Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Lepas Geram. Show all posts
Showing posts with label Lepas Geram. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Weiii!!! Ni Pokok Akulah...Bukan Pokok Mak Bapak Kau...!!!

Kelmarin ... dok membelek bunga kenanga yang sedang banyak berbunga...wangiii....



Suka sgt dengan pokok bunga2 yang wangi...

Memang impian aku ... kalau ada taman.. aku nak penuhkan dengan bunga2 yang wangi...  seperti melor, kenanga.. tanjung..harum sedap malam... dan banyak lagik.  Terbayang bila waktu malam...tika angin sepoi2 bahasa...hmmmm... terbau keharumannya... sukaaaa  sangat...

Sedang aku membelek2...aku ternampak pokok kelapa hiasan yang ditanam diluar pagar rumah ku.

Larrr.... apa dah jadi...?

Siapa punya kerja ni...!!!

Gerammm aku dibuatnya...


Rupanya bukan pokok kelapa depan rumah aku je jadi mangsa... jiran sebelah pun kena... rumah Datin hujung simpang tu pun habis dikerjakan...

Dulu pernah juga jiran sebelah ni mengadu... pokok kelapanya di kerjakan orang.  Katanya India dari lorong belakang datang potong pelepah2 kelapa tu...dan ambil umbut & daun yang muda.  Mereka ada buat majlis perkahwinan...

Dah banyak kali dia kena...tapi masa tu pokok kelapa aku kecik lagi... jadi tak nampak pulak diorang buat...

Ni baru pertama kali... sakit hati aku dibuatnya... kalau dah ambil dikemaskan daun2 yang dah di tebas tu kuranglah sakit hati ni...

Ni tidak... habis pelepah2 tu dibiarkan terkulai... bersepah...

Eiiii.....geramnya aku... setiap kali lalu depan pokok tu... hati aku mendidih... habis aku maki2 saper yang buat tu...

Suka suka hati mak bapak tiri laki mak dia je buat pokok kelapa tu macam pokok kelapa dia...

Kuang hajau...!!!





...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, January 5, 2010

Len kali Guna Otak Sikit...!!

Semalam...dah mula sibuk...kerja aku seperti tahun2 sudah..

Cik abang takde...jadi akulah yang jadi drebar..untuk anak2 ke sekolah.

Dan seperti biasa...hari pertama persekolahan...mak ayah ramai yang cuti untuk menghantar anak2 di hari pertama. Apatah lagi anak2 yang baru masuk Tahun Satu.

Semalam...aku keluar jam 12.45 untuk menghantar Fareez yang sekolah sessi petang. Sampai aje kat roundabout sekolah...hampir2 1km dari sekolah kereta dah mula jem...adoyai!!...Macamaner ni...?

Fareez dah bising...katanya mesti lambat sampai...

Aku cakap...bukan Aeez aje yang lambat...belakang kita ni berderet lagik kereta.

Sekolah dia pulak...satu laluan dengan sekolah Menengah. Waktu dia masuk sekolah...bebudak sessi pagi pulak keluar...jalan menjadi begitu sibuk dengan kereta yang mengambil anak2 balik sekolah...bas sekolah...ibubapa yang menghantar anak2 Tahun Satu...yang datang nak beli buku anak2...sampai naik mengantuk aku kat dalam kereta.

Kesesakan tu jadi lebih teruk bila ada kereta2 yang meletakkan kereta mereka di kiri kanan bahu jalan...jadi kereta2 kena bergerak perlahan...kalau kereta kecik senang ajelah...sup sap...sup sap aje...kalau kena yang bawak Alphard ke Naza ke...4 wheel drive ke...naik seram kita di sebelah mereka.

Setiba aku di depan pagar sekolah...memang kereta tak boleh nak bergerak langsung...aku pun tak boleh nak turunkan Fareez sebab takut untuk membiarkan dia melintas sendirian...biarlah lambat asal selamat. Kereta yang datang dari hadapan arah bertentangan bertali arus...dan kereta yang dari arah laluan aku...tak boleh nak bergerak.

Semasa aku bergerak sedikit ke depan...baru ternampak...ada kereta yang parking di bahu jalan yg main suka2 aje parking keretanya...bontot kereta dia terkeluar di bahagian jalan menyebabkan haluan di sebelah kiri menjadi sempit dan tak boleh bergerak kecuali ada kereta bertentangan yang bagi jalan...

Heran betul aku tengok diorang ni...nak menyenangkan diri sendiri tapi menyusahkan orang lain...bukan aku aje merungut...kereta2 dari arah yang sama pun dok tunjuk2 kat kereta tu.

Aku memang paling geram dan sakit hati orang yang macamtu...letak kereta tak pakai otak. Dan fikiran jahat aku terus berfikir...kalau ada orang langgar bontot kereta dia tu memang padan le muka dia.

Memanglah tempat tu susah nak cari parking...tapi aku berusaha jugak berpusing berkali2 di tempat yang sama untuk terus mencari supaya takde orang yang marah2 dan maki2 aku kerana meletakkan kereta sesuka hati.

Pada tuan punya kereta tu...aku rasa bukan aku aje yang marah...mungkin berpuluh...memaki dan memarahi dia kerana menyusahkan orang lain...

Len kali gunakan otak sket ye...!!









Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails