Aku tak keluar ke mana-mana...3 hari aku dok melengkau kat umah...melayan kerenah anak2...bertempik macam tarzan bila keadaan tak terkawal. Nasib baik si kecik ni sekolah agama pepagi...kalau tak lagilah... satu taman boleh dengar suara aku tiap pagi.
Waktu tengahari...aku melayan drama2 kat TV...sambil membaca novel...sesekali aku online...jengok blog kengkawan.
Kelmarin Sya ada tag aku...
Rules :
Snap your workstation...then letak link blog anda kat bawah gambar workstation anda iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada (sorry sya...aku pun tak buat yang ni)
Jadi bila anak2 semua dah takde barulah aku dapat snap gambar workstation aku...kalau tak dah macam tongkang pecah rupanya meja aku tu...
Bila dah ambil foto...ari ni baru dapat upload kat blog...so...tadaaaaa.....
Ni dia desktop aku...tempat aku membuat segala kerja-kerja aku. Aku ni surirumahtangga...tapi jgn ingat surirumah tak buat kerja depan komputer tau...
Sebab di sinilah aku membuat semua pembayaran bil bil aku...menguruskan segala kerja2 yang cik abang arahkan.
Hah!! Nampak tu...wallpaper aku pun wallpaper Upin & Ipin...berganti lepas satu satu...dibuat oleh si kecik ni...
Ni pemandangan sebelah kiri aku...ada printer...untuk aku print semua dokumen2 cik abang...dan dihujung sekali ialah mesin fax juga untuk urusan2 cik abang...bila dia takde...maka kuranglah mesin2 itu berfungsi...
Disebelah kanan aku ...terletak semua segala macam khazanah keperluan ku. Memang selalu aku kemas..kalau tak kemas nanti cik abang jumpa apa saja kertas2 aku akan dibuangnya...siap ada pensil case lagik. Penuh pensil dan pen dalam tu...pensil & pen yang aku jumpa bersepah2 dalam rumah...bila dah masuk dlm pensil case tu...memang dah jadi hak aku...sorang pun tak boleh amik...hahahaha...padan muka diorang letak sepah2 lagik
Di situ juga ada diari yang aku tulis dan catit segala pembayaran2 yang aku buat melalui akuan cik abang....pembayaran2 wajib tiap2 bulan...dan segala nota nota penting...
Gambar kerusi takdelah pulak...sebabnya aku dah guna bangku plastik aje bila duduk kat sini...kerusi yang aku gunakan dah pun patah dihenyak2 oleh bebudak ni. Tak syok sungguh guna bangku...pinggang...punggung sakit dibuatnya...nanti nak beli sebuah yang elok & tahan lama.
Tag ini hanya berhenti di sini sebab aku malas nak tag sesiapa...*aku banyak hutang tag lagik...nanti aku buat pelan2 ye*
Minggu lepas ...pagi2 lagi aku terima sebuah bungkusan dari ALAF 21...tak sabar nak membuka bungkusan...dan bila terbuka aje...aku meloncat kegembiraan...mana taknya...dpt novel percuma...cenderahati dari Alaf 21...pasal percuma yang syok tu...*hehehe..jahat aku ni tau*
Ini dia novel Liza Zahira KAU TETAP DIHATI....
Memang aku jarang baca novel2 penulis lain...kerana aku peminat setia Aisya Sofea...dan hampir semua novel2nya ada dalam simpananku...
Semasa mula-mula menyelak helai2 mukasurat novel ni aku tak berminat sangat untuk membaca. Tapi lama2 aku kuatkan hati cuba membacanya...manalah tau ianya boleh menarik minat aku. Sejak mula membaca aku rasa sukar untuk berhenti...ianya membuat aku ingin tahu apakah kesudahannya cerita ini.
Aku sudah pun berada di pertengahan cerita ini...ia merupakan cerita cinta lain dari yang lain...
Jadi apa lagi...jangan terlambat. Dapatkanlah novel KAU TETAP DIHATI ini dan anda berpeluang menyertai kuiz yang dianjurkan oleh ALAF21 ....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kuiz "Kau Tetap di Hati ' Liza Zahira.
Sempena pelancaran novel terbaru Liza Zahira iaitu, KAU TETAP DI HATI, maka satu peraduan kuiz akan di adakan untuk memberi peluang kepada anda semua memenangi hadiah-hadiah yang sangat menarik.
Cepat hantarkan penyertaan anda ke email yang tertera!
MENANGI HADIAH MENARIK
20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira
Hadiah Pertama: Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM100
10 Hadiah Saguhati: Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)
SOALAN-SOALANNYA:
1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?
5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?
Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan).
Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..
Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke:
liza_ktd@yahoo.com dan cc ke
lizaali@karangkraf.com atau liza_zahira2@yahoo.com.my
TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 DISEMBER 2008