Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Doa-doa Yang Baik Untuk Diamalkan...

 Bismillahirohmanirohim

Assalamualaikum ...Salam Jumaat buat semua sahabat....

Ingin berkongsi  doa yang amat baik untuk kita amalkan selalu...










 

 "Ya Allah,Janganlah kelebihan yg kami ada itu menjadikan kami sombong.
Lindungi kami dari sombong dan takabur,
Ampuni kami jika kami riak dan pamer .
Kami mohon Ikhlas dan kerendahan hati.
Jadikan kami hamba yg hidup yg memberikan manafaat sebanyak-banyaknya.
Pilihlah kami menjadi jalan mencukupkan kpd hambamu yg fakir dan miskin,
Pilihlah kami menjadi jalan cahaya kpd hambamu yg berada dalam kegelapan.
Pilihlah kami menjadi jalan kebahagiaan kpd hambamu yg nestapa. Pilihlah kami menjadi jln pelindunganmu kpd hambaMu yg teraniaya,
Pilihlah kami menjadi hamba yg manafaat" 

 

(petikan doa KH Aa Gym)





...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, February 1, 2013

Salam Jumaat Sahabat Tersayang...

 Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

Bertemu kita semula dipagi Penghulu Segala Hari...

Seperti biasa... aku ingin berkongsi kata2 yang baik untuk kita saling mengingati antara satu sama lain...semoga kita akan sentiasa mengingatiNYA...








UNTUK BELI TUDUNG LABUH YANG CANTIK DAN BERGAYA... 
SILA KLIK BANNER DI BAWAH...




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, January 18, 2013

Salam Jumaat...

Bismillahirohmanirohim...

Assalmualaikum...Salam Jumaat buat semua sahabat tersayang...

Sebenarnya dah lama ingin aku update blog dengan menempek gambar2 pi jenjalan dgn anak2... tapi Moxilla ni buat hal pulak... jadi aku tangguhkan sehinggalah ke hari ini baru nak buka blog balik,...

Ada masanya aku terlalu sibuk dengan blog bisness aku ...

Banyak produk baru yang masuk untuk aku update... antaranya produk FELLINA  yang mendapat sambutan hangat...sibuk melayan pelanggan dan berulang ke pos office...

Dan di hari Jumaat ini.. aku ingin update serba ringkas...

Berkongsi apa yang aku simpan...

Mungkin ramai dah baca... tapi aku ingin juga letakkan diblog untuk mereka yang belum membacanya...semoga dpt kita renungkan dan memberi manafaat pada kita...





Sekian...salam sayang...semoga berjumpa dilain kali...

Selamat Berhujung minggu...


...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, September 21, 2012

Tazkirah Jumaat...


 Bismillahirohmanirohim

Assalamualaikum...

Maaf kerana dah lama tak berupdate blog ni...

Keyboard laptop buat hal... jadi keterujaan untuk mengupdate blog amatlah rendah...

Untuk meninggalkan komen di ruang komen kawan blog pun terlalu sukar... 

Jadi .. hari ini aku copypaste je... apa yang aku rasa sesuatu yang elok untuk dikongsi bersama...

Insyaallah akan bersiaran beberapa hari lagi....tak taulah bila... 
 
Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat m

elintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

 
 
 
Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.





...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, July 27, 2012

Tamakan Pahala di Bulan Ramadan...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum....Salam Ramadan buat semua pengunjung blog...

Alhamdulillah... hari ni dah seminggu kita berpuasa... semoga kita diberikan kesihatan yang baik oleh ALLAH Subhanawata'ala sehingga akhir Ramadan agar dpt menjalani ibadah ini sebaik mungkin....


Seperti yang kita ketahui... Ramadan bulan mulia penuh berkat... terlalu banyak ganjaran yang diberi ALLAH untuk mereka yang 'tamakkan' pahala di bulan ini...


Terlalu banyak... 


Jadi bagi mereka yang berkemampuan dan  ingin meraih pahala di bulan ini... dengan menderma dan memberi makan pada mereka yang memerlukan bolehlah ke website di bawah ini untuk menyumbang sedikit  dari apa yang kita ada untuk mereka.... semoga apa yang kita lakukan diterima olehNYA...


www.iam.org.my



dan

www.islamic-relief.org.my



 atau

http://www.amanpalestin.net/



Bagi mereka yang masih muda... dan berkemampuan...ayuh kita infaqkan sedikit dari apa yang kita ada untuk mereka yang memerlukan...

Aku ingin berkongsi apa perasaan aku ketika ini....

Jangan jadi seperti aku... mungkin belum terlewat untuk aku melakukan semua itu... tetapi di dalam hati... hanya ALLAH yang tau...betapa saban hari... aku menangis... meratap.. menyesali... pemergian Ramadan Ramadan yang lepas... tidak banyak yang dapat aku lakukan... terlalu sedikit yg dapat aku berikan ... rasanya boleh dibilang dgn jari....

Setiap hari aku menangis... memohon ampun kepada Ilahi... kerana usia dan Ramadan yang aku bazirkan bertahun-tahun lamanya... dan aku sentiasa memohon semoga usiaku dipanjangkan untuk Ramadan yang akan datang... dan dimurahkan rezekiku agar aku diberi peluang untuk membayar segala 'hutangku' di masa2 yang lepas...

Namun begitu... aku masih bersyukur kerana diberi peluang dan rezeki ... sebelum aku menutup mata....

Jadi... bagi sahabat2 ku... gunakanlah kesempatan ini untuk meraih pahala sebanyak mungkin... kerana kita tidak akan jatuh miskin dengan memberi sedikit apa yang kita ada... itu janji ALLAH....





...




Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, July 25, 2012

Zikir Hasbi Allah wani'mal wakeel...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

Sejak mendengar zikir ni kat radio Ikim... aku suka sangat mendengarnya...

Jom jadikan  halwa telinga di bulan Ramadan.... 




Maksud zikir :

Cukuplah ALLAH sebagai Penolong kami dan Allah sebaik-baik Pelindung..
DIA lah sebaik baik Penolong dan sebaik baik Pelindung...

Ketika Nabi Adam a.s dilempar ke dalam kobaran api, lantas ia mengucapkan, “Hasbunallah wa ni’mal wakil,” maka Allah pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika. Dan Ibrahim tidak terbakar. Demikian halnya yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya. Tatkala mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, mereka juga mengucapkan, “Hasbunallah wa ni’mal wakil.”

  
“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan, Allah mempunyai karunia yang besar.” (QS.Ali Imran 173 -174).

...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan Al-Mubarak...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

Selamat datang Ya Ramadan Al-Mubarak...

Esok..semua umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa...

Bermulalah Ramadan yang sekian lama kita nantikan...

Alhamdulillah... usia kita dipanjangkan untuk menyambut bulan penuh kemuliaan dan penuh keberkatan ini.

Dan semoga kita diberi peluang menyempurnakan Ramadan kali ini dengan penuh ketaqwaan dan dipenuhi bulan mulia ini dengan ibadah dan amalan yang diberkati ALLAH...


Pada usia ini...aku sentiasa berdoa agar ini bukan Ramadan terakhir buatku....


Namun bagaimanapun... aku ingin menjalani bulan mulia ini dengan penuh bermakna... aku ini mengingatkan diri
bahawa...'...mungkin ini adalah Ramadan terakhir ku....'


Sebak ketika menulis entry kali ini...tak tau kenapa...






Pernah membaca catatan ini di sini...I love Islam aku copypaste je...tapi tak jumpa pulak dihalaman yang mana..




Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
Sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji


"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih


"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang


Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari....suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita


Ampunkan segala dosaku yang pernah kulakukan.... yang terlihat atau yang tersembunyi... dan buat semua sahabat blog... serta pengunjung setia blog ini... aku ampunkan serta halalkan apa pun jua yang terjadi antara kita... andai pernah terluka dan terguris rasa... sama2 kita bermaafan...








...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, June 15, 2012

Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah s.a.w....

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh...

Bismillahirohmanirohim....

Salam Jumaat buat semua pengunjung blog serta sahabat yang dikasihi...

Bulan Rejab bulan mulia.... kita sudah pun 25 hari berada di dalam  bulan Rejab... terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan ini...

Antaranya ialah peristiwa dan mukjizat yang dikurniakan ALLAH kepada  Rasullullah s.a.w iaitu  Peristiwa Israk Mikraj...

Masih teringat lagi ketika kami masih lagi kecil...setiap malam 27 Rejab... bapak akan mengumpulkan anak2 yang belajar mengaji dengannya untuk memperdengarkan kisah perjalanan Rasulullah s.a.w

Ianya adalah perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.

Bagi mereka yang beriman... mereka melihat peristiwa ini sebagai mukjizat Rasulullah s.a.w. yang wajib dijadikan iktibar ... tapi bagi mereka yang tidak mempercayainya ianya bagai satu dongeng yang direka2...

Tapi... ALLAH itu Maha Berkuasa... apa yang mustahil bagi kita tidak mustahil bagi ALLAH subhanawataala...jika apa yang dikehendakinya terjadi maka terjadilah...

Hanya dengan kalimah Kun Faya Kun...

Bagi mereka yang tidak mempercayainya ucapkanlah pada mereka

'Law Haulawala Quwata Illa Billah Hil 'Aliyul 'Azim' maksudnya 'Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan  kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung....semoga mereka akan diberikan hidayah suatu hari nanti

Apa yang terdapat di bawah ini adalah dari blog ini...

Semoga apa yang kita baca dpt sedikit sebanyak memberi manafaat pada kita dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini..

Untuk makluman bagi mereka yang tinggal di Shah Alam... pasti tau akan acara yang akan diadakan di Masjid Shah Alam ..Sabtu dan Ahad ini sempena Sambutan Israk Mikraj...marilah ramai2 memeriahkan hari tersebut...(sayangnya aku pula terpaksa balik ke Melaka..huhuhu)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)






... Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, May 18, 2012

Tazkirah Jumaat...Cecahkan Dahimu ke Sejadah...

Assalmualaikum sahabat yang sering berkunjung ke blog ini...

Salam Jumaat buat semua...

Aku ini berkongsi sajak ini dengan rakan2...dan sahabat2...

Bagi mereka yang selalu mendengar Ikim.Fm...pasti sajak ini tidak asing lagi bagi mereka...

Tiap kali mendengar sajak ini dibacakan... airmata pasti bergenang...mengenang kelalaian diri serta masa lalu yang telah dihabiskan dengan sia2... mengenang betapa aku adalah hamba Mu yang menzalimi diri sendiri...



----------------------------



Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah ,Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat.
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara.Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.

Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi.Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru , sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium ,saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...

----------






...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, May 4, 2012

Rentetan Peristiwa Selepas Tiupan Sangkakala ...

Assalamualaikum... dan Salam Hari Jumaat...

Ingin berkongsi apa yang aku terima dari email... untuk sahabat dan pengunjung blog...

Semoga ianya akan menjadikan kita hambaNYA yang lebih bertaqwa


Ameen....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.





...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, April 27, 2012

Pesanan Buat Anak-anak...

Assalamualaikum ... dan Salam Jumaat buat semua pengunjung...



Hari ini aku ingin berkongsi sesuatu yang aku dengar ketika menghadiri ceramah Peradaban Keluarga Islam di Masjid At-Taqwa baru-baru ni...


Selepas balik dari masjid selalunya aku akan menjadi ustazah... mentazkirah anak2...


Kebetulan si kecik dan Farhan tak dapat ikut sama ke masjid... jadi memang tanggungjawab seorang ibu menyampaikan apa yang aku dengar ketika di masjid tadi.


Selalunya kalau aku 'berceramah' ialah ketika bersantai dengan anak2 di ruang tamu... ketika di dalam kereta atau jika ada masa terluang...


Dan yang paling khusyuk mendengar bebelan aku ialah si kecik... mungkin agaknya jiwa dia masih belum dicemari dengan pengaruh yang melalaikan di sekelilingnya maka dia begitu senang menerima apa yang aku cakapkan...


Untuk Farhan rasanya aku kena mentazkirahkannya 2-3 kali...


Apa yang aku dengar dalam ceramah itu yang ingin sangat aku kongsikan bersama ialah pesanan Ustaz tersebut...


Ini merupakan sesuatu yang perlu dan wajib kita sampaikan kepada anak2 kita. Dan aku sentiasa mengingatkan anak2 ku...semoga mereka akan mengingati pesanku ini...


Ustaz berpesan... 


'Kepada ibu bapa... sila ambil perhatian... pesan pada anak2... seandainya mereka dapat mengadap kita tatkala  sedang nazak dan menghadapi sakaratul maut...


Minta anak2 membisikkan kalimah ke telinga kanan kita.... ucapkan syahadah... Asyhadu allah ila ha illallah... wa-asyhadu anna Muhammadur Rasulullah


Dan andainya ketika itu...kalimah itu terlalu panjang untuk kita menyebutnya... cukuplah hanya mengajarkan 
Asyhadu allah ila ha illallah... dan jika itu juga terlalu panjang untuk kita ketika itu... ajarkanlah hanya menyebut Allah...Allah...Allah berulangkali... dan seandainya... di saat itu... terlalu jelas kita tidak berdaya juga menyebutnya... ajarkanlah hanya sekadar... 'Hu..Hu...Hu...'  Itu sudah memadai... semoga ALLAH akan menerima syahadah kita...'


Semasa aku menceritakan pada si kecik apa yang aku dengar... dia menangis dan mula marah...


'Ibu ni...suka cakap pasal mati tau...'


'Mestilah...menyebut mati itu kan sunat... kan kita semua ni akan mati... abih kau ingat ibu ni nak menongkat langit... Aeez kena ingat... semua orang akan mati... ibu ni pun akan mati jugak...tapi tak tau bila...'


'Takpe...Aeez nak berdoa supaya ibu hidup sampai tua...'


'Kalau kau nak doakan umur ibu panjang... doakan supaya ibu sihat...sebab ibu takmo hidup nanti menyusahkan anak2... biarlah ibu mati sebelum ibu sakit teruk hingga bertahun2'


Itu cuma doa aku...permintaan ku pada Rabb ku... tapi segala galanya ALLAH yang menentukan...


Dan semoga ALLAH akan menghakhiri hidupku ini dengan kebaikan... dan dijauhkan hidup ini diakhiri dengan keburukan...


Oleh itu setiap kali selesai solat.. kita  hendaklah sentiasa berdoa semoga kita akan meninggalkan dunia ini dengan lafaz kalimah Agung itu...


Ameen....


Tatkala mengoogle  aku menemui  catatan ini...:



*Hu, Huwal haiyul qayum, artinya Zat Allah yang hidup dan berdiri sendirinya.
Kalimah HU ringkasnya dari kalimah Huwa, sebenarnya setiap kalimah Huwa, artinya Zat, misalnya
Qul Huwallahu Ahad., artinya Zat yang bersifat kesempurnaan yang dinamai Allah. Yang dimaksud kalimah HU itu menjadi berbunyi AH, artinya Zat.




“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”

Erinya: Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling  sempurna akalnya”.




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails