Tadi keputusan SPM dah kluar...
Tahniah pada semua pelajar yang berjaya...
Begitu juga pada ibu bapa yang anak2 mereka mendapat keputusan cemerlang.
Suka dengar anak2 sekarang dpt berderet2 A...
Kalau kita dulu...SPM zaman 70an (dulu MCE) dan zaman 80an...paling selalu kita dengar pun berapa kerat aje yang dpt straight As...
Pada mereka yang kurang berjaya...jangan berputus asa...kerana gagal dalam peperiksaan kali ini tidak bermakna anda gagal selama-lamanya.
Kerana peperiksaan bukanlah segala-galanya.
Ramai di luar sana yang tidak ke menara gading tapi berjaya dalam hidup. Yang penting kita ada usaha untuk memperbaiki diri...dan memperolehi kejayaan dalam bentuk yang berbeza.
Aku begitu tertarik dengan sesuatu yang aku dengar di Hot FM pagi tadi.
Seorang pemanggil telah berkongsi sesuatu yang amat berharga.
Mungkin ramai yang dengar...kisah pemanggil itu yang menceritakan kisahnya yang cuma mendapat 1 dari mata pelajaran yang diambilnya lulus.
Tapi dia kemudian bangkit dan berusaha menduduki semula peperiksaan tersebut.
Usahanya kali kedua berjaya dan kini dia telah pun menjadi seorang pensyarah di Pusat Pengajian Tinggi.
Aku begitu kagum dengan mereka yang mempunyai semangat yang kental seperti pemanggil itu.
Mereka tidak kenal erti putus asa...mereka tidak membenarkan diri mereka hanyut dengan kegagalan.
Apa yang menarik juga ialah...pengakuannya yang mengatakan...dia tau kenapa dia gagal...
Dia gagal kerana tidak mendengar kata ibu bapanya.
Dan ibunya sering memarahinya dengan kata-kata ...
'Kalau beginilah sikap kau...memang kau tak akan lulus periksa nanti...'
Oleh itu...bagi anak2 yang ingin berjaya dalam hidup...
Ingatlah bahawa...hormat pada orang tua...mendengar kata guru dan orang tua...taat pada perintah ALLAH...dan doa dari ibubapa adalah amat penting.
Jika ingin jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat...maka jangan sesekali abaikan nasihat yang diberi dan apa yang telah diwajibkan pada kita.
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.