Kami ke sana untuk sama2 menyertai Hari Keluarga Penduduk Subang Permai...
Hanya ada 15 keluarga aje yang menyertai Hari Keluarga tersebut kerana ianya adalah khas untuk penduduk2 di lorong tempat kami tinggal.
Kami bertolak tengahari Hari Sabtu. Cik abang memandu dan aku sibuk mencari jawapan2 untuk Treasure Hunt yang disediakan....
Sampai ke Glory Beach hampir jam 3.00 ptg....

Gambar sikecil di hadapan Hotel tersebut. Orang begitu ramai di kaunter untuk mendaftar masuk. Maklumlah cuti...banyak syarikat2 yang mengadakan Hari Keluarga juga...Setelah mendaftar dan mengambil goody bags yang diberi...kami semua turun ke pantai untuk menyertai aktiviti2 yang disediakan....
...untuk acara orang dewasa pula...cik abang menang tempat pertama acara 'Mummy Mama'
...dan aku memenangi tempat pertama untuk acara 'Papa Clown' di mana aku dikehendaki menyolekkan cik abang dengan mata tertutup...biarpun dengan mata di tutup...cik abang masih cantik solekannya...hahahaha....
Malamnya...kami ada acara makan malam yang disediakan oleh pihak hotel dan penyampaian hadiah untuk mereka yang menang. Sambil makan ada pula cabutan nombor bertuah dan permainan 'charade'...aku dan famili mengaut banyak hadiah pada malam tu...hehehe
Inilah antara hadiah2 yang kami dapat...sebelum pulang keesokan harinya...anak2 puas bermandi manda di kolam renang....
Dan...keluarga aku diistiharkan...'Keluarga Terbaik' untuk Hari Keluarga tahun ini kerana...mendapat jawapan betul paling banyak untuk 'Treasure Hunt' dan memungut mata/markah paling banyak dlm acara sukan...boleh tahan jugak eh!
Untuk hadiah Keluarga Terbaik...kami dapat '5 pieces cooking pans'...biar pun hadiah2 yang diberikan pada mereka yang menang tak seberapa...tapi yang penting ialah sikap dan semangat kekeluargaan dan kejiranan yang dapat dipupuk melalui aktiviti yang disertai.
Seluruh keluarga dan mereka yang terlibat balik dengan riang dan penuh dengan kenangan manis.....
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.