Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Berhibur. Show all posts
Showing posts with label Berhibur. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Kenangan Cuti Sekolah...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum buat semua rakan tersayang...moga kita sentiasa diberkati dan dirahmati...

Kali ini percutian sekolah akhir tahun dipenuhi dengan pelbagai aktiviti... terasa bagai tak dapat nak merehatkan badan...

Sekembali dari Batam... aku membawa seorang anak sedara balik ke Shah Alam


Jom layan gambar...



Bawa dia bersama si kecik aku menonton Rise of The Guardians... seronok sungguh bebudak tu... mana tidaknya aku bawa mereka menonton 3D..satu pengalaman baru bagi anak sedara ku...seronok tgk dia pun suka sangat...

Sebelum tu bawa mereka makan2 di Space U8..Bread and Batter... aku suka ke Space U8..biarpun tak ramai orang di sana...tapi aku suka sebab senang nak solat... surau dia besar dan cantik...jarang terdapat shopping yang suraunya luas dan selesa spt Space U8



Tempat berwuduk yang cantik dan nyaman...

Keesokan harinya kami ke Aquatik Shah Alam pula...bawa anak2 berenang...


Malamnya bawa pula mereka ke Setia City Mall...pertama kali datang ke sini walaupun tempat ini dah lama dibuka...

Suka sgt...sebab cantik dan luas... tapi sampai sekaang tak sampai ke sana lagik...



Dan berakhirlah episod jalan2 bersama anak sedara.. kerana Jumaatnya aku dan anak2 dah bersiap2 nak balik ke Melaka...

Kali ini bersama2 Upin & Ipin di Melaka Wonderland...

Pagi Sabtu ... sebelum menemankan si kecik ke Wonderland aku dan cik abang ke Pulau Melaka untuk melihat Teater Wild Life...




Pertunjukan burung Nuri... dan Singa Laut pun ada...


Pertunjukan ular sawa yang paling aku geli...

 
Tengahari baru aku ke Wonderland...



Sebelum balik bawa anak2 sedara menaiki benda ni..hahaha...aku dah lupa apa nama kenderaan ni





Sebelum balik...bergambar di pintu masuk...

2 hari kami di sana...

Anak2 sampai naik lebam mandi tak hingat dunia...hehehe

Aku akan sambung cerita cuti sekolah bila ada kelapangan nanti...

Okay ... sebelum tu... jom LIKE page ni... ada banyak barang2 yang aku jual ingin ku kongsi bersama...manalah tau ada yang berkenan di hati.------>   klik sini  Aniesbizz Beauty Shoppe

Terima kasih pada yang dah LIKE... I love uolls....






...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, December 20, 2012

Kenangan Ketika Batam...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

 Jom layan gambar2 di Batam,...



Melihat2 pakaian anak2 di sebuah kedai yg dibawa oleh mereka... 



   Memang cantik2 baju kat sini...rambang mata dibuatnya..



Memilihkan blaus untuk mertua...

Selesai mencari apa yang dihajati..kami dibawa makan di sini...


 Pelbagai jenis makanan laut yang dimasak fresh...


Keesokan harinya selepas sarapan dibawa melihat2 sekeliling Pulau...terdapat banyak pulau2 kecil disekelilingnya..


 Ada juga orang menjual makanan laut bergoreng di tengah2 jambatan ni...





 Kemudian kami dibawa ke kedai menjual beg beg tangan 'berjenama'.
.tapi aku tak beli pun...saja mencuci mata

Kami makan tengahari di sebuah restoran makanan laut... yang dimasak dlm bentuk sup....


 Selepas makan... kami ke Shopping Mall Nagoya Hill... 
Besar sungguh shopping mall ni...tp kami cuma jalan2 melihat2 apa yang berkenan





Berhenti makan di Food Court... dan pekena Bakso Tahu di kedai Bakso Malang...

Dari Nagoya Hill... kami dibawa ke pusat SPA...

Bagi mereka yang ingin di picitin boleh lah memanjakan diri di sana...

Mula2 nak juga merasa perkhidmatan SPA mereka yang amat murah...tapi disebabkan kesuntukan masa kami cuma mengambil perkhidmatan body massage....

Setelah 1 jam 30 minit... badan diuli mcm roti canai..hehehe... kami kemudian terus ke restoran Sunda untuk menikmati makan malam...



Tiada gambar makanan yg diambil..kerana dah kelaparan...bila ingat tgk je... makanan dah pun licin

Keesokan harinya pagi2 selepas sarapan... kami chekcout untuk balik... 

Sebelum ke jeti... kami ke Mall yang berdekatan... shopping lagik...




Dari atas jejantas yang menghubungkan Mall dgn Jeti ... si kecil aku merenung pemandangan di bawah jejantas...

Sampai jumpa lagi....

Ketika sampai je di jeti Stuang Laut... waktu sudah pun jam hampir 3 ptg...

Kami berhenti makan tenghari di Restoran Singgah Selalu... memang dah selalu singgah di sini pun..


Kerabu sotong yang enak skali...ini untuk aku...hehehe


 Kangkong goreng belacan...


 Ada juga kailan ikan masin dan Tom Yam campur... 

Semua makanan enak... lain kali boleh singgah lagi...



Persinggahan terakhir sudah tentulah di Johore Premium Outlet... 

Lagi sekali... aku cuma mencuci mata...takde membeli apa2 pun cuma membeli sling bag untuk anak2...

Dah banyak kali singgah sini sampai dah rasa takde apa nak beli dah... kalau ada ribu2 dlm poket bolehlah menyambar apa yang berkenan...


...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Saturday, July 14, 2012

Universal Studio...Singapore...

Bismillahirohmanirohim....

Assalamualaikum...

Pagi Ahad... yang paling teruja ialah anak2... yang mak ayah pun sama jugak cuma kurang sikit dari anak2...

Selepas menjalankan kewajipan kami semua turun bersarapan...

Berbagai menu yang ada... cuma tidak banyak variety... ada nasi lemak... bee hoon... kuey teow..bubur nasi.. omelet... dan banyak lagik...

Bila perut dah kenyang...mula lah masing2 mencari tandas... adik ipar polis aku yang dari KL begitu menjaga jadual... sentiasa ingin memastikan semua 'on time'

Sementara menanti dilobby hotel...terlihat bas double decker di depan hotel... maka kami semua beransur sorang demi sorang memenuhkan bas yang disediakan...

Alhamdulillah bas double decker tersebut rendah di tingkat bawahnya memudahkan mertua yang berkerusi roda.  Mertua masih boleh berjalan...cuma tidak tahan berjalan jauh...nafas jadi pendek...

Perjalanan dari New York Hotel ke seberang cuma mengambil beberapa minit sahaja...

Jenuh jugalah turun naik eskelator untuk ke pejabat Imigresen dan pemeriksaan kastam...

Bila bas mula mendekati sempadan Woodlands.. masing2 sudang menjengah tingkap...

Wajah2 ceria anak2 yang baru pertama kali sampai ke Singapura begitu bercahaya...

Sepanjang perjalanan bas...anak sedara yang di sebelah memuji kebersihan kawasan di sana.

Memang bersih... kelancaran kenderaan juga menarik perhatian mereka....semuanya nampak begitu tenang...

Aku yang dah berpuluh tahun tak menjejakkan kaki ke sini dapat melihat perubahan yang begitu ketara... banyak bangunan yang cantik2...

Tidak berapa lama kelihatan dari luar jendela... Pulau Sentosa World Resort.  Bila kelihatan saja bangunan yang cantik2 dari dalam bas... suara riuh anak2 sudah kedengaran...masing2 dah tak sabar untuk melompat turun dari bas...

Kita layan gambar pula...jom...!!




Sepanjang jalan untuk ke seberang...


Dan dlm perjalanan untuk ke pintu masuk...


Si jurukamera yang sibuk mengambil gambar...



Ini adalah tempat wajib kalau ke mari...hahahaha....


Jangan lupa untuk ambil jadual aktiviti di sini....





Ambil kesempatan bergambar dengan 'Marilyn Monroe'..hehehe...sexy...



Dengan Elmo...


Gambar si kecik yang paling aku suka... he looks so cheeky...hehehe






Bila ternampak je tempat ni...anak2 dah mula berlari2 untuk masuk ke dalam...
Habis Elmo ke Big bird pun ditinggalkan...dan mak ayah duduk diluar mereka semua masuk ke dalam...
Queu yang panjang mengambil masa hampir 1 jam anak2 untuk keluar...






Dan masing2 keluar dengan wajah ceria... gelak ketawa... seronok tak tergambar...masing2 berlari untuk menyatakan kegembiraan dan keseronokan berada di dalam tu... dan mereka masing2 bercadang nak masuk lagik.



Sementara anak2 berada di Transformers Ride...kami diluar dok memerhatikan Roller Coaster ni...
Mertua sampai naik pening melihat benda ni berputar...
Jeritan mereka membuatkan kami tak jemu2 melihat setiap kali kedengaran jeritan


Keluar dari Transformers Ride... si kecik berposing dengan Bumble Bee

Kemudian yang mana teringin sgt nak naik Roller Coaster terus berlari ke Cyclon Ride...

Turun dari situ...si kecik aku dah senyap...rupanya kata menantu aku...semasa masing2 sedang terjerit2 tetiba sikecik senyap.. hingga membuatkan kakai iparnya tertanya2 kenapa dia senyap tiba2... mujur juga masih terasa tangannya erat menggenggam tangan kakak iparnya...




Perjalanan diteruskan ke kawasan The Mummy's Revenge....


Sampai di sini saja...Insyaallah esok saya sambung...

Nak bersiap2... nak keluar dengan anak2...

Assalamualaikum...



...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails