Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts

Friday, March 16, 2012

7 Petala Cinta...Filem Cinta Yang Menarik

Hari ini si kecik merengek2 menuntut janji dari aku yang telah berjanji kelmarin untuk membawa dia menonton filem animasi 'Seafood'...

Petang tadi pula aku menonton Di Sebalik Tabir ... 7 Petala Cinta.



Cerita cinta ini rasanya lain dari yang lain...

Seringkali kita disogokkan dengan kisah cinta anak2 muda zaman sekarang yang banyak adegan2 yang tidak sesuai ditonton oleh anak2.. tapi 7 Petala Cinta ini sungguh berlainan.

Jadi... hujung minggu ni... hati sudah berbelah bagi... nak tengok Seafood ke 7 Petala Cinta ke?

Tapi kalau dikaji... mestilah aku terpaksa tengok Seafood dulu untuk minggu ni... (kerana dah janji dengan si kecik ni) dan 7 Petala Cinta akan menyusul kemudian... Entah bilalah dpt pergi tengok cerita ni pun tak tau sebab minggu depan anak2 dah mula sekolah... dan si kecik siang malam pun sibuk...

Namun... aku MESTI nak pergi tengok jugak...


Sinopsis filem tersebut dari...sini ...



Pengarah
                                                                                                                                                         Azhari Mohd Zain
Lakonan:
                                                              Aeril Zafrel

:

Atar (Pelakon Utama)
:
Hilma Aqila (Pelakon Utama)
:
Hamka (Pelakon Utama)
Krew:
                                                     
                                         Mohd Shahreel Bin Abu Bakar

:

(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pembantu Pengarah)
Penerbit:
                                                                                                 
       David Teo

:

(Penerbit)
Sinopsis:



Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. 

Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, February 22, 2012

Hujan Yang Turun...

Genap 20 tahun pemergiannya pada hari ini...

Tapi lagunya masih menyengat...

Antara lagu kegemaranku dari Allahyarham  Dato' Sudirman Hj Arshad...sehingga kini... Salam Terakhir dan Hujan




Al-Fatihah buat Allahyarham...

Dan untuk perkongsian bersama... 

Waktu turunnya hujan... bersyukurlah kerana... antara waktu mustajab doa ialah ketika turunnya hujan.  Kerana hujan itu adalah rahmat ALLAH... maka bacalah Surah Al-Kauthar dan berdoalah dgn sepenuh hati ketika hujan turun...Insyallah ..kerana Allah itu Maha Mendengar...




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, February 13, 2012

Perginya Seorang Bintang Besar Whitney Houston...

Semalam..dunia digemparkan dengan pemergian seorang penyanyi barat yang tak asing lagi...

Whitney Houston...

Aku memang tak berapa minat pada lagu2 Barat...

Cuma kalau lagu tu berkenan kat telinga aku barulah aku suka dengar...

Sejak dari dulu... kalau lagu Barat ni boleh dibilang dengan jari apa lagu yang aku minat...

Dan salah satu darinya ialah lagu ini...


Lagu ni begitu mendayu2...suara dan melodinya begitu indah...

Berakhir sudah kisah Whitney Houston...namun walaupun dia telah tiada...lagu2nya tetap akan didendangkan dan menjadi ingatan dan dendangan peminat2nya...

Rasanya semalam ramai yang mengucapkan 'RIP Whitney' di Facebook...

R.I.P. ...???

Terpulanglah pada masing2 kan... aku cuma nak ucapkan...

Goodbye Whitney... 





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, January 30, 2012

Keputusan Penuh AJL ke 26...

Tamatlah sudah persembahan Anugerah Juara Lagu

Semua keputusan yang diumumkan amat memuaskan hati....

Semua peserta telah pun membuat persembahan yang begitu baik sekali..

Alyah yang membawa lagu Kisah Hati telah memenangi Kategori Persembahan Terbaik...


Suka sangat lagu ni....

Hafiz masih lagi menduduki juara dalam Kategori Vokal Terbaik...untuk lagu Awan Nano...

Vokal Hafiz memang tak boleh disangkal lagi....hebat....!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tempat Ketiga Juara Lagu ialah milik... Faizal Tahir....dengan lagu Karma

Tempat Kedua pula menjadi milik lagu yang dibawakan oleh 3 suara hebat..Ning Baizura, Jacklyn Victor & Shila Amzah iaitu Beribu Sesalan...

Dan...

Juara Lagu AJL ke 26 ialah lagu ciptaan M.Nasir... dan dibawakan oleh Hafiz dengan begitu baik sekali ...

Awan Nano...



Tahniah pada semua pemenang...

Tamatlah sudah teka teki selama ini...

Dan lagu2 yang menang memang layak untuk menang....

Tahniah sekali lagi....




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, January 20, 2012

Al-Fatihah buat Izwan Pilus...



Petang tadi... buka je Facebook...aku terkejut bila terbaca pada status Tentang Dhia... bahawa penyanyi Izwan Pilus telah kembali ke Rahmatullah pad 6.15 petang tadi kerana keracunan dalam darah...

Pergi pada usia yang begitu muda....sesungguhnya ajal tidak mengenal usia...ia datang tepat pada masa dan ketikanya.  Kerana mati itu pasti...

Al-Fatihah untuk Allahyarham yang juga merupakan abang kepada Aril AF

Aku amat meminati lagu dendangan beliau ini... sehingga sekarang masih lagi suka pada lagu ni...



Takziah buat keluarga yang kehilangan...

Semoga rohnya dicucuri rahmat...Ameen...



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, January 9, 2012

Santapan Penamat MasterChef Malaysia Malam Ini...Updated

Tahniah buat Ezani kerana menjadi MasterChef Malaysia yang pertama...




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Beberapa hari ketinggalan menonton Masterchef... tau tau malam ini sudah pun sampai ke Santapan Penamat..

Semasa pertama kali Masterchef Malaysia disiarkan beberapa bulan dahulu aku memang tak mengikutinya sangat...

Aku tak pernah melekat di depan TV untuk menontonnya...

Tapi bila aku terlihat ada Ary Malik pelakon comel yang aku minat... kemudian terpikat dengan Ezani semasa dia menyediakan Baklava dgn Puding Durian serta mendapat pujian dari Chef Riz... aku mula menonton rancangan ini.




Kemudian aku jadi kagum dengan Zamir dan Daniel iaitu dua pelajar muda belasan tahun yang berjaya melaksanakan beberapa tugasan yang di beri oleh Chef dengan baik...



Setelah Ary terkeluar... aku cuma mengharapkan Ezani dan Zamir untuk ke peringkat akhir...malangnya Zamir terkandas...

Walaubagaimana pun ... sama-samalah kita doakan supaya peserta peringkat akhir iaitu Ezani Farhana dan Wahidan Awang Supair  akan melakukan yang terbaik...



Tak kiralah siapa yang menang... kerana aku rasa kedua2nya layak untuk menjadi peserta akhir dan layak untuk mendapat gelaran tersebut...(tp aku minat kat Ezani...hehehe)

Jangan lupa ye... saksikan di Astro Ria... jam 9 malam nanti...

Selamat Memasak bagi kedua2 peserta...

p/s ... photo dari sjiehan.com




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Saturday, December 31, 2011

Tahniah Osbon - Pemenang Maharaja Lawak Mega ....



Tamat sudah rancangan Maharaja Lawak Mega yang akhir2 ini begitu kontroversi...

Tahniah buat Abon dan Mr Os.... OSBON...

Aku peminat Boboi & Osbon...

Memang sukar untuk memilih yang mana satu... samada Boboi atau pun Osbon...

Melihat pada keputusan setiap minggu mereka merupakan saingan yang begitu rapat dlm pemilihan pengundi2...

Tapi akhirnya malam ini Osbon menjadi pilihan.


Aku suka tugasan pertama mereka...hahahah

Kalau ikutkan hati... aku mau kedua2nya menang...sebab kedua2 kumpulan itu tidak pernah mengecewakan aku dlm membuat aku ketawa tergolek2 tiap minggu...

Tapi adat bertanding...ada yang menang dan ada yang kalah...

Semoga dengan wang yang dimenangi itu... Osbon dpt menafaatkannya dengan baik... dan semoga Osbon akan terus hidup di pentas lawak negara kita...

Buat Boboi... Tahniah juga... aku minat Afdlin... dan jugak Harun Salim Bachik... Anda berdua memang terbaik... sepanjang 9 minggu menonton lawak Boboi... tidak pernah pun aku tidak ketawa....


Tapi aku ada sebab2 tertentu untuk mengharap Osbon yang menang....

Semuanya memang lawak...sebab tu lah anda semua sampai hingga ke final...


 Saehu dari Indonesia di tempat ketiga....suka tengok si Boncil Bancil...Tahniah !!



Syok di tempat keempat... menunjukkan prestasi yang meningkat setiap minggu...tahniah...!

...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, December 30, 2011

Berakhir Sudah Tentang Dhia...Bahagialah Dia Di 'Sana'...




Hari ni ... drama Tentang Dhia telah berakhir...

Sepanjang drama ni memang aku tak pernah buat entry pasal drama ni... ada masa dapat tengok... ada masa terlepas beberapa episod...

Memula drama ni memang membuat aku melekat di depan TV... tapi bila masuk bab menggunakan bomoh dan dah jadi macam slot cerita seram pulak... masa tulah aku terlepas beberapa episod... bab bomoh Boon tu diorang dpt tau dah mati pun aku tak tengok...

Tapi aku mula ikut balik bila Meli dah berpurdah...

Apa-apapun... drama ni memang memberikan kita banyak pengajaran... memang adakala kita melihat macam tak logik ada orang setabah Dhia... dan ada anak setaat Zikir pada ibunya...

Tapi apa yang digambarkan di dalam drama itu memang kadangkala terjadi di sekeliling kita.  Mereka yang setabah Dhia seringkali diuji ALLAH dengan berbagai ujian... dan memang ada orang yang percaya sangat pada bomoh hingga lupa bahawa perbuatan itu boleh membawa kepada rosaknya akidah dan kepada syirik...

Semoga kita dijauhkan dari segala sikap dan sifat negatif yang digambarkan di dalam drama tersebut...apa yang tidak elok tu kita jadikanlah sempadan dan baik itu kita jadikan teladan...

Terharu melihat betapa luhur dan sucinya cinta Dhia pada suaminya sehingga membawa ke mati...


Tahniah pada semua pendukong watak...terutama pada Nora Danish yang comel dan lemah lembut hingga membuat ramai yang sedih dan menangisi derita yang dilalui... Adi Putera..suami yang terpaksa mengikut telunjuk ibunya kerana telah diguna2kan.

Paling best ialah .. Liza Abdullah yang membawa watak Ku Salmi... teruk juga kena sumpah seranah... kesian Liza... tapi lakonan memang mantap... sakit hati betul tgk lakonan dia.  Tak lupa juga pada Izreen Azminda yang selalu berjaya membawa watak jahat dalam apa jua drama...



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, November 4, 2011

Cerita Semalam Tintin... Hari Ini Tunggu Soffiya & Nenek Kebaya (Episod Akhir)...

So... how was the movie yesterday..?

Wah!! Speaking London you...

Semalam aku dan si kecik benar2 seronok menonton filem tersebut.

Dari awal... hingga akhir... filem ini penuh aksi dan gelak ketawa...

Si kecik dok tergelak terbahak2 sebelah aku...



Tapi kerana keletihan dari pagi ke sekolah... kemudian ke studio rakaman...lepas tu terus kene heret ke Mid Vall... di akhir cerita aku tak dengar dia ketawa lagik dah...biar pun aku di sebelak dia bergelak sakan... dia senyap je...



Bila aku toleh ke sebelah...dia dah terlentok dengan spek mata 3D dia...sian anak aku...kepenatan betul dia...

Keluar aje dari panggung... dia cakap... nanti kalau dah tayang kat pawagam... nak ajak ayah pergi tengok pulak...adoyai...!!!

Adventure of Tin Tin memang best..!!  Pasti anak2 akan terhibur dengan cerita tersebut...




Semasa di dalam kereta semalam... aku cakap kat si kecik...

'Alahai... tak dapat nak tengok Soffiyah ari ni tau...'

Memang aku ralat nak meninggalkan episod-episod akhir drama tersebut....tapi nak buat camaner....

Jadi hari ni...aku akan berada di rumah... dari tengahari hingga ke malam.

Aku dah beritau anak2... 

'Ari ni ibu takmo pergi mana-mana... sebab ibu nak tengok episod akhir drama Soffiya....sebelum tu... tengahari ibu nak tunggu episod akhir Nenek Kebaya.... '

Agaknya kalau aku jadi Soffiya siapa agaknya pilihan aku... 

Pasti aku akan memilih Ilyas... kerana bagi aku Ilyas menyayangi Soffya setulus hati.. tidak pernah pun dalam hatinya meragui Soffiyah.  

En Kamal memang baik... begitu menyayangi Soffiya...tapi sayang dan cinta dia cepat tergugat oleh perkara2 boleh membuat dia ragui Soffiya.  Sebagai isteri...pasti hancur luluh hati Soffiya bila dituduh dgn perlbagai tuduhan oleh suaminya... cuma kesilapan Soffiya ialah dia tidak berterus terang pada suaminya hingga boleh membuatkan suaminya meragui segala tindakannya...


Drama Nenek Kebaya walaupun ini adalah tayangan ulangan... aku tetap tak pernah tinggal untuk menontonnya... kerana aku memang minat drama ni dari dulu lagik....



p/s... dapat tau... drama ni ada 28 episod... hari ni baru episod ke 26...jadi ade 2 episod lagi sebelum berakhir....


...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, September 21, 2011

Filem AlHijab - Pierre Andre...

Semasa kami membawa anak2 menonton filem Smurs dahulu... aku terlihat trailer filem Al-Hijab...arahan pengarah yang aku minat... Pierre Andre.

Sejak menonton filem seram arahannya dulu...'Jangan Pandang Belakang' ...aku begitu yakin dengan kebolehan dia mengarahkan filem2 seram...

Aku memang menantikan tayangannya pada 6 Oktober 2011 akan datang.

Tapi... aku bernasib baik kerana berkesempatan menonton preview filem tersebut ketika ditayangkan untuk sidang media semalam...

Seronok bukan kepalang bila Ude bertanya samada aku ingin menemankan dia ke Cineleisure untuk menonton preview filem itu.

Seperti yang aku jangka...memang filem ini mampu memuaskan hati mereka yang meminati filem seram.

Sepanjang filem ini...aku meletakkan jari di telinga... untuk mengurangkan rasa terperanjat oleh sound system yang mengejutkan...

Syabas pada Pierre Andre sebagai Pengarah... Penulis Skrip dan Pelakon utama filem ini.

Biarpun ramai pelakon pembantu... tapi mereka muncul pada scene scene yang pendek... dan hampir separuh filem ini dihidupkan oleh watak Pierre Andre sebagai Rafael.

Bagi mereka yang meminati Nor Abaniah... ingin dimaklumkan bahawa Nor Albaniah membawa watak sebagai mama pada Qiss yang dibawa oleh Nur Fatiah....





Sebelum tayangan bermula... Pierre Andre memberikan sepatah dua kata...








 Gambar2 adalah dari Facebook Al-Hijab

Filem ini memang menyeramkan... jadi bagi mereka yang berhati kecil dan tinggal bersendirian... Awas...!!!.. Jika hijab anda dibuka....

Sinopsis...:

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?




Jadi... pada mereka yang meminati filem2 arahan Pierre Andre... jangan lupa ke Pawagam berdekatan mulai 6hb Oktober ini untuk menyaksikan filem ini...

Tahniah pada Empat Semudra yang menerbitkan filem tersebut... (lama sungguh aku tak tengok filem seram di pawagam)



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, September 13, 2011

Video Klip Malaysian Boy...

Sebenarnya...

Aku tengah MALAS... malas nak update blog...hehehhe

Boleh gitu...

Maghrib tadi anak2 aku sibuk dengan lagu Malaysian Boy... kata mereka lagu tu sedap... tapi dalam video clip tu ada hantu... sekilas sahaja ada lembaga berjubah putih tu keluar di sebelah kiri video clip tersebut
...




Cuba perhatikan betul2 pada minit ke 0.42 video klip tersebut...




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, July 22, 2011

Tamat Sudah Drama Annissa - TV3




Tamatlah sudah kisah 4 wanita yang bersahabat baik malam tadi...

Drama Annissa... di slot Samarinda TV3 begitu memikat hatiku...

Aku jarang menonton Samarinda... tapi bila menonton drama ini dari episodnya yang pertama... aku sudah tidak boleh menahan diri dari menanti drama ini setiap malam Selasa, Rabu dan Khamis.

Setiap malam aku akan mengambil Farhan dari Tusyen 30minit lebih lewat kerana tak boleh meninggalkan drama ini... sehingga Farhan merajuk...

Tapi malam tadi adalah episod terakhir....

Sinopsis diambil dari Lepak.com.my...




Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula timbul dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.

Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?



Apa yg buat aku tertarik dalam drama ini ialah watak Balkis yang dibawa oleh Rozita Che Wan.  Sampai hatinya Balkis mengambil suami kawan karib yang telah dianggap seperti saudara untuk menjadi suaminya...

Dan babak di mana Farid suami Anna dan Balkis terpaksa bersandiwara di hadapan semua orang untuk menutup mata kawan2 dari mengetahui tentang perkahwinan mereka...begitu membuat hatiku sakit.

Kesian sangat tengok Anna yang diperbodohkan oleh suami dan kawan karibnya sendiri.

Drama tersebut berakhir dengan kematian Farid dalam kemalangan yang melibatkan Anna dan juga Balkis.

Di sinilah segalanya terbongkar... dan bila segalanya telah ditakdirkan untuk Anna... maka biar bagaimana sakit pun hatinya... biar bagaimana marah pun dia pada arwah suaminya... dia terpaksa menerima hakikat... bahawa segala apa yang terjadi itu telah ditakdirkan.

Balkis yang terlantar di hospital.. sempat memohon ampun dan maaf dari Anna kerana telah mengkhianatinya... sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dan menyerahkan anak lelaki hasil dari perkahwinannya dengan suami Anna untuk dijaga oleh Anna.

Itulah sandiwara kehidupan... mungkin apa yang dipaparkan pernah terjadi di sekeliling kita...

Segala yang berlaku telah ditakdirkan untuk kita... dan memohon kemaafan serta memaafkan  adalah kunci pada ketenangan jiwa...



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, June 27, 2011

Kisah Hati - Alyah...

Sekarang sedang layan giler lagu ni...

Dan beberapa minggu menjadi Juara lagu HotFM 30

Cuba tengok lelaki yang dalam klip video ni...

Remy Ishak... I like...!!!




Hatiku Hatimu
Menjadi satu cinta

Ku rasa hadirmu 
Menyempurnakan aku

Tapi 
Cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir...

Cinta 
Kau dan Aku
Takkan Mungkin Bersatu
Untuk saat ini 
Di dunia ini

Mungkin kita bersama  *
Nanti di atas sana  *
Biar Ku setia 
Menjaga Cintamu
Selamanya.....





 Lirik lagu ni best...tapi bab bertanda * tu aku tak berkenan...heheheh


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak 2011 - Tahniah!...

Berakhir sudah program Maharaja Lawak malam tadi....

Tahniah pada SEPAH kerana menjadi Juara....

Aku adalah peminat JOZAN....

Tapi sayang ...tugasan untuk final Jozan tak berapa menjadi...sedikit hambar...

Dan yang tak berapa nak puashati ialah untuk kedua2 tugasan Jozan yang terakhir membuat persembahan... jadi kalau ada yang nak mengundi.. waktu2 terakhir talian 'congested'  tak boleh nak buat apa dah...sebab masa yang diberi terlalu pendek...

Walau bagaimana pun  tak dinafikan kedua2 tugasan SEPAH...adalah yang Terbaik...!!

They deserve it....!!

Malam tadi menonton Maharaja Lawak dengan staff Ude dari Les Copaque...

Kami goreng bihun... ayam goreng...nugget... dan buah mangga sebagai pencuci mulut...

Seronok menonton beramai2... gelak ramai2... dan kami semua penyokong Jozan...kecuali Farhan...

Bila Sepah diumumkan Juara.. Farhan gelakkan kami semua terbahak2... sakit hati tau...!!  Sedih ni...!!

Tapi takpe...biarpun Jozan kalah dalam program Maharaja Lawak...mereka berdua tetap Juara di hati kami...

Nanti...aku akan update blog ni untuk masukkan video clip untuk kedua2 kumpulan tersebut...



Lupa pulak nak ucapkan  Tahniah juga pada Nabil peserta solo yang berjaya mendapat tempat ketiga...lawaknya menjadi untuk tugasan ke 2... begitu juga dengan Jambu... tahniah untuk tugasan ke 2 yang aku rasa...terbaik...



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, June 17, 2011

Bahagialah Sudah Nora Elena...

Semalam petang tamatlah sudah drama yang sedang hangat diperkatakan akhir2 ini... Nora Elena...



Hero dan heroin Drama Nora Elena...


Ramai yang menanti setiap petang untuk slot Akasia untuk menonton siri drama kehidupan Seth Tan dan Nora Elena.

Terlalu besar pengaruhnya drama adaptasi dari novel 'Kasih Yang Suci' ini hingga menyebabkan novel tersebut laris di pasaran.

Petang itu kebetulan Ude  ke Karangkraf  dia bertanyakan novel tersebut...

'Habis dah kak... tadi baru habis'

Dengar khabar novel itu telah diulang cetak berkali2 impak dari drama yang bualan hangat.  Rezeki penulisnya kan? Alhamdulillah...

Aku bukan seorang pengkritik drama... jadi aku takmo nak kritik apa- apa...

Bagi aku drama itu mampu membuatkan orang jatuh cinta dengan Seth Tan kerana watak dia sebagai suami yang penyayang... penyabar dan romantik.

Tapi tak payahlah kita pulak berangan suami2 kita nak belikan bunga yang banyak macam dibuat oleh si Seth tu... amik duit tu pergi bawak anak2 jenjalan... makan2 satu famili lagik best...

Semalam... episod cerita Nora Elena dan Seth Tan... berakhir...

Apa yang aku rasa ialah akhir cerita ini akak terlalu pantas....

Walaupun kita dpt andaikan Seth dan Nora hidup bahagia bersama anak mereka...tapi macam terlalu cepat babak2 akhir tu...macam tak puas.

Kalau ikut arwah mak dulu... dan ibu mertua ku... dia mesti tak berapa suka pengakhiran cerita macam tu...

Arwah mak mesti cakap....

'Tak baguslah cerita dia ...tak khusus.... orang tunjuklah... kawan dia tu kawin tak dengan Insp. Amir tu.  Kawan dia yang Nilawati tu pun tak tunjuk dia bicara... tunjukkanlah laki dia kena bicara.  Lepas tu... dia tak tunjukkan si Nora tu mintak maaf sebab kat laki dia sebab cakap laki dia macam2....'

Heheheh...

Arwah mak dan mertua aku ... kalau tengok drama atau apa jua cerita... kalau betul orang tu kawin... nak kena tunjuk orang tu bersanding kat pelamin atau dinikahkan.. kena tunjukkan pengakhiran semua watak dalam cerita tu...

Maksudnya.. yang jahat mesti dilihat kena hukum... yang bercinta mesti dilihat berkahwin... yang sakit kalau nak baik tunjuklah dah sembuh... kalau tak tunjukkanlah dah meninggal...

Kita memang dah terbiasa dan memang mengharapkan apa jua drama berakhir dengan kegembiraan... kalau tak mesti rasa tak puas hati...

Macam drama semalam... biarpun terasa terlalu cepat babak2 akhir tu...tapi aku puashati....







...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, June 13, 2011

Terengganu Juara Piala FA & Hazama Juara AF9...

Tak de apa nak tulis hari ni... sibuk... mengemaskan kain baju balik dari Melaka...

Dari pagi mengemas rumah yang ditinggalkan ... Farhan aje yang tak balik Melaka ari tu... so lantai dapur memang ler melekit2...sebab dia menggoreng macam2... tapi tak mengemop lantai...hmmmm.... anak bujang duduk rumah apa yang dia tau... makan aje lah...

Cuma... aku nak ucapkan tahniah pada pasukan Terengganu kerana memenangi Piala FA... biar pun aku cuma tengok sehingga masa tambahan (sebab cik abang nak tengok bola... maka aku terpaksalah tengok)...  dan tak sempat melihat gol kemenangan Terengganu...( sebab dah tukar TV3 Cerekarama bila aku kerling cik abang dah lelap...hehehe)



Tahniah juga buat Hazama... yang menjadi Juara AF9 dan terakhir...




Persembahannya yang hebat membuatkan kemenangannya itu berbaloi.




Biarpun ramai juga yang merungut ... tidak puashati kerana bagi mereka Hazama sudah  berpengelaman sebagai penyanyi... tapi bagi aku... kenapa nak merungut ? Sedangkan dulu Tomok pun pernah menjadi juara 'One In a Million' biarpun ketika itu dia telah pun terkenal sebagai penyanyi..

Tahniah sekali lagi...

Sekarang tinggal penantian untuk Juara Maharaja Lawak dan siapakah dia bakal Imam Muda Musim ke 2 ini...?


Sama-sama kita nantikan...









...


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, June 7, 2011

Akademi Fantasia Musim ke 9...

Sebenarnya aku bukan peminat fanatik Akademi Fantasia...

Dulu masa musim ke 2 & ke 3 aku tengoklah... tapi sejak itu aku dah tak ikut lagi AF ni.

Siapa2 yang masuk AF pun aku tak amik pot.  Tapi selalunya aku tengok konsert akhir...

Sebab tu lah aku cuma tau siapa juara AF... itu aje.

Musim ke 9 ni... pun aku tak tengok.

Yang buat aku tengok... bila Hazama masuk AF... sebabnya anak2 aku tak suka Hazama masuk...diorang kata Hazama tak patut masuk sebab Hazama dah banyak pengalaman di luar sana sebagai penyanyi... dioranglah yang bising2 tu sebab aku jadi tertarik nak tau...

Bila dengar dari rungutan anak2... aku pun sama2 jadi tak suka Hazama masuk...

Hinggalah pada minggu ke 6... di mana Hazama membawakan lagu 'Hey Soul Sister' yang membuat aku jatuh hati padanya....macam kata Ogy... jatuh hati sebagai penyanyi je tau...

Aku suka tengok cara dia buat persembahan... memang betul2 ada gaya penghibur....




Tapi itu aje... tak lebih dari itu... tak lah sampai nak sms2 bagai...sebab siapa yang jadi Juara aku tak kesah...asalkan bukan Erul...

Hehehhe... maaf ye pada peminat Erul...sebab aku memang tak minat dia...

Entahlah aku tak boleh tengok dia tu... aku tak suka dia sibuk dengan K-Pop dia tu...

Tapi dah pasti dia tak akan jadi Juara sebab dia dah pun terkeluar...

Lepas ni... aku cuma nak tengok konsert akhir je...

Jadi kepada peserta2 yang akan ke final AF9...

Lena....


Azri...

Fina yang comel...
 dan Hazama...



Semoga berjaya....



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, May 26, 2011

Meet Uncle Hussain - Pokok...

u sekarang pada tahap kemalasan yang melampau untuk meng'update' blog...

Jadi aku tempek aje lagu ini...

Lagu yang sedang menjadi kegemaran aku buat masa ini...




Lirik Pokok – Meet Uncle Hussain

Tersesat malu bertanya

Tak tahu tak tahu kemana

Terlalu banyak alasannya

Ku terdiam


Menyusur dikaki lima

Terlihat bayang wajah kelmarin

Tersentuh hati bagai luruh


Tanya sama pokok apa sebab goyang

Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang

Patah sayap diduga

Seandainya rebah

Kau masih ada


Terlalu mahu dan mahu

Terlupa apa yang perlu

Terlalu banyak alasannya

Duk terdiam


Tak mudah namun tak susah

Terserah atas pilihan

Tersentuh hati mula luruh


Tanya sama pokok apa sebab goyang

Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang

                                      

Patah sayap diduga

Seandainya rebah

Kau masih ada


La la la la la la la la la

La la la la la la la lalalalalaaaa


Kau masih ada

Kau masih ada

Kau masih ada


Terlalu mahu dan mahu

Terlupa apa yang perlu

Terlalu banyak alasannya

Duk terdiam


Tak mudah namun tak susah

Terserah atas pilihan

Tersentuh hati mula luruh


Tanya sama pokok




... 


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, April 14, 2011

Nur Kasih The Movie - Soundtrack & Lirik Lagu Nur Kasih...

Okay... kita rehat sebentar dari cerita  trip aku ke Langkawi...

Pada meminat Drama Nur Kasih... pasti Nur Kasih the Movie dinanti-nantikan.



Tayangan Nur Kasih the Movie akan menemui penonton di pawagam pada 19hb. Mei 2011 ni...

Tak sabar rasanya kan....

Aku juga tidak ketinggalan merasa amat teruja untuk menonton drama yang pernah mencatat rating tertinggi di TV3 suatu masa dahulu...




Gambar ehsan dari FB Nur Kasih The Movie...

Nampak tak dalam gambar2 Nur Kasih The Movie ni... adik Mia Sara pun ade.. bertuah sungguh anak kecil ini... Mia Sara sentiasa menjadi kesayangan ramai kerana gayanya yang manja dan keletah....

Yang paling buat aku berkobar2 untuk ke pawagam ialah kerana Hot FM sekarang begitu galak memainkan lagu soundtrack filem ini di radio.

Hari ni je aku dah tak ingat berapa kali aku mendengarnya...

Suara Tiz Zakiah begitu lembut mendayu-dayu menusuk gegendang telinga...begitu gemersik... hingga aku jatuh cinta dgn lagu ini...

Balik dari ambil si kecil terus aku surf di You Tube untuk klip dan lirik lagunya...

Layan....





NUR KASIH

Lewat ini ku rasakan
kasih kian ku dambakan 
resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan 
siapa tahu ketentuan 
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih (2x)

Nasib hidup dan pilihan 
Lain untuk setiap insan 
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur Kasih (2x)

Chorus:

Aku kembali kerana masih 
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur Kasih (3x)

Ya Nur Kasih....

Nur Kasih..

Ulang Chorus...

Nur Kasih (2x)

Nur...oh Kasih...



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails