Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Cetusan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Cetusan Rasa. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Wahai Hati Tenanglah Dikau...



Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum buat sahabat dan pengunjung blog..

Kita sudah pun berada di penghujung Ramadan...

10 hari2 terakhir... iaitu kita kini berada di fasa 3 Ramadan..

10 hari pertama adalah rahmat... 10 hari berikutnya keampunan dan 10 hari terakhir ini  ialah pembebasan dari api neraka....

Di masjid At-Taqwa berdekatan...10 malam terakhir ini telah menjalankan Qiamulail....

Teringin untuk turut serta ... tapi kesian kat si kecik...

Qiamulail tiap hari bermula jam 3 pagi hinggalah ke waktu subuh... sahur disediakan di masjid.... tu yang buat aku tak sampai hati...kalau aku dok sana dari jam 3 pagi...macamana dgn si kecik di rumah.. kalau nak bawa dia ke masjid...macamana pula nak ke sekolah nanti...

Takpelah...Semoga usia ku dipanjangkan untuk Ramadan akan datang... Insyaallah aku akan berpeluang untuk ke sana.

Persiapan untuk berhari raya untuk anak2 telah pun siap... Baju melayu sudah pun dibeli...

Adakah aku gembira untuk menyambut Syawal...

Entah aku tak tau apa perasaan aku ketika ini...

Kerana... aku sedang memujuk hati...

Hati aku tidak bahagia buat masa ni....

Aku sedang berusaha keras untuk mengajar diri... bahawa apa yang ada di sekelilingku sekarang....

Segalanya... hanyalah pinjaman...

Aku sedang mengajar hati... agar bersedia menerima apa saja... kerana itu semua bukan milikku... ianya adalah milik ALLAH yang dipinjamkan padaku buat sementara...

Hai lah hati  !!  Kenapa sukar sungguh untuk aku mententeramkan mu... kenapa sukar untuk aku menerimanya seandainya ia memang telah ditakdirkan untuk ku....

Buat sahabat sekelian...

Mohon doakan kebahagiaan hatiku...mohon doakan ketenangan hati ini....

Wassalam...


Ingin aku mencari ketenangan di maya yang terasa damainya seperti ini.....




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, September 22, 2011

Sesuatu Untuk DiKongsi... Buat Anak-anak Yang Dikasihi...

Mungkin ramai dah baca kisah ni...

Tapi aku masih mau mengabadikannya di blog ku ini... agar bila satu hari nanti...jika aku sudah tiada... anak2 akan membacanya... dan tau betapa kasih dan sayangnya aku pada mereka...

Sebesar kasih ibu yang diceritakan ini... kerana bagi aku...seorang ibu itu sanggup menggadaikan nyawanya demi  anak2 tersayang... biar pun anak itu baik atau sebaliknya... kasih sayang ibu tak pernah berubah... andai diberi segunung intan... anak adalah pilihan mereka....

Kerana bagi ku...anak2 aku dan keluargaku  adalah kekuatan ku...

Dan...anak2 perlu tau... biar bagaimana pun kesilapan yang mereka lakukan... ibu2 tetap akan dapat menerima mereka... akan tetap memaafkan mereka.  Biar hati mereka terguris...mereka masih tetap menelan airmata...agar anak itu tidak berdosa...

Tapi...bila hati seorang ibu disakiti...dilukai berkali2 hingga tiada lagi airmata untuk ditangisi...dan bila hati  ibu telah tertutup untuk anaknya  itu

Maka...jadilah anak itu anak derhaka dan... tertutuplah pintu syurga untuk anak itu....

Nauzubillah hi minzalik... semoga dijauhkan anak2 kita dari menjadi sedemikian...




Pengorbanan Seorang Ibu

---------------------------



Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. 

"Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bila menyentuh tentang kasih sayang ibu dan anak....airmata ini pasti akan tumpah...kerana...aku merindui arwah mak... tak sempat lagi aku berbakti padanya... belum puas lagi merasa kasih sayangnya  dia telah pergi meninggalkan kami

Al-Fatihah buat arwah mak... semoga rohnya dicucuri rahmat ....dan ditempatkan bersama orang2 yang disayangiNYA....


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, January 10, 2011

Terima Kasih Teman... Love All Of You...


Terima kasih pada kawan2 yang banyak memberi kata2 semangat dan juga yang menghantar sms bertanya kabar...tulus dari lubuk hati ku... tiap kata2 semangat yang diberi membuatkan aku menangis...

Terima kasih sangat... tapi aku tak sempat nak membalas lagi komen itu satu persatu...

kerna...

Biar pun kita baru berkenal... dan ada juga yang belum berjumpa dan hanya mengenaliku di alam maya... tapi kalian lebih mengenali diriku.. aku terharu sangat...

Doakanlah untuk kesejahteraan ku dan keluargaku...

Buat masa ini... aku belum ada mood untuk buat entry...



Untuk menulis aku perlukan fikiran yang tenang... hati yang ceria...

Coz' being me... aku memang suka menceritakan kisah2 ceria, kelakar dan boleh menceriakan kengkawan serta pembaca blog...

Insyaallah bila fikiran dah tenang... hati aku dah ceria semula... aku akan menulis...

Tapi percayalah.. mungkin esok aku dah okay... sebab aku jenis yang cepat mengubati hati yang luka... kerana bagi aku...apa pun yang terjadi disekeliling ku adalah rempah ratus kehidupan serta takdir yang telah ditentukan...

dan...

ALLAH sentiasa bersamaku... dan mereka yang benar...


...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, August 19, 2010

Ketika Rindu itu Datang Bertandang....

Teringat masa memula tgk video klip ni kat TV...sedih sangat....

Dan tiap kali menontonnya...aku mesti menangis tersedu-sedu...

Teringat pada arwah mak...

Terbayang bagaimana dia selalu menanti aku untuk pulang ke kampung...dan biarpun aku paling dekat dgnnya tapi aku jarang dpt menghabiskan masa bersamanya...kerana aku sibuk dengan urusan rumahtangga.

Kata orang...syurga isteri bersama suaminya...dan arwah mak tak pernah merungut kerana dia tau...aku punya tanggunjawab aku sebagai isteri...

Tapi bila dia 'pergi' meninggalkan kami 17 tahun lepas...dalam hati aku seringkali terbit rasa terkilan...kerana aku tak dapat berbakti padanya seperti mana seharusnya dilakukan oleh seorang anak.  Biarpun aku tak pernah lupa padanya...saban hari aku menalipon dan bertanya kabar...kami berbual apa sahaja .. tapi rasa itu sentiasa ada...

Ketika itu aku bekerja di Melaka... masih aku ingat lagi... aku akan menaliponnya setiap hari jam 11.00 pagi...

'Mak tengah buat apa tu...?'

'Ari ni mak masak apa...?'

'Bapak mana...?'

Dan paling kurang aku akan berbual dengannya selama 10 minit...kami berbual apa sahaja...seronok dgr mak ketawa...

Aku masih ingat hari terakhir aku berbual dgnnya di telefon...ketika itu dia sudah seperti berada di dunianya sendiri... kerana cuma aku sahaja yang bercakap... arwah mak cuma bersuara sepatah dua kata.

Bila mula2 kehilangan arwah mak... tiap kali jam 11.00 aku akan menangis...

Kerana ketika itulah rindu aku pada mak membuak2...

Tapi...dia telah tiada....telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...

Dan kenangan bersama arwah mak tak pernah padam...

Pada mereka yang masih mempunyai ibu... emak...ummi atau apa jua panggilan yang diberikan...

Hargailah mereka ketika mereka masih ada....

Al-Fatihah buat arwah mak...semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang disayangi....








...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, May 18, 2010

Aku Anak Jati Melaka...



Aku adalah anak jati Melaka...

Aku dilahirkan di Melaka...dibesarkan di Melaka...bersekolah di Melaka...bekerja di Melaka.

Kemudian aku berkahwin orang Melaka...maka aku pun terus menetap di Melaka.

Lebih 40 tahun aku tinggal di Melaka...

Aku  bangga menjadi anak Melaka jati.

Tahun 2003 aku mengikut suamiku berpindah ke Shah Alam. 
Itulah pertama kali aku merantau ke negeri orang...

Kami menyewa rumah di sini...dan sehingga akhir tahun ini...genaplah 8 tahun aku menjadi penduduk Shah Alam.

Shah Alam begitu sesuai dengan jiwa aku...jalan rayanya jarang2 sesak...tempat membeli belahnya dekat aje dengan rumah aku...15 minit memandu ...dah pun sampai...segala-galanya ada di sini.

Kawasan kejiranannya begitu aman.  Kebanyakan jiran2 aku adalah Melayu.  Kami mempunyai persatuan sendiri...setiap tahun kami akan mengadakan Hari Keluarga.  Ataupun selang beberapa bulan kami akan mengadakan Hari Ramah Mesra bersama.  Memang seronok.

Sekarang...sudah hampir 8 bulan cik abang aku mula bertugas di Melaka.

Setiap hujung minggu dia akan kembali ke Shah Alam bersama kami...ataupun kalau dia ada program di hujung minggu..aku yang akan balik ke Melaka...

Ramai yang bertanya kepada aku kenapa aku tak pulang sahaja ke Melaka.?
Sebenarnya kalau diikutkan hati...aku memang takmo balik ke Melaka lagi.
Apa sebab dan alasannya biarlah ia menjadi rahsia.

Pada mulanya cik abang tak berniat untuk terus bekerja di Melaka...dia ingin mencari rezeki di sini dan tinggal bersama kami.

Tapi bila kerjayanya di sana lebih menyerlah...aku kesian melihat dia.  Biarpun dia tinggal bersama ibu dan adiknya tapi sepatutnya segala keperluannya aku yang menguruskan.  Setelah lama memikirkannya aku  pun mengambil keputusan untuk kembali ke Melaka.

Bila keputusan itu aku sampaikan pada anak2...mereka membantah.  Semuanya tak mau balik ke Melaka...mereka sudah sebati tinggal di sini.

Maklumlah Farhan dan Fareez membesar di sini.  Mereka sudah ada kawan2 mereka sendiri di sini.  Kawan2 sekolah...kawan2 di kejiranan ini sendiri.  Memang berat untuk mereka tinggalkan.

Jadi setelah berbincang dengan cik abang...kami bersetuju hanya akan kembali ke Melaka setelah Farhan mengambil peperiksaan SPMnya tahun depan.

Rasanya tak lama lagi tu...tinggal setahun lebih aje...pejam celik...pejam celik nanti sampailah masanya.

Sebenarnya .hatiku...jiwaku begitu berat untuk kembali ke sana. 

Hanya ALLAH yang tahu dilema yang bermain di benak fikiranku.

Tetapi...tempat seorang isteri adalah di samping suaminya...maka apa jua yang membuat aku berat untuk melangkah pulang ke sana harus ku telan...dan apa jua yang mendatang harus aku hadapi.

Hanya doaku pada Yang Esa...hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk ku...






...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, May 12, 2010

Tunaikanlah Janji itu Jika Mampu...



Semasa anda kecil dulu...masihkah anda ingat dialog comel anda bersama ibu anda?

'Mak...nanti kalau adam dah besar...adam nak belikan mak gelang emas...gelang yang besar...tau...'
Mak mendengarnya sambil tersenyum lebar...sambil mengusap kepala si anak dan mengucup ubun2 anak kesayangan itu.

'Ibu...bila Maria dah besar nanti...ibu tak payah kerja tau...nanti Maria bagi ibu duit bulan2...Maria nak bagi ibu duit banyakkkk...'
Ibu yang melihat anak dengan linangan airmata kegembiraan...pipi yang mulus dikucup penuh kasih sayang...

'Ummi...nanti bila wafi dah besar...wafi nak jadi doktor...kalau ummi sakit nanti wafi boleh ubatkan...'  Kepala wafi yang diriba ummi diusap penuh mesra...tangan ditadah memohon cita2 anak2 dimakbulkan...

Masa berlalu...hari berganti bulan...bulan berganti tahun.  Tahun demi tahun yang berlalu...segalanya makin berubah...

Anak yang dikendong...anak yang disusukan...anak yang sentiasa dimanja dilepaskan pergi menuntut ilmu ...walau ke mana sahaja... ibu dan ayah terpaksa menghantar dengan hati yang berat.  Dan diiringi doa yang tulus ikhas dari kedua mereka...anak2 terus berjaya mengorak langkah memenuhkan ilmu di dada...

Janji janji yang pernah dilafazkan pada sang ibu, mak dan Ummi...sudah menjadi kabur...hanya yang tinggal adalah kenangan.  Baginya itu hanyalah kata2 seorang anak mentah yang masih belum mengenal dunia.

Namun ibu, mak dan Ummi di kampung masih menanti...mengharap anak akan pulang menjengah mereka.  Bukan janji yang mereka tagih...bukan wang yang mereka pinta..tapi mereka ingin menatap mata anak yang pernah direnung penuh kasih sayang...mereka ingin mengucup dahi anak...ingin mengusap kepala sikecil yang kini telah besar...mereka ingin memanjakan mereka seakan mereka itu masih anak anak comel mereka dahulu.

Tapi di manakah sang anak ketika ibu memerlukan...ketika ayah mendambakan mereka.?  Mereka sibuk dengan urusan kerja...yang telah menjadi doktor sibuk dengan pesakitnya...yang ingin menaburkan wang yang banyak pada ibu sibuk mengumpul tas tangan dan pakaian2 berjenama...yang ingin menyalut tubuh ibu dengan emas dan perak sibuk ke hulu ke hilir membawa si jantung hati membeli belah ....

Di manakah letaknya ibu dan bapa mereka?

Adakah ibu dan bapa tua itu masih lagi dihati?

Lupakan saja segala janji...kerana itu hanyalah kata-kata yang sering kita lafazkan untuk ibu semasa kita masih belum mengerti apa-apa.

Dan ibu...mak atau ummi tidak pernah inginkan yang lebih dari kehadiran dan kasih sayang anak2.  Anak yang bertanggungjawab...yang dapat memberikan perhatian pada mereka...yang dapat menjaga kebajikan mereka ketika mereka memerlukan.

Masihkah kita ingat...apa janji kita pada mereka yang bernama ibu...mak...ummi atau bonda...?

Sudahkah kita menunaikannya? Andainya kita mampu ... tunaikanlah... andainya kita tidak mampu memenuhi janji itu...cukuplah hanya sekadar menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. 

Aku tidak pernah mengharapkan apa yang aku lakukan dibalas oleh anak2 dengan rasa terpaksa.  Aku cuma inginkan mereka menjadi anak2 yang bertanggungjawab...dan ada ketika aku memerlukan mereka.  Aku sentiasa berdoa agar menjauhkan mereka dari menjadi anak derhaka dan tidak pandai menghormati orang tua.




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Saturday, December 19, 2009

DIA Maha Mendengar...


Semalam cik abang telefon dari Melaka...



Suaranya ceria.



Dia begitu gembira dengan berita terbaru ...bukan pasal M*nir nak tunang...tapi berita yang diterima dari Big Bossnya.



Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar...dan DIA mendengar segala keluh kesah hambanya.



Selama ini aku tidak pernah henti berdoa dan memintah dariNYA...namun apa yang aku pinta ... tidak dimakbulkan. Kadang aku rasa kecewa...namun aku tak pernah berputus asa. Doa dan rintihanku hanya untukNYA. Kini baru aku sedar...bahawa DIA merancang apa yang terbaik untuk kami.




Alhamdulillah...



Aku terima apa jua yang telah ditakdirkan untuk ku...biarpun dengan berita tersebut aku terpaksa mengorbankan sebahgian dari suatu yang amat aku sayangi...namun demi kebahagian cik abang...aku redha...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, November 24, 2009

Cemburu itu...


Ada orang kata...
Cemburu itu tanda sayang...

Ada orang kata...
Tanpa cemburu...
Cinta itu hambar...

Ada orang kata...
Cemburu itu...
Perencah alam percintaan...
Asam garam bagi yg berpasangan...

Ada orang kata...
Cemburu itu...
Perlu berpada...
Kalau terlebih...
Cemburu buta namanya...

Ada orang kata...
Terasa bahagia jika dicemburui...

Tapi...
Adakalanya ia mengongkong diri...


Kerana itulah...

Ada orang kata...

Cemburu itu melemaskan...
Cemburu itu merimaskan...








...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails