Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

'Marvel's The Avengers...


The new Marvel's hero is here... I was recruited to join the Avengers Team to save the world...

My name is Wonder Eagirl.

As you can see... my name explains all about me...

I have the power of an Eagle... I can fly high and fast above the sky... With the eyes of an eagle I can view tiny animals or enemies.
My legs are as strong as the claws of an eagle too...with one kick I can send my enemy flat on the ground..smashed to pieces... 

And the wonder sword will only be used if necessary...coz... the strength and superpower that I have is enough to bring down thousands of enemies...



p/s,,,berangan lah sekejap kan... entry ini adalah bertujuan untuk dapatkan tiket free filem The Avengers.  Bahasa Inggeris aku taklah berapa baik... jadi kalau ada grammar error... maafkanlah ye...hehehe



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, November 8, 2011

What Would Puss In Boots Do?


Puss in Boots


Filem Puss In Boots 3D dah sampai di pawagam...

Siapa tak kenal pada Puss in Boots...?  Kucing yang terkenal dengan kasut boot penuh gaya...


Synopsis

Long before he even met Shrek, the notorious fighter, lover and outlaw Puss in Boots becomes a hero when he sets off on an adventure with the tough and street smart Kitty Softpaws and the mastermind Humpty Dumpty to save his town. This is the true story of The Cat, The Myth, The Legend…The Boots.


Kalaulah aku Puss dan Kitty Softpaws...apakah yang akan aku lakukan untuk menangani atau mengalahkan penjahat2 tersebut.

Seperti yang kita tau... kucing mempunyai sifat2 yang senang di sayangi orang.  Maka aku akan menggunakan kelebihan tersebut untuk  mencari helah bagaimana untuk mengalahkan penjahat2 itu.  Dengan penuh gaya bersama boot yang boleh menarik hati orang lain... aku akan melangkah penuh gaya tanpa dicurigai... dengan jelingan manja seekor kucing pasti penjahat2 tersebut tidak tau helah yang akan aku gunakan.

Sebelum berhadapan dengan penjahat2 itu aku akan melengkapkan diri dengan kemahiran melawan pedang.  Aku akan berpakat dengan sahabat2 aku untuk sama2 bekerjasama dengan aku.  Aku akan berlatih dan menggunakan kepantasan aku berlari dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tangkas.

Aku akan menyelinap masuk ke tempat penjahat2 tanpa mereka sedari... dengan tubuh yang lembut...cara aku berjalan yang senyap dan gaya lompatan yang hebat... aku akan mengalahkan mereka dengan kepandaian  bermain pedang dan cakaran maut dari kuku aku yang panjang.  Mereka tidak akan tahan dengan ketajaman dan bisa dari kuku aku itu.  

Tidak akan ada sesiapa yang akan dapat mengalahkan aku Puss dan Kitty Softpaws... kerana kami adalah kucing-kucing yang bijak dan hebat... 



Lihatlah betapa manjanya aku....meooowwwww....!









...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, November 3, 2011

Hari ni Nak Pi Beronggeng ke Mid Vall...

Malam ni aku nak pi beronggeng dengan si bongsu aku ke Mid Valley...

Nak pi tengok Adventure of Tintin..3D...



Ye ... aku dapat tiket free untuk premiere screening tersebut...

Tak sabar rasanya... bukan si kecik je yang teruja... aku pun sama... sebab inilah kali pertama aku dan si kecik nak menonton filem versi 3D...

Si kecik cakap kat aku...


'Kesian ibu...dah tua macam ni baru nak tengok citer 3D...'

Hahahah.... yelah...sian aku kan...?  Aku ni jenis kedekot...bagi aku dari tengok movie 3D tu... baik duit tu aku bawak anak2 pi makan.

Kalau sorang dan RM18... 4 orang dah berapa?

Tu yang sampai sekarang pun anak2 aku tak pernah tengok movie 3D... yang ni dapat free mestilah aku nak pergi...

Pagi tadi aku dah ke pejabat  Nuffnang...

Ini adalah kali pertama aku sampai di sana....

Jenuh kaki berjalan...sebab aku naik tren... nak drive aku tak pandai...


Jam 10 lebih aku dah keluar... maklumlah nanti nak balik ambil anak sekolah... komuter ni dah ler lembab... nanti tak sempat pulak...



Turun dari stesyen LRT Dang Wangi... aku melalui kedai Yellow Cab...

Aku saja ambil gambar ni untuk tunjukkan pada si kecik...dia mesti suka... sebab dia kenal Yellow Cab dari dalam Hantu Bonceng...

Aku pun terus menapak... mencari Heritage House...

Berulang alik aku depan bangunan tu... tapi aku tak perasan perkataan Heritage House tu...

Setelah bertanya baru nampak...


Gambar dari google image...

Sampai aje kat pejabat tu... aku lihat...pejabatnya cantik...

Suasana di pejabat tu nampak santai...


Gambar dari google image...

Setelah mengambil tiket... aku ditanya oleh Farra kakitangan Nuffnang yang menyerahkan aku tiket itu...

'Do you want to have a look around'


'No...nevermind...thanks...i'm in a hurry.  Nice office you have here..'

'Thank you... see u again...and enjoy you birthday treat...'

'Thanks to you too...bye...'

Aku pun terus turun dah bergegas balik...


Lama dah sepatutnya aku ambil tiket ni..hadiah harijadi dari Nuffnang... 4 tiket dari TGV Cinemas... untuk mana2 movie yg ingin kita tonton sehingga tarikh yang dinyatakan..

Nasib baik ade 2 minggu lagi untuk menonton ... nanti bolehlah tunggu cik abang balik di hujung minggu...

Terima kasih Nuffnang....!!!





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, October 25, 2011

An Adventure I Would Like To Go With My Pet...



Nuffnang sedang menawarkan tiket 3D untuk blogger2 yg bertuah untuk premiere screening filem arahan Steven Spielberg The Adventure of Tin Tin...

Kisah pengembaraan seorang pemberita muda Tintin bersama anjing kesayangannya yang setia bernama Snowy...

Untuk mendapatkan tiket tersebut... nuffnangers kenalah menulis tentang pengembaraan yang mereka impikan bersama binatang peliharaan mereka.

Puas aku memikirkan... apakah pengembaraan yang ingin aku lalui bersama kucing kesayangan aku Lolly...

Camaner nak pergi mengembara dengan dia... sebab dia ni penakot... penakot giler.

Lagi pun dia tak pernah lagi keluar melihat keadaan dunia ini... kat rumah ni dia asyik duduk dalam sangkar tu aje...kalau tak pun... aku cuma lepaskan dia bermain2 di dalam rumah...



Kemudian aku teringat  perjalanan aku yang aku rasakan amat adventurous di Pulau Besar satu ketika dulu.

Hah..!! Kali ini aku nak bawa Lolly bersama...



Tapi aku kena pakaikan dia collar & tali supaya dia tidak ketakutan dan lari ketika bersama aku.

Aku ingin membawa dia mengelilingi Pulau Besar bersama rakan2 dengan berjalan kaki.


Pantai pulau yang cantik...

Aku masih ingat lagi semasa aku bersama kawan2 mengambil keputusan untuk mengelilingi pulau itu dengan berjalan merentas hutan dan menuruni bukit serta mengharung air laut ketika tebing itu menjadi curam dan tidak ada jalan lain untuk meneruskan perjalanan kecuali dengan mengharung gigi air untuk balik ke destinasi.

Kami akan tidur di dalam kemah... membawa segala keperluan dengan bag pack .. dan Lolly pula akan ku bawa bersama.



Tali collar dia mestilah panjang... kerana ketika kami mengharung air di tepi2 pantai berbatu yang curam... dia akan aku lepaskan melalui jalan darat... kalau tak terpaksalah aku memikirkan cara yang selamat untuk membawa dia.  Maklumlah kalau anjing boleh lah berenang... rasanya kucing tak boleh berenang pada jarak yang jauh... mereka akan kepenatan...


Di kawasan tebing yang berbatu begini...terpaksalah mengharung air laut yang apabila pasang boleh sampai ke paras dada bagi orang yang serendah aku...

Semasa aku bersama kawan2 dahulu... kami tidak membawa makanan bersama... makan tengahari kami adalah kelapa muda yang dipetik dari pokok2 kelapa yang banyak terdapat di pulau tersebut.  Tapi utk Lolly aku rasa aku terpaksa membawa bekal makanannya... takkan nak bagi dia makan kelapa kan?  Hehehe...



Di Pulau itu .. banyak tempat yang boleh diterokai... kerana terdapat juga pulau2 kecil yg berdekatan dengan pulau tersebutdan aku harap aku dpt membawa Lolly bersama2 mendaki bukit... menuruni cerun curam dan mengharung air laut dan merasai adventure yang pernah aku lalui dahulu....







...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, October 29, 2010

Aku Teruja Ingin Memiliki BLACKBERRY TORCH 9800 dengan CELCOM ...Your No.1 Blackberry Provider...!!

Dah lama rasanya aku tak masuk apa apa peraduan yang dianjurkan oleh Nuffnang...

Kesibukan membuatkan aku jadi tiada masa untuk membuka website Nuffnang... kadang untuk ke blog kawan2 pun tak berkesempatan.

Tadi aku klik ke website Nuffnang terus aku jadi teruja...

Kenapa ?

Kerana ada peluang untuk memenangi BLACKBERRY TORCH 9800 smartphones hanya dengan membuat blog post tentang harga dan promosi GILER2  dipelancaran  CELCOM BLACKBERRY TORCH  di Bukit Bintang Entrance, Pavilion KL (in front of La Bodega) hari ini (29hb Oktober) dari jam 3 pm hingga 10 malam....


Agaknya mesti orang kata ...kenapa aku teringin sangat pada BLACKBERRY TORCH 9800 yang ditawarkan itu sedangkan aku baru saja mendapat hadiah sebuah Blackberry pada harijadi aku baru baru ini.




Sebabnya ialah....


Blacberry Torch 9800 is AWESOME....


Terdapat banyak ciri-ciri yang membuatkan siapa2 pun sukar untuk menafikan ianya begitu ingin dimiliki...



Connectivity at your fingertipsMaximized multimedia
Immerse yourself with 8 GB of memory, expandable up to 32GB with a microSD card, zoom effect by a pinch of your fingers and enhanced music player that allows you to view full album art and track listings in portrait or landscape.

Mempunyai memory sebesar 8 GB dan boleh di 'upgradekan' sehingga 32 GB dengan card Micro SD ....

-  aku memang suka menyimpan segala data-data dalam handphone aku...

Alamat kawan2... alamat pelanggan2 aku... segala tarikh2 yang penting... dan yang penting aku suka mengambil gambar dan video .

Setiap kali mengambil gambar dan video biarpun aku sudah memindahkannya ke komputer aku tetap ingin menyimpannya di dalam hp ku.

Lagu2 kegemaran... serta surah2 serta ayat Quran yang berbentuk MP3 ... semuanya berada dalam hp ku...

Sebab itulah aku perlukan simpanan memory yang BESAR.....

BLACBERRY TORCH 9800 ADA...!!!






Connectivity at your fingertips5 MP camera
Comes with flash, continuous auto-focus and image stabilization, plus 11 photo modes and video recording to ease those spontaneous moments.

Terbina dengan camera 5 megapixel yang bakal memberikan gambar2 yang menarik... cantik...lebih tajam...

.... aku memang suka mengambil gambar... dan aku tak suka membawa beg tangan yang berat... jadi dengan hanya BB Torch ini aku tidak perlu lagi membawa camera digital aku sendiri... kerana gambarnya sudah cukup memuaskan.

Walaupun orang lain sibuk dengan camera DSLR... tapi aku yang dah berumur ni cukuplah hanya dengan BB Torch yang serba boleh...

Kamera yang cukup baik dan 'reliable'....BLACKBERRY TORCH 9800 ADA..!!!





Faster, richer browsing


Multi-tasks by managing multiple open websites with tabbed browsing as well as bookmark all your favourite sites with branded icons or customizable names right from the home screen.





Pantas dan mudah... boleh membuka multiple websites... itu yang diperlukan oleh semua orang...




Menarik... dan pantas...BLACKBERRY TORCH 9800 ADA...!!!


Connectivity at your fingertipsIntegrated social feeds
Now you can update multiple social networks such as Facebook, LinkedIn, Buzzd and much more with a single post or gather and filter all your social network and feeds in one view. It's that easy!

....zaman sekarang... ramai orang ada FACEBOOK... ada TWITTER....ada BLOG... ada FLICKER... ada macam2 lagi akaun sosial yang menghubungkan aku dengan rakan2 di alam maya....

Dengan BLACKBERRY TORCH 9800 semuanya boleh....!!! Walau dimana jua kita berada...!







Lihatlah pada bentuknya yang nipis... menawan.... 'sexy' seperti meminta2 ianya berada dalam genggamanku....

Yang membuat aku tertarik ialah... ia mempunyai ciri-ciri skrin sesentuh  3.2 inci ( besar skrinnya ....pasti puas)  dan juga Blackberry keyboard sebagai pilihan...

Maklumlah adakalanya menggunakan skrin sesentuh adalah sukar... maka kita punya pilihan kedua iaitu menggunakan Blackberry keyboard...

Untuk lebih maklumat  dan spesifikasi tentang Blackberry Torch 9800 ini... sila klik di sini...... 

Anda pasti akan tertarik... dan sukar menolaknya....



Kalau aku sebagai surirumah perlu untuk mendapatkan Blackberry Torch 9800 ini pasti anda juga teruja untuk memilikinya...

Jangan lepaskan peluang ini...

Dapatkan promosi harga 'GILER2' untuk BLACKBERRY TORCH 9800 smartphones dengan liputan meluas dari CELCOM di mana2 BLUE CUBE outlet nationwide dari 3hb November 2010.....



Cepat... jangan terlambat... kalau tak dapat... pasti menyesal... harga runtuh...!!!
Check this out...












Note :  

By the way, there’s something else we have to share with you – On this auspicious date of 29 October 2010, the Celcom BlackBerry Torch 9800 is officially launched and there’s a one-day-only crazy deal going on in conjunction with the launch! Here’s what you can expect:


 Enjoy the Celcom BlackBerry Torch at CRAZY prices from as low as RM 8 when you sign up on the day with Celcom Exec or Celcom Biz plans!
- 1st 10 customers to sign up get it at RM 8!!!
- Next 100 customers get it at RM 488!!
- Following 100 customers get it at RM 888!
- ONLY LIMITED STOCK AVAILABLE and it’s FIRST COME FIRST SERVED… so get there as early as you can!
- Get a FREE Limited Edition BlackBerry Torch Door Cover, FREE BlackBerry Torch hard casing plus FREE Call Me Tones for 1 month worth RM5, games, apps for BlackBerry®. Just Dial *118#, and select STUFF FOR BLACKBERRY!
- There’ll also be many other fun activities, prizes and giveaways on the launch date.

...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, August 6, 2010

Yang Ditunggu DahTiba...

Dah lama menanti...aku rasa mau sampai 2 bulan dah...

Hari berganti minggu...minggu berganti bulan...

Baru tadi yang ditunggu2 sampai...



Biarpun lambat...tapi aku meloncat kegirangan...seperti kata Maksu. ..lompat bintang...hahaha..

Kali ini cash out paling banyak yang pernah aku dapat...lebih dari RM300.00

Mungkin orang lain dapat lebih banyak dari apa yang aku dapat...tapi bagi aku ini sudah cukup...Alhamdulillah...

Niat hati memula duit ni nak beli bag tangan Sembonia yang aku idam2kan dulu..

Tapi bila dah lama menanti...keterujaan aku untuk mendapatkan beg tu dah berkureng...

Jadi nampaknya duit tu aku simpan ajelah...

Untuk beg tangan nanti aku boleh mengendeng kat cik abang...heheheh

Bukan selalu pun mintak beg tangan dari dia...setahun sekali je....

Rasanya ramai yang dah dapat cek dari Nuffnang minggu ni...

Jadi...hujung minggu ni enjoy...shopping mopping lah...

Selamat Berhujung Minggu semua...




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Saturday, July 31, 2010

Parent Child Nutrition Workshop...


Kelmarin terbaca di FB Redmummy yang dia mencari mereka yang mempunyai anak2 yang berusia 9 tahun ke atas...

Aku terus meletakkan komen pada Red yang anak bongsu aku berusia 9 tahun...

Selang beberapa hari...

Michelle dari Nuffnang telefon aku...

Katanya dapat nama aku dari Redmummy...

Rupa2nya dia ingin bertanyakan samada aku ingin menyerta Bengkel yang dikendalikan oleh Nestle .. Parent - Child Nutrition Worksyop ...

Tanpa berlengah lagi aku terus bersetuju...kerana bengkel seumpana ini datang sesekali sahaja...

Program tersebut akan diadakan minggu hadapan

 (7hb Ogos 2010)

bertempat di Royale Bintang Hotel Damansara

jam 1.00ptg hingga 5.45ptg



Agenda program yang akan diadakan adalah seperti berikut...:

1.00 pm : Registration



1.30 pm : Opening Remarks by Dr Tee E Siong, President of Nutrition Society of Malaysia


1.45 pm : Breakup Group Discussion with Nutritionists & Psychologists


3.45 pm : Round-up Session (with all participants)


4.45 pm : Cooking Demonstration


5.15 pm : Afternoon Tea/Refreshment


5.45 pm : Goodie Bag Redemption and Session Ends
 
 
Di sana nanti kita akan dapat bertemu dengan pakar2 Nutrisi Pemakanan.
 
Bagi mereka yang berminat untuk sama-sama menyertai program/woksyop tersebut...sila download borang tersebut di bawah dan emailkan pada email yang tertera di bawah.
 
Bagi mereka yang mempunyai anak yang berusia 9-12 tahun ...jangan lepaskan peluang keemasan ini...
 
 




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, June 7, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 2

Ini adalah entry terakhir untuk Instant Cash Blogging untuk Project Alpha Season 2..

Dah banyak kali aku terlepas untuk membuat entry untuk Instant Cash ni...kerana sibuk membuatkan aku terlupa.

Sepanjang Project Alpha Season2 ini...aku happy sangat...sebab tiap kali ada topik baru Instant Cash Blogging kita berpeluang untuk mendapatkan RM20 jika entry kita termasuk 50 yang terawal.  Siapa nak bagikan...cuma Nuffnang aje.

Yang paling best bagi aku ketika Project Alpha Season 2 ini ialah....hari pertama aku berjumpa dengan 'featured Blogger' di hari pelancaran Project Alpha itu di Cineleisure Damansara.

Berjumpa dengan Redmummy adalah sesuatu yang menggembirakan aku kerana dah lama aku mengikuti blog nya...kemudian dapat pulak bergambar dengan Jojo Struys...Joe Lee & Azwan Ali.  Ini juga kali pertama aku bersua muka dengan blogger chef kita Kak Ina KL...






Dalam banyak2 episod Project Alpha paling aku suka tengok ialah ketika semua ;featured bloggers itu melawat Lost World of Tambun...

Aku suka tengok binatang liar itu...cuma aku memang geli bila tengok KY meletakkan ular di bahu Cheesie...kalau aku pun memang aku dah menjerit giler...eiiii!!  Meremang bulu roma tengok...

Kemudian...aku suka tengok episod dengan Ninie....teringin menjadi macam dia...dia begitu flexible dan boleh melakukan pos-pos yoga yang memang kita tak terfikir akan dpt melakukan.  Episod di mana mereka melakukan Limbo Dance...seronok sgt tengok aksi2 peserta2 yang cuba masuk meloloskan diri serendah mungkin.  Tak sangka jugak Jojo boleh 'berdiri' tegak di atas kepalanya....bukan semua orang boleh buat tau.

Dari episod2 bersama Azwan Ali...dpat kita lihat yang dia ni memang bermulut laser.  Dia tak peduli siapa...dia nak laser...dia cakap aje...nak jerit pun dia jerit aje...jadi kalau membaca blog dia memang happeninglah...dia menulis apa yang ingin diluahkan dari hatinya.

Joe Lee adalah salah sorang dari featured blogger yang aku minat.  Aku sering ke blog dia...especially ketika dia aktif memblog ketika rancangan Akademi Fantasia berlangsung.  Jadi pada mereka2 yang merasa mereka tak boleh menyanyi...jgnlah masuk AF tu...memang tak pasal2 kena sembur dengan Joe Lee...anyway...I like the way he writes.

Sebelum aku mengakhiri entry ini...aku sekali lagi mengucapkan terima kasih pada Nuffnang & Project Alpha kerana telah memberikan kami peluang untuk meraih hadiah RM20 setiap kali ada Instant Cash Blogging...

Selepas ini takde lagi lah aku berjaga malam menanti setiap episod video clip Project Alpha diuploadkan di You Tube...

Okay...pada siapa2 yang nak menonton video2 Project Alpha...bolehlah mencarinya di You Tube...

Sedih jugak ni bila ini dah berakhir...poket dah kempis balik...huaaarrrggghhh!!!!






Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, May 27, 2010

Celebrities Who Stink...

Hmmm...nak bercerita pasal 'Celebrities Who Stink'

Siapa eh...?  Tak tau lah nak cakap siapa...sebab selalunya aku kalau amik gambar dengan celebriti kebanyakanya wangi2...kalau dekat dengan diorang...bersalam dengan diorang pun aku rasa mau melekat bau wangi tu.

Diorang tu mesti guna deoderen ataupun minyak wangi yang terkenal dan berjenama.

Agaknya...mau mandi minyak wangi kot....hehehe...

Tapi kalau dari wajah kita rasa orang tu 'stink' ... aku rasalah... Khairil Ridzuan.



Aku mengenali dramatis ni sejak dia berlakon dalam Kasanova XXL...

Aku tak tau kenapa...aku menyampah tengok muka dia.  Mungkin sebab dia berlakon watak jahat yang membuatkan aku tak suka pada dia.

Kalau disuruh bergambar pun aku tak nak lah dengan dia ni.   Aku terbayangkan dia ni busuk.  Eii...Tak baik kan...

Tapi nak buat camaner...itu yang aku rasakan.

Sorang lagi yang aku rasa busuk ialah ...pelakon dan dramatis lama.  Dia memang sering berlakon drama.  Dalam setiap drama dia ni mesti nampak selekeh. 

Watak yang sesuai untuknya selalunya jadi tukang kebun...watak jahat...dan untuk memegang watak Datuk atau orang-orang kaya yang bergaya hebat...memang tak sesuai...

Dramatis tersebut ialah Nasir Ali...



Bukan aku aje tak suka...anak aku pun tak suka...sebab gaya selekehnya tu boleh membuatkan kita terbayang yang dia busuk...

Hmmm....sebenarnya rasa bersalah tau...menulis diorang ni busuk sebab aku tak tau lah diorang ni busuk ke tidak...

Ini cuma pada pandangan mata ku...

Oleh itu...pada artis2...atau celebriti yang tak mau diri mereka dianggap busuk...wangi2kan lah badan dengan produk Adidas Action 3 Intensive...

Pasti walaupun shooting berjam2 seharian ...bau anda tetap wangi.  Dan biarpun wajah tu menampakan diri anda busuk...tapi bila didekati.. kewangian itu akan menepis segala gambaran buruk yang berada dalam fikiran mereka yang mempunyai anggapan sedemikian...










Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, May 25, 2010

I wanna watch Toy Story 3


Toy Story 3 akan menemui peminat2 di panggung tidak lama lagi.  Mungkin orang kata aku ni dah terlebih tua untuk menonton Toy Story 3...tapi memang aku suka filem2 begini kerana aku boleh menghabiskan masa yang ceria bersama anak2.




Apa yang buat aku ingin menonton Toy Story 3 ialah...kami dah lama menanti sambungan Toy Story 2.   Dan  kini masanya untuk bergumbira.  Cerita2 kartun dari Disney-Pixar memang tidak pernah mengecewakan.

Dengan karektor2 yang ada dalam Toy Story 2 iaitu ... Woody, Buzz, Andy dan geng2 yang lain sudah cukup untuk menghiburkan kita...kini Toy Story 3 muncul dengan lebih karektor dan watak baru yang diperkenalkan...pastilah ianya lebih yang menarik dan menjadikan cerita ini lebih adventurous  Menontonnya dalam bentuk 3D begitu membuat aku teruja...begitu juga anak2...



Karektor baru yang akan muncul pada Toy Story 3 yang pasti dapat mencuri hati penonton...

ialah...Ken jejaka kacak yang menggoda dengan senyumannya....



...Mr. Princklepants si singa yang comel....dan



.....peas-in-a-pod.

dan banyak lagik...

Tak sabar untuk melihat watak2 ni dalam Toy Story 3....

Please Nuffnang...I really wanna Watch Toy Story 3...!!





...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails