepas mandi dan bersihkan diri serta melakukan apa yang patut.. apalagi tidur jelah...sebab esok pepagi dah nak turun sarapan... seawal jam 6.30 pg...




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, June 11, 2012

Percutian Di Lost World Of Tambun Bersama Upin Ipin...

Assalamualaikum buat semua yang masih berkunjung ke blog ygww masih berkunjung ke blog yang dah lama tak berupdate ni

Bukan takmo menulis tapi malas sebab laptop aku dah mengong... perkataan wwww nya keluar tanpa ditekan dah akan kluar bila2 dia suka...

Ada masa okay ada masa dia mengong...

Nak menaip satu perenggan pun mengambil masa yang lama... kalau masa dia elok macam ni...elok aje dah... kalau dia mula keluar www tu takmo berhenti...sampai penat jari menekan 'delete'..

Aktivi cuti sekolah minggu lepas... aku menemankan si kecil untuk ke Kembara Upin Ipin di Lost World of Tambun...

Seronok berada di sana... kali pertama pergi aku ke sana... jadi aku tak melepaskan peluang untuk melihat2 sekeliling... tapi aku tak mandi...sebab orang terlalu ramai...

Okay kita layan gambar je ye...

Kami sampai hari Khamis lepas maghrib....





Dalam bilik suite siap ada dining table..cantik..


Hotel Lost World tempat kami menginap... kat luar nampak tak cantik...tapi di dalam...cantik banget...!!!
Tiap2 pagi sarapan di PappaRich... naik jemu dibuatnya...



Dah bersiap2 nak masuk... awal pagi dah ke lokasi... si kecik aku bersama salah sorang abang dari Les Copaque yang rajin melayan dia...



Gambar2 sekitar Taman Tema...yang begitu menarik hari aku... damai dan cantik pemandangannya...


Kolam masih lengang di waktu pagi...aku cuma duduk2 bawah pokok...sementara yang lain sibuk membuat kerja...






Gambar pemandangan yang paling aku suka... Subhanallah...cantiknya alam semulajadi ciptaan Illahi...

 Gambar2 di bawah adalah gambar ketika di Petting zoo...awal pagi aku dah masuk dgn si kecik...sebab kalau tghari nanti dah ramai orang dan tak berkesempatan sebab si kecik sibuk dgn aktiviti


Ular yang dibiarkan saja di atas pangkin kayu ini ...serammmm...


Si kecil bersama Racoon...


Ada burung merak yang jinak...


Burung kakak tua...takut nak ambil gambar dekat2...takut dipatuknya kepala...hahaha


Hedgehog yang comel... 


Prairie dog ni lagik comel... 


Ada air terjun di dalam petting zoo...cool...


Guineapig... geram tgk... rasa nak pegang je...



Landak ni buat aku geli... eiiii...



Kami beradi di sana selama 3 hari... Isnin tengahari baru kami cek out dari hotel dah pulang...

Oh ye... kami tak melepaskan peluang untuk berada di Hot Spring malam terakhir berada di sana...


Airnya panas... hampir 40 darjah celcius...aku cuma masuk kat pool kanak2... sebab baru 38 darjah... kolam yang lain aku masuk separas kaki je... tak tahan... tapi si kecik aku selamba je masuk...



Berada di sana suatu pengalaman yang menarik dan berbeza untuk si kecil... seronok sangat dia ketika di sana...

Tak banyak gambar Upin Ipin yang aku ambil...terlalu ramai orang mengerumuni mereka ketika di pentas... jadi aku mengalah aje...



...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails