Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Cerita Sedihku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Sedihku. Show all posts

Thursday, May 14, 2015

Hanya Tinggl Kenangan...

Bismillahirohmannirohim...

Assalamualaikum....

Tahun ini tahun 2015... tahun kesedihan bagi kami... tahun ini kami kehilangan 2 orang yang amat rapat dalam keluarga....

Pada penghujung tahun 2014.... kami sekeluarga bersama ipar duai dan mertua telah pergi menunaikan ibadah umrah dengan izinNYA...

Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke tanah air pada awal 2015

Sekembali dari mengerjakan umrah... mertua acik tidak berapa sihat.  Walaupun semasa hendak berangkat kesihatannya tidak begitu memberangsangkan ... namun semasa di Tanah Suci arwah sempat mengejakan umrah dgn sempurna dgn dibantu oleh anak2 yg ikut sama...Alhamdulillah

Dalam masa 2 minggu arwah tak banyak bercakap... sering menghabiskan masa berbaring dan mengerjakan apa yang wajib.... dalam pada itu... anak2 masih lagi berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan beliau.  Tapi benar spt yang dikata... apa jua penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati..

Sehari sebelum menyahut panggilan Ilahi... mertua acik telah dimasukkan ke wad ICU kerana keadaan tubuh yang amat lemah.... 2 hari di sana arwah asyik bertanyakan anak sulongnya iaitu suami acik yg pada ketika itu berada di Pekan Baru..

Apabila mendapat panggilan video dari adik ipar... dan melihat keadaan bondanya yang begitu lemah dan memanggil namanya... suami acik bergegas balik bila sahaja ada kekosongan pesawat utk kembali ke Malaysia.

Suasana pilu menyelubungi ward ICU apabila melihat suami acik datang bertemu bondanya...sebaik shj melihat wajah anaknya itu... arwah mertua mengangkat tangan dan memaut leher suami acik...dan memeluknya.... kemudian mengusap kedua pipi anaknya....ketika itu hanya airmata yg mengalir melihat senario yg begitu sedih...tanpa kata...

Yang menjadi kenangan yg akan disimpan sampai bila2 oleh suami acik ialah apabila dia memohon ampun dari bondanya....

Arwah mertua terus berkata...'Kau anak yang baik din...Alhamdulillah' sambil mengusap pipi suami...

Selepas itu arwah menutup mata... namun tangannya masih menggenggam tangan suami 

Dan pada 19hb Januari... Hari Isnin genap 2 minggu kembali ke tanah air... bonda mertua telah telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya setelah dibawa balik oleh anak2 bila doktor memberitau bahawa tekanan darah arwah semakin menurun...

Al Fatihah untuk arwah...



  
Selang beberapa hari...tanggal 1 hb April...2015... pada harijadi suami acik yang ke 56... hadiah yang paling tidak akan dilupakan ialah... pemergian adik kesayangannya menemui Ilahi...

Genap 73 hari mertua menyahut panggilan PenciptaNYA... anak keempat kesayangan arwah mengikut jejaknya...

Sakit ketumbuhan dlm perutnya yg membesar secara mendadak setelah kembali dari Umrah telah membawanya bertemu Ilahi...

Segala usaha telah dilakukan ... dan usaha terakhir ialah menjalani pembedahan sebanyak 2x di Hospital... setelah kali kedua dibedah dan berada di wad ICU selama seminggu ... dia menghembuskan nafasnya pada pagi Subuh 1 April... berita diterima pagi itu begitu mengejutkan kerana sehari sebelum itu..doktor sudah mengesahkan bahawa beliau dah sedar dan akan ditanggalkan segala wire pd peralatan yg disambung pd tubuhnya...

Yang paling sedih ialah apabila mendengar cerita anak sedara yg menemankan isteri arwah di wad malam itu... 

'Mak Anjang... nak buat apa gosok2 baju ni...'

'Eh...esokkan Pak Anjang dah nak sedar... mak Anjang nak Pak Anjang tengok mak Anjang cantik2 ler...'

Allahuakbar... rupanya... malam itu... adalah malam terakhir isterinya berinteraksi dgn arwah... biarpun dgn hanya berdaya mengangkat kelopak mata...arwah akan respond setiap kali isterinya memanggil...

Acik memang sehingga sekarang merasa sedih... kerana arwah adik ipar inilah yang dulunya menghantar acik kerja di Pertanian Pulau Gadong dahulu... acik sama2 menghantar dia ke Pulapol utk menjalani latihan Polis... aciklah yang membuat persiapan perkahwinannya ... dah macam adik sendiri...



 
 
 




Tapi walau bagaimana sayang kita pada mereka ALLAH lebih menyayanginya... Banyak gambar2 arwah yang acik simpan kerana acik sekeluarga mmg rapat dgn keluarganya... percutian pun sering bersama...

Gambar2 di atas adalah gambar percutian di USS... dan yang terakhir ketika di Mekah...

Kini semua hanya tinggal kenangan...

Moga roh arwah mertua dan adik ipar ditempatkan bersama mereka2 yang dikasihi dan diredhai...

Al Fatihah....Ameen

Monday, September 26, 2011

Al-Fatihah buat Makcik....





Gambar hanya hiasan...ehsan google...


Selang beberapa hari selepas membuat entry tentang kasih sayang ibu pada anak2...aku menerima berita sedih....

Adakah entry lepas adalah gerak hati ku...?  Ntah....

Tapi hari Jumaat lepas aku kehilangan makcik...isteri pada bapak yang telah 17 tahun hidup bersama bapak.

Dialah yang telah menjaga bapak setelah setahun arwah mak meninggalkan bapak...

Dia bagai tempat kami mencurah kasih .... tempat cucu2 yang tidak sempat berjumpa dengan nenek mereka sebenarnya menumpang sayang..

Selama 17 tahun menjadi peneman bapak... akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah 1 minggu tidak berdaya bangun dari katil...

Setelah terjatuh beberapa hari sebelum Hari Raya kelmarin....keadaannya bertambah teruk bila demam melanda...  Arwah bertahan dan terlantar di atas katil hanya seminggu ...dan  kembali kerahmatullah di sisi bapak.. pada 23hb September lepas

Mendapat berita jam 2 pagi... kami adik beradik bergegas pulang ... dan sampai di rumah bapak pagi Jumaat sebelum subuh...

Deraian airmata bapak membuat kami adik beradik begitu sebak....tak tertanggung rasanya bila melihat bapak bersedih...

Semasa jenazah dimandi dan dikafankan...aku..kak long dan Sya tidak dapat menahan airmata... terpandang2 dimata kami terkujurnya tubuh arwah mak... maklumlah jenazah arwah mak tidak dapat kami lihat disempurnakan di hadapan mata kami...

Setelah selamat dikebumikan...kami adik beradik berkumpul di rumah bapak..

Melihat wajah bapak...bagai melihat segunung kesedihan... 2 kali dia menghadapi kehilangan orang yang disayanginya...

Ketika aku tinggalkan rumah bapak semalam bersama kak Long ... Sya dan anak2 masih di sana...

Masih tertanya2 dalam hati aku... bagaimanalah nanti ketika Sya mula kembali bekerja ....

Tinggallah bapak bersendirian... untuk membawa bapak tinggal bersama kami memang amat mustahil.

Maklumlah orang tua...sukar untuk dia meninggalkan rumah...ayam dan segala yang dilakukan di rumah itu setiap hari...

Namun aku dan adik2 meninggalkan pesan pada sepupu2... dan jiran terdekat untuk menjengah bapak...selain dari adikku...  Abe yang tinggal di Melaka.

Alhamdulillah... jiran2 bapak di kampung begitu prihatin.  Ketika makcik sakit merekalah yang setiap hari bertandang bertanya kabar dan berziarah.  Begitu juga sepupu yang berdekatan rumah bapak... dialah yang akan datang menghantar semangkuk gulai untuk bapak berdua...

Dari kejauhan ini aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan bapak dan semoga bapak sentiasa berada dalam jagaanNYA...

Al-Fatihah untuk makcik Norliah... dan untuk arwah mak...semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang2 yang disayangi...Ameen...









...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, August 19, 2010

Ketika Rindu itu Datang Bertandang....

Teringat masa memula tgk video klip ni kat TV...sedih sangat....

Dan tiap kali menontonnya...aku mesti menangis tersedu-sedu...

Teringat pada arwah mak...

Terbayang bagaimana dia selalu menanti aku untuk pulang ke kampung...dan biarpun aku paling dekat dgnnya tapi aku jarang dpt menghabiskan masa bersamanya...kerana aku sibuk dengan urusan rumahtangga.

Kata orang...syurga isteri bersama suaminya...dan arwah mak tak pernah merungut kerana dia tau...aku punya tanggunjawab aku sebagai isteri...

Tapi bila dia 'pergi' meninggalkan kami 17 tahun lepas...dalam hati aku seringkali terbit rasa terkilan...kerana aku tak dapat berbakti padanya seperti mana seharusnya dilakukan oleh seorang anak.  Biarpun aku tak pernah lupa padanya...saban hari aku menalipon dan bertanya kabar...kami berbual apa sahaja .. tapi rasa itu sentiasa ada...

Ketika itu aku bekerja di Melaka... masih aku ingat lagi... aku akan menaliponnya setiap hari jam 11.00 pagi...

'Mak tengah buat apa tu...?'

'Ari ni mak masak apa...?'

'Bapak mana...?'

Dan paling kurang aku akan berbual dengannya selama 10 minit...kami berbual apa sahaja...seronok dgr mak ketawa...

Aku masih ingat hari terakhir aku berbual dgnnya di telefon...ketika itu dia sudah seperti berada di dunianya sendiri... kerana cuma aku sahaja yang bercakap... arwah mak cuma bersuara sepatah dua kata.

Bila mula2 kehilangan arwah mak... tiap kali jam 11.00 aku akan menangis...

Kerana ketika itulah rindu aku pada mak membuak2...

Tapi...dia telah tiada....telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...

Dan kenangan bersama arwah mak tak pernah padam...

Pada mereka yang masih mempunyai ibu... emak...ummi atau apa jua panggilan yang diberikan...

Hargailah mereka ketika mereka masih ada....

Al-Fatihah buat arwah mak...semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang disayangi....








...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, April 29, 2010

Mengimbau Kenangan Arwah Mak...

Semalam aku menonton rancangan Jangan Tidur Lagi ...

Kali ini...Allahyarham Achik Spin & Nana menjadi tetamu...

Menonton rancangan ini membuat aku rasa sebak...

Ntahlah...aku tak dpt menyelami hati2 mereka yang masih  terasa sangat kehilangannya...

Tapi...

Aku pernah berada dalam situasi begini...

Ketika arwah emak pergi menyahut panggilan Illahi...

Arwah mak meninggal kerana terlibat dengan kemalangan di Gua Musang.

Ketika itu mak pergi mengikuti lawatan ke Kelantan...menaiki bas.

Bas yang dinaiki bertembung dengan lori ayam...dan dlm ramai2 penumpang...hanya mak yang menjadi mangsa korban.

Hancur luluh hati kami adik beradik menerima berita kemalangan tersebut...tapi seperti telah tersurat...ajal maut...waktu dan tempatnya telah ditentukan ALLAH...

Seminggu kehilangan arwah mak...tatkala aku masih lagi bersedih...jiran sebelah rumah menyerahkan video perkahwinan anak perempuannya yang baru saja berlangsung beberapa hari sebelum arwah mak meninggal...

Mertua yang merasa aku tentu rindukan arwah mak memanggil aku menonton video tersebut...

Memang aku merindui mak...merindui wajahnya...gelak tawanya...tapi...tatkala menonton gambar mak sedang makan dengan gelak tawanya bersama kawan2...aku jadi sedih....

Aku terus berlari masuk ke bilik...dan menangis terisak isak...

Masih terlalu baru bagi aku untuk melihat itu semua...

Masih terasa mak berada bersama kami...

Kehilangan arwah mak dengan tiba-tiba betul2 memberi kesan pada hidup aku...

Kerana aku belum berpeluang untuk memberi kesenangan pada arwah mak...aku masih belum puas berbakti kepadanya....

AL-FATIHAH...buat arwah mak....



...


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, February 5, 2009

Terima kasih...

Berhari-hari aku tak menjenguk blog...(aku selalu menangis bila melihat gambar Rona di blog) begitu juga aku tak melawat blog kengkawan. 2-3 hari hati ku masih merasa sedih...malam kejadian itu aku tak boleh nak melelapkan mata....wajah Rona terbayang-bayang.

Membaca komen2 kengkawan kadang2 pun membuat aku sedih...namun aku berterima kasih kerana ramai yang bersimpati dengan Rona dan memberi aku semangat...Terima kasih ...




Zareda , zino, PINATBATE, Neeza Shahril, Intan Rosnitta, Oh-Sugar , iina, Kak Elle, Norabella, Ummi365, ilah1908 , AZWA, pB, ^ez^, HappyIrfa, ~ yus ~, sally, Abang Long, maklang, Mamamanja, jus call me ida.., silversarina, hanimndroid, KV, MULAN, uda, Anonymous, Mak Su, Masy , umeboshi, Mya, RaFFLeSiA MeRaH , © EM Muhammad, ILA, zany , cikMilah, Cat Cat, sya , Mama Rock, ez, razlyen78 , Laracroft74 ... (maaf aku tak dpt membalasnya satu persatu...namun apa jua nasihat dan kata-kata yang diberikan tetap aku ingati...)



Mungkin kalau ada orang yang tidak faham rasa macam aku ni mengada-ngada...tapi pada siapa yang pernah memelihara binatang kesayangan...memang kematian binatang itu akan membuat kita rasa kehilangan.



Begitu juga dengan aku...hari2 selepas Rona pergi...aku terasa kehilangan...melihat anak2 yang lain bermain2 hati menjadi hiba...hiba kerana kalau tak selalunya mereka bermain bertiga. Merenung wajah Markonah memang membuat aku bersalah...tiap kali mengusap Markonah aku akan berkata.


'Maafkan aku ye sayang...' sehingga sekarang aku masih berkata begitu padanya.



Entahlah...bila melihat anak2 kucing tu...aku terasa mereka itu bagai anak2 kecil yang masih baru mengenal kehidupan....riang bermain bersama-sama. Itulah yang membuatkan hati aku rasa sedih.



Tinggal yang berdua ekor ni Ude dah pesan jangan ambil2 gambar mereka lagik...memang dari dulu dia kata...



'ibu orang kata kalau selalu amik gambar kucing...nanti kucing tu tak panjang umur...' macam yang dikomen oleh Ilah1908.



Tapi...mungkin itu semua secara kebetulan...dah ajal Rona kan?..tapi aku tak berani jugak nak amik2 gambar dah...hehehehe



Semalam semasa aku menelefon ibu mertua bertanya khabar...dari hujung talian aku dengar dia ketawa2 mengusik aku...



'Kenapa anie?..Ma ingatkan kau nak jemput kenduri baca tahlil...anak kucing tu dah meninggal 3 hari...'



Aku langsung tak boleh menahan gelak aku ketika itu.



Memang bila diingat kembali...aku jadi malu menangis depan mertua macam budak2 kecil hari tu...



Buat kak elle...komen yang kak elle tinggalkan buat anie tersenyum....memang buruk bebenor agaknya mak budak menangis meraung ye...hehehe



Walau bagaimana pun apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kini anak2 Markonah yang lain mendapat perhatian dari kami sama rata. Dan kami lebih berhati-hati bila nak masuk atau mengeluarkan kenderaan. Markonah juga tak jadi kami kembirikan dulu...aku nak tunggu dia beranak lagi...aku nak dia dapat anak macam Rona...semoga permintaan aku dikabulkan.



Dan aku harap Markonah dan Rona dah memaafkan aku...agar aku boleh lebih tenang.






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Sunday, February 1, 2009

Andainya...

Seandainya aku diberi peluang untuk mengundurkan masa...pasti aku ingin mengulangi hari ini...kerana...

1st February...aku telah melakukan satu kesilapan yang aku sendiri tidak dapat memaafkan diriku...

2 hari sibuk melayan ibu mertua di rumah...2 hari juga aku tak dapat mengusap...mengulit...mengendong...mencium kesayanganku Rona....

Tapi tengahari tadi...ketika aku keluar untuk ke rumah adik iparku di KL bersama mertua...aku sendiri telah melanggar Rona...

...betapa cuainya aku hari ini...

...selalunya aku akan memeriksa dahulu anak2 kucing itu yang sejak kebelakangan ini suka bermain di bawah kereta....

...ketika diberitau oleh pembantu MIL bahawa ada anak kucing yang terlanggar semasa dia ingin mengunci gate...aku lantas bekejar ke tempat yang ditunjuk...

...aku terus meraung....menangis ...meratap...aku mengucap berkali2...aku dah tak menghiraukan lagi ibu mertua yang menanti di dalam kereta...aku menangis dan memohon maaf berkali2 pada Markonah yang menjilat2 anaknya yang sudah terkapar di tempat kejadian. Betapa hati aku bagai disayat....anak kucing kesayanganku...aku yang menyebabkan kematiannya...bagaimana mungkin aku memaafkan diriku ini...

Aku menangis seperti anak kecil yang kehilangan sehingga jiran sebelah bertanya...

'Kenapa kak...?

'Rosni...akak terlanggar anak kucing akak...anak yang paling akak sayang pulak tu...'

Pada mulanya Rosni tersenyum melihat aku...tapi bila melihat...aku bersungguh menangis seperti anak kecil...dia terus bersuara...

'Sabar jelah kak...nak buat camaner...'

Aku masuk semula ke dalam kereta...setelah Rona ku alihkan ke dalam kandangnya...

..aku mencapai telefon dan memberitau Ude yang ketika itu sedang bertugas di Finas...

Dalam sedu sedan...aku dengar Ude dah kehilangan kata-kata....

Aku terus memandu sambil menangis...air mata tak boleh berhenti keluar dari mata ini...aku dengar Fareez menangis tanpa henti di belakang...

Sesampai di rumah adik ipar...berita kematian Rona menjadi topik utama. Zilah melihat aku yang menangis lagi dengan linangan airmata....

'Kak anie...nak buat camaner...dah ajal dia...'

'Ilah...kalau org lain langgar akak boleh terima...ni akak yang langgar sendiri...'

'Tulah kak anie...kalau kita pelihara binatang...camnilah...kita kene terima bila kita dah sayang...bila dia mati kita akan sedih sgt...macam ilah dulu...Tompok mati berhari2 Ilah menangis..tu sebab sekarang Ilah takmo pelihara kucing lagik...sebab kucing ni selalunya mati terlanggar...'

Aku terus masuk ke bilik Zilah...membaringkan diri dan menangis lagi...aku call Sya...aku menangis lagi...

Dan malam ini sekembalinya Ude dari bertugas di Finas...Ude mengambil Rona yang aku letakkan di dalam kandang berselimut dengan kain untuk ditanam.

Ude menangis teresak-esak...kerana dialah yang selalu memberi mereka makan...sambil membelai Rona...aku dan Ude cium dia buat kali terakhir...sebelum dia ku tanam berdekatan dengan tempat Mica bersemadi di belakang rumah...

Selesai menanamnya...aku terus membaringkan diri dlm bilik dan menangis lagi...Ude juga ke biliknya membawa hati yang sedang hiba...begitu juga Farhan...yang aku lihat jarang menangis tapi hari ini dia menangis di bilik kerana kehilangan Rona...

Tatkala aku menulis entry ini...airmataku masih belum mahu berhenti...yang paling menghibakan hatiku ialah...Markonah seperti kehilangan sesuatu...keluar masuk ke dalam bilik ku untuk mencari anak kesayangannya yang 'hilang'...Bagaimana dapat aku memaafkan diriku ini...???

Ingin ku abadikan gambar Rona buat tatapan ku selamanya...

Andainya dapat aku mengundurkan masa.....



Rona & Roni yang sdg tidur...lihatlah betapa comelnya dia...




Gambar terbarunya...yang ku ambil pd hari Jumaat 30/1

Gelagat dia yang suka tidur di mana saja dia suka...



Gambar terbaru juga...gebu sungguh dia kan?


Inilah kegemaran dia akhir2 ni...suka tidur di celah2 kenderaan...


p/s...Aku masih bersedih...maafkan aku andainya aku tak berkunjung balas ke blog kawan2...dan maafkan aku kerana belum dpt membalas komen di entry sebelum ini...

...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails