Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Hari2 Terakhir di Baitullah...

 Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

Kita sambung cerita lagik...

10...11...12...adalah hari2 terakhir kami berada di Mekah...

Maka kami banyak menghabiskan masa di masjid ....

Dan di hari2 terakhir itu jugalah berlaku peristiwa di mana kami telah di 'pick pocket' oleh sekumpulan wanita2 Bangladesh kalau tak silap dari raut wajah mereka...

Kejadian berlaku ketika akak dan cik abang serta si bongsu dlm perjalanan untuk ke Masjidil Haram....

Laluan yang kami ikuti tidak ramai yang lalu sebab masa tu adalah diantara waktu subuh dan zuhur...

Mula2 datang seroang wanita meminta sedekah...menghulurkan tangannya diantara akak dan en abang... akak mula menolak2 tangannya yg begitu mengganggu... tatkala itulah lebih kurang 3-4 orang kawan2nya mengerumini kami... rupanya2 dlm pada akak sibuk menolak tangannya yang dihulurkan diantara tangan akak dan suami... dia telah menyelok beg sandang akak yang tertolak ke belakang...

Menyedari yang beg akak terasa seperti dibuka... akak menarik beg tersebut dan memeriksa samada ada barang yg hilang atau tidak... Dan... waktu itulah mereka semua beredar pergi...

Sampai di masjid.. baru perasan yang ada sedikit wang yang hilang bersama kunci bilik hotel... Dan en abang mencari2 telefon bimbitnya... dia kemudian  teringat mungkin ditinggalkan dihotel...

Lalu kami pun melakukan ibadah seperti biasa....



Atas permintaan akak... akak mengajak en abang untuk naik ke tingkat atas masjid dan bergambar berlatar belakangkan Kaabah...

Pada hari2 terakhir ni...hati menjadi sebak...kerana sedar lusa kami akan meninggalkan Kota Suci ini...dan entah bila akan kembali sebagai tetamu agungNYA...

Hari itu juga si kecik dapat melepaskan kerinduannya pada makanan segera KFC... Bukan main seronok lagi dia dpt makan udang goreng KFC...sebab udangnya kasar2 tak macam udang KFC kat sini... celah gigi pun tak cukup...hehehe.



Sewaktu balik ke hotel malam tersebut.. barulah en abang tau bahawa telefonnya telah dicuri oleh wanita2 tersebut.... Namun kami redha... sudah ditakdirkan dan dalam hati kami berdoa supaya ianya digantikan dgn yang lebih baik...

Kami bersyukur kerana mengikut cerita ahli rombongan kami...ada juga yang kecurian hampir RM2000 lebih sewaktu perjalanan ke masjid di lorong yang sama.   Maka oleh itu sesiapa yang ingin berjalan kaki ke Masjidil Haram kenalah berhati2.

Kami dijadualkan bertolak ke Madinah pada 12 hb Jun... selepas melakukan tawaf Wida' tengahari tersebut.

Setelah makan... kami ke masjid melakukan Tawaf Wida'

Ketika selesai segalanya...waktu melangkah keluar melalui pintu King Abdul Aziz... airmata yang ditahan sedari tadi gugur jua akhirnya...

Terasa hiba dan sedih ingin meninggalkan Kota Suci ini... sedih hiba meninggalkan Kaabah ... ntah bilalah dpt ke mari lagik... Moga Allah memanjangkan usia akak untuk menatap Kaabah lagi dlm masa2 yang terdekat ini.  Sebelum keluar tu... akak berhenti di beberapa bekas air zam2...

Akak cakap kat si bongsu...'Nak minum air zam2 ni puas2...tak tau lagik bila dpt minum air zam2 sambil mata menatap Kaabah'


 Pemandangan ini akan sentiasa dirindui...


Kami melangkah balik ke hotel untuk mengambil beg2 yang dah siap dikemas....

Sewaktu di dalam bas... hati jadi sayu... namun tetap teruja untuk melawat Masjidil Nabawi iaitu Masjid Rasulullah dan sudah terpandang2 Makam Baginda bagai menggamit akak ke sana...

  
Salah satu masjid yang kami lalui sewaktu dlm perjalanan ke Madinah
 

Rasa gembira tak dpt dibayangkan kerana tak terbayangkan bagaimana nanti sewaktu menziarah Baginda di Makam tersebut....

Okay... nanti akak sambung lagik ye... ada kerja yang hendak diselesaikan...Insyaa Allah



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, September 9, 2013

Hari ke Empat di Baitullah...

 Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... diberi masa terluang untuk terus menulis tentang perjalananku di bumi suci Mekah sebagai tetamu ALLAH...

9hb Jun... sekejap je dah hari Ahad... Hari ini kami akan ke lawatan luar yang ke dua di Mekah...

Seperti yang dijadualkan... seperti biasa ahli rombongan menanti di bawah hotel.  Kali ni kami turun lewat sikit sebab taknak jadi macam semalam...tunggu bas berjam2...

Tapi kali ni bas lebih lewat... keadaan sesak dan berhabuk diluar hotel membuatkan kami terpaksa memakai topeng sambil menanti bas di bawah jejantas yang sibuk...

Kalau siapa dah pernah ke sana pasti tau betapa sibuknya jalan2raya di sana... pemandu teksi dan bas memang asyik membunyikan hon ..mereka memandu macam takde peraturan..sesuka hati je membelok..sesuka hati je masuk jalan2 yang diorang suka nak masuk.....pon sana pon sini... tapi akak tak pun rasa yg perkara itu mengganggu... sambil duduk bawah jejantas tu... dok gelak2 dengan si kecik tgk mereka yang bersesak di jalanraya. Melihat jemaah2 yang berjalan kaki untuk ke Baitullah...

Bagi akak itulah kenangan yang paling manis... Itulah bumi Mekah yang penuh sesak dengan umat Islam dari segenap ceruk rantau dunia.  Dan akak tak tau bila akan dapat menikmati suasana itu lagi...




Bila bas sampai... kami pun mula bergerak ke ladang unta.  Hati tak sabar nak tengok unta secara 'live' ...


Semasa sampai je... akak dengan si kecik cepat2 turun bas...tak sabar nak pi tengok unta...biarpun tempatnya berbau...akak tak peduli...sebab tak mau melepaskan peluang ini


Terasa comel sangat unta ni...bulu mata dia panjang...semasa akak mendekatinya dan membelai kepalanya matanya terkelip2... masa tu teringat pada gelagat Lolly kucing kesayangan akak yang akan berbuat begitu kalau sedang dibelai ...


Rasa macam nak aje bawak balik sekor... heheheh... rasa nak cium2 je...hahaha... Melampau tu...!!



Masa akak dengan si kecik melawat unta2...cik abang dah mula membeli susu unta dari pembela unta ini.  Menurut kata mutawif tersebut ... mereka adalah badwi yang tinggal di situ...makan dan tidur di situ menjaga unta2 yang dipelihara...


Sebelum beredar...sempat bergambar berlatar belakangkan unta2 tersebut...

Sebenarnya memula taknak minum susu tu...takut tekak tak boleh nak telan...tapi teringin jugak... hmmm....rasanya macam santan kelapa cair...


Semasa hendak ke kawasan tersebut kami memasuki semula sempadan tanah haram... Mengikut cerita Ustaz tersebut... miqat atau sempadan untuk masuk ke Tanah suci telah ditetapkan sejak zaman Nabi Adam dahulu... di mana ada cerita mengatakan bahawa sempadan bermiqat adalah dimana ianya ditentukan semasa Hajartul Aswad diturunkan ke bumi.... dan sejauh mana cahaya Hajar Aswad tersebut sampai...maka di situlah tempat ditetapkan Miqat bagi mereka yang ingin masuk ke Tanah Haram.. Wallahu alam...


Bertolak dari sana... kami ke kawasan yang dipercayai sebagai tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah... Dulu masa sekolah ingat ler apa dia persitiwa Hudaibiah tu...tapi sekarang akak dah lupa...nampaknya kenalah baca buku sejarah Islam semula...


Menurut kata Ustaz tu...sayang sunggu kawasan di mana berlakunya perjanjian tersebut tidak dijaga dan di pulihara... nampaknya dah jadi semak....




Semasa kat sini...en abang beli sedikit kismis... buah tin... kekacang... kacang pistacio yg amat dikenal dengan nama kacang cerdik...dipercayai kalau bebudak makan kacang ni akan jadi cerdik...heeheh...tak tau betul ke tidak.

Akak dan si kecil seperti biasa...membeli fridge magnets...gelang... key chains...

Dari situ... kami bertolak untuk balik ke hotel...

Tapi dalam perjalanan kami singgah sebentar di sebuah telaga yang terletak di tengah2 padang berpasir tersebut...

Telaga ini diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah singgah di sini untuk wuduk dan solat...sayangnya telaga ini kering dan tidak berair...tapi sebaik sahaja Rasulullah berdoa... telaga  ini dipenuhi air dan dapatlah baginda beserta sahabat yang turut serta untuk berwuduk...


Selepas itu rombongan kami terus kembali ke hotel kerana masing2 ada agenda tersendiri...

Petang hari tersebut... akak dan en abang serta si kecik...bersiap2 untuk melakukan umrah sekali lagi..



Semasa kami sampai di Mekah ketika itu...memang cuaca panas terik...hampir mencecah 45 darjah celcius... tapi Maha Suci Allah... ketika berada di dataran Kaabah...cuaca tak begitu panas... masih lagi berkaki ayam untuk bertawaf... masih lagi boleh sujud di atas marmar yg disinar cahaya matahari... biar pun panas membahang di atas kepala...namun suasana tidaklah begitu panas di dataran tersebut.. 

Itulah diantara keiistimewaan ketika berada di dalam Masjidil Haram





Sebelum turun ke dataran Kaabah... kami solat hajat 2 rakaat dahulu... minta semoga segalanya dipermudahkan...dan hajat untuk mencium Hajar Aswad... untuk solat di dalam Hijir Ismail  serta berdoa di Pancuran Emas dan di Multazam dimakbulkan dan dipermudahkan... itu adalah antara tempat2 yang mustajab doa



 Ini adalah gambar bukit Safa... malangnya banyak gambar2 yang diambil hilang bersama telefon en abang yang hilang...



Semasa sedang Saei... akak jadi terpegun melihat pekerja2 ini mencuci laluan untuk mereka mengerjakan ibadah tersebut...terpegun kerana mereka melakukan begitu pantas dan kelihatan pekerja2 tersebut begitu seronok melakukan kerja2 itu... bagi akak ini adalah antara kerja2 paling mulia...



Selesai melakukan semua ibadah... hari sudah pun menjelang waktu Subuh... selesai solat.. ketika ingin melihat Kaabah sebelum pulang... Masyaallah... ketika itu dataran Kaabah begitu ramai...penuh dengan lautan manusia...

Pada mulanya akak dan en abg tertanya2 kenapa ramai sgt orang ketika itu...ada pasukan keselamatan juga yang ramai turun di dataran tersebut... kami menanti untuk melihat kenapa semua orang turun ke dataran hingga penuh sesak jadinya.  Tapi kami tak dibenarkan  turun...malah diminta beredar dari situ kerana dah terlalu ramai yang berdiri di kawasan tangga untuk turun ke dataran

Sekembali ke tanah air baru akak tau bahawa... Hari tersebut adalah 1 Syaaban...dan setiap 1 Syaaban setiap tahun pintu Kaabah dibuka... Alamak...!!!  Sayangnya... kalau lah akak tau...pasti akak akan mencari sudut di mana akak boleh nampak pintu Kaabah...

Namun akak percaya semua itu takdir ALLAH... kalau Dia berkendakkan akak dpt melihatnya pasti akan digerakkan hati untuk ke tempat yang boleh melihatnya...

Selesai solat subuh... kami pun kembali pulang untuk berehat di hotel...

Seperti biasa... kami menanti teksi di tempat burung merpati...




 Insyaa Allah akan menyambung cerita keesokan harinya...




...


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, September 5, 2013

Lawatan Luar di Mekah...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum....

Salam pembuka bicara buat semua sahabat dan pengunjung blog... saat sedang sibuk mengupload gambar2 produk di Facebook... teringat janji untuk menyambung cerita...

Sementara masih ada sisa2 rajin menulis ni...baiklah diteruskan bercerita..

Hari Jumaat adalah hari ke 2 kami berada di Tanah Suci sebagai Tetamu Agung...

Walaupun dah masuk hari ke 2... kami masih belum turun makan di cafe...

Sukar untuk mengikut jadual makan dan minum di cafe kerana masa ke Masjidil Haram dan beri'tikaf di sana tidak menentu...

Pengumuman untuk apa jua aktiviti rombongan lawatan di tampal di pintu lift...

Malam hari Jumaat tu ... balik saja dari masjid...terlihat pengumuman untuk lawatan luar pertama iaitu melawat Jabal Rahmah....

Seperti yang selalu kita dengar Jabal Rahmah adalah sebuah Bukit yang dikatakan tempat pertemuan dua cinta abadi setelah dipisahkan hampir 400 tahun... iaitu Nabi Adam a.s. dan pasangan baginda Hawa.

Jadi dalam hati ini begitu berkobar2 untuk keluar lawatan esok... mata bagai enggan lelap... ingin saja cepat masa berlalu

Jabal bermaksud... bukit... dan Rahmah membawa maksud kasih sayang...

Malam sebelum tidur sebentar... si kecik dah berpesan...

'Ibu... nanti sampai di Jabal Rahmah... doakan jodoh untuk kakak tau...'

Adoyai... si kecik ni... berkobar2 nak memanjat bukit tersebut...

Setelah bersiap2 seperti yang yg diberitau... kami pun turun... berjam2 menanti mereka yang lain bersiap...

Sebenarnya... bila berjalan dalam rombongan akak tak suka lewat...selalu ingin antara yang terawal... kerana tak mau dipersalahkan jika jadual menjadi tonggang langgang...

Hampir lebih 1 jam menanti semua ahli rombongan turun...kemudian menanti bas yang lewat... hati melonjak2 bila kami semua diberitau bas dah sampai...

Ketika berada di dalam bas... yang ditemani oleh seorang mutawif yang rajin bercerita memang seronok...  Banyak cerita2 yang dapat didengar darinya...

Sewaktu baru berlepas...tidak beberapa lama selepas itu... kami melalui Jabal Nur... dimana terdapat Gua Hiraq...tempat Rasulullah s.a.w. beri'tikaf dan menyendiri... Di sini juga lah tempat pertama kali wahyu diturunkan kepada baginda... iaitu Surah Al-Alaq...

Mengikut kata kakak sepupu... semasa dia melakukan ibadah umrah dahulu...mereka berpeluang memanjat Jabar Nur pada waktu malam...dan katanya  ...Subhanallah..pemandangan dari atas sana memang cantik...kerana terlihat cahaya lampu sekitar Kota Mekah dari situ...

Namun akak tak dapat nak menikmati pemandangan tersebut... kami cuma dapat bergambar di tepi kawasan berlatarbelakangkan  Jabal Nur... (tp gambar dah hilang bersama hp en suami yang hilang)

Dari sana... kami meneruskan perjalanan Jabar Rahmah...

Sampai je di sana... akak dengan si kecil dah laju je berjalan menuju kaki bukit tersebut.  Melihatkan ketinggiannya akakak cakap kat en abang supaya tunggu saja kami di bawah...biar akak dan si kecil je yang panjat.

Alhamdulillah...ketika lawatan tersebut akak memakai seluar ... maka amat memudahkan pergerakan.

Kami dibawa ke tempat di mana tiada anak tangga kelihatan untuk ke puncak.  Maka akak ngan si kecil bersusah payah memanjat.  Entah dari mana datangnya kudrat akak untuk terus sampai ke puncak pun akak tak tau.  Setelah bersusah payah... Alhamdulillah kami berjaya sampai ke atas...

Setelah melakukan apa yang patut... kami bergambar... dan saat ketika memula sampai en abang dah pun mengambil gambar kami dari bawah... nampaklah jugak... walaupun keciiiiiiik je...hehehe





Nampak tak tembok atau batu putih yang besar di sebelah kanan tu... kalau siapa yang dah sampai di atas ni pasti tau ... ramai yang berebut2 menulis nama di atas batu tersebut... untuk apa pun akak tak tau...
 


Semasa berada di atas tu barulah akak perasan ada anak tangga di sebelah bertentangan tempat akak memanjat...rupa2nya mereka yang tua2 naik kat atas ni menaiki tangga... Hmmm...takpelah... setidak2nya akak merasalah memanjat bukit...hehehe

Dari sana kami melalui tempat2 di mana bakal2 haji akan berada ketika mengerjakan haji ... iaitu Padang Arafah... dan Mina...

Semasa melalui Arafah dan Mina... hati akak merasa sayu sangat. Semoga suatu hari nanti akak berpeluang untuk berada di sana... Aameen...







Dari dalam bas... dan dlm gambar ni... jauh kelihatan Terowong Muassim... masih teringat lagi peristiwa trajedi robohnya Terowong tersebut ialah diwaktu mertua akak menunaikan haji... tahun 1994 kalau tak silap kerana waktu mertua ke sana... akak tengah sarat mengandungkan anak ketiga..


Dalam perjalanan balik ke hotel kami melalui jalan di mana terletaknya Masjid Jin... tapi tak berhenti pun...cuma melihat dari tingkap bas...

Menurut riwayat... nama masjid ni diberi atas peristiwa dimana di sinilah serombongan jin telah berbai'ah... iaitu menyatakan pd baginda Rasul untuk beriman kepada Allah..setelah mendengar dan menghayati ayat2 suci Al-Quran iaitu dari surah Ar-Rahman yang dialunkan oleh Rasulullah s.a.w.  Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Al-Bai'ah...sempena nama di mana jin2 tersebut telah berbai'ah dgn baginda Rasulullah...

Kemudian tidak jauh dari situ... terdapat lagi sebuah Masjid yang dinamakan Masjid Syajarah yg bermaksud pohon.  Masjid ini juga mempunyai kisah tersendiri.. di mana diriwayatkan bahawa di situlah tempatnya... di mana seorang Arab Badwi telah mendekati Rasulullah dan meminta supaya baginda memerintahkan sepohon pokok berdekatan untuk datang kepada baginda.  Dan dengan perintah Baginda Rasululllah... pohon tersebut telah datang dengan akar umbinya mendekati bagi.  Oleh itu maka Arab Badwi tersebut telah mengucapkan syahadah di hadapan Baginda...



Setelah hampir waktu zohor... kami semua telah kembali ke hotel untuk menyiapkan diri ke Masjidil Haram...

Pada sesiapa yang dah pernah ke sana... pasti terasa ingin selalu berada di Masjidil Haram...duduk dlm masjid memandang Kaabah begitu menenangkan... sambil membaca surah2 Al-Quran... bila terasa haus... Air Zam-zam sentiasa ada untuk membasahi tekak...

Tiap kali meminum air zam zam..terasa amat bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan....

Terlalu banyak hingga tidak terhitung... Alhamdulillah....

Nanti kita sambung lagik...Insyaa Allah





...


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, September 2, 2013

Perjalanan Umrah Ku... Hari ke 2...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... semangat untuk menulis datang lagi pagi ini... jadi akak nak sambung cerita ketika berada di Tanah Suci...

Pasti masih ingat yang semasa kami  ke Batitullah kami menaiki teksi ...

Selesai solat subuh... kami bercadang utk sarapan dahulu kemudian balik ke hotel.  Jadi kami pun keluar... masa tu suasana sudah hampir terang...

Keluar je dari kawasan masjid... kami menyusuri kedai2 makan di sepanjang jalan...

Hmmm... perut yang lapar membuatkan semua kelihatan sedap... sebabnya kami memang tak makan sejak sampai...sehingga subuh tersebut..

En abang membeli nasi beriani dengan ayam panggang... Akak pulak memilih untuk makan roti pita yang di isi dengan salad dan daging kambing...



Berhenti di tepi jalan untuk mengisi perut dengan roti pita sebentar... kemudian kami berjalan ke lapangan yang penuh dengan burung merpati... Di sana... kami menahan teksi...

Masa nak beritau pemandu teksi untuk ke hotel Al-Abbas... dia tanya... 'Road'?

'Huh... road?  '

Maksudnya dia ingin tahu Hotel Al Abbas tu di jalan apa?

Akak dan suami berpandangan... Jalan apa ye...??

Alamak... kitorang betul2 tak tau... camana nak balik Hotel... sebab tak tau Hotel tu arah ke mana... Utara... Timur...Barat.. Selatan?

Jadi nak buat apa sekarang....?

'Abang tak bawak phone... anie bawak tak?'

Alhamdulillah akak bawak phone... so akak terus call mutawif yang bertugas menjaga kami di Tanah Suci... iaitu Haji Roslan...

Malangnya ... number telefon Hj Roslan semasa di Mekah akak takde...

Jadi... kami buat panggilan number Malaysia tuan Hj... isterinya yang jawab... terus diberikan number digunakan Tuan Hj di Mekah... tapi ... puas call berkali2 tak berjawab...

Adoi.. Buntu fikiran dibuatnya... Jadi nak buat apa lagik?  Langit semakin cerah... perut dah berkeroncong...nasi beriani yang dibeli tadi masih ditangan...

Sedang kami berfikir...teringat pada beg sandang yang kami bawa.. Alhamdulillah ada number Travel Agent tersebut... (kesilapan kami lagi ialah.. kami tak pakai tag yang diberi ejen tersebut...heheheh)

Melihat jam... hmmm... kat Malaysia dah jam 11 pagi.. ... akak terus call pejabat di Malaysia...dan dptkan maklumat nama Hotel dan lokasinya....

Bernafas lega kami bila ada teksi yang tau dimana hotel tersebut atas maklumat yang diberi...iaitu Hotal Al-Abbas.. di Misfalah Road...





Sampai je di hotel... kami masih tak abis abis bercerita kesilapan2 yang dilakukan...  Semua itu pengalaman berharga...

Begitu juga dengan apa yang berlaku semalam di mana pemandu teksi yang membawa kami ke Tanaim... sebenarnya segalanya itu adalah takdir Allah...

Sebab en abang teringat kata2nya ketika di Malaysia dulu... En abang pernah menyampaikan niatnya pada Hj Roslan... bahawa dia rasa dia takmo berihram dlm kapalterbang... Jadi boleh tak di ke hotel...dan dari hotel kami ke Tanaim untuk niat ihram di sana sebelum memasuki semula Tanah Suci...

Jawapan Hj Roslan... boleh aje... kalau nak berihram di Tanaim.  Lalu en suami dan akak rasa dah okaylah kalau nak berihram di Tanaim.  Kemudia selang beberapa hari ... Hj Roslan menelefon en suami...

'Kalau nak berihram di Tanaim boleh je... tapi kena bayar dam... sebab kalau orang Asia Miqat kita ialah Manazil...'

Bila en abang pun mengirra2... nak kena dam kalau seorang takpelah juga...tapi nanti kena sampai 3 orang.

Jadi en abang membuat keputusan... memakai ihram di KLIA...dan berniat di dalam kapalterbang..

Semasa sampai je di hotel... kami berhenti sebentar di cafe kat bawah hotel...

Yummy...ada kari lahamm....sedapnya... makan dengan roti arab...

Jadi kami beli dua pek kari laham dan dpt 3 keping roti arab untuk setiap 1 pek...

Sambil bersarapan... en abang berkata....

'Ingat tak... masa kat Malaysia...abang kata nak berihram di Tanaim...Hmmmm... jadi semalam tu Allah kabulkan apa yang kita mintak...'

Betul kata orang... apa jua yang kita minta... akan dikabulkan di Tanah Suci...

Maha Sucimu Ya Allah... segala apa yang dilalui adalah pengalaman bagi kami...dan syukur kerana segalanya dipermudahkan walaupun ada sedikit kesilapan di sana sini...  Kita belajar dari kesilapan... manalah tau Insyaa Allah kalau dpt kesana lagi... kami takkan melakukan kesilapan tersebut...

Selesai sarapan... kami berehat sebentar... membayar hutang semalam yg tak dapat tidur.

Okay... dah selesai Hari ke 2 di Tanah Suci Mekah...




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, August 30, 2013

Perjalanan Umrahku...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum sahabat2 tersayang...

Walaupun dah hampir 2 bulan berlalu... namun kenangan itu masih segar... masih terasa ... namun kerinduan dihati teringin untuk ke sana lagi  sukar untuk dilafazkan...

Sewaktu En suami menalifon akak suatu pagi memberitau akak niat dan hasratnya... waktu itu airmata terus jatuh berguguran...

Kegembiraan yang sukar digambarkan...

Bertahun akak menanti saat itu... Alhamdulillah... Allah telah mengabulkan hasrat akak ....

Betul seperti yang didengar di ceramah2 yang didengar baik di radio atau di TV... kalau inginkan sesuatu... jangan terus minta pada suami...tapi... mintalah pada ALLAH... kerana DIAlah yang akan menggerakkan hati suami untuk memenuhi impian kita...

'Salam... Anie... nak pergi Umrah tak?'

'Waalaikumsalam... Bila?  Mestilah nak..'

Dapat aje berita... akak terus masuk ke dalam rumah... airmata masih mengalir... sambil mengesat airmata...akak terus mengambil wuduk dan melakukan solat syukur....

Hanya ALLAH yang tahu betapa gembira dan terharunya hati ni  ...

Mungkin orang kata... alah....!!  Kitorag dah beberapa kali pergi tak heboh pun...

Tapi bagi akak... inilah anugerah dari ALLAH yang amat akak nantikan...setiap kali solat... akak tidak pernah lupa untuk berdoa agar satu hari nanti DIA... menjemput akak menjadi tetamu agungNYA...

Pada mulanya cik suami menempah perjalanan untuk musim cuti sekolah sebab kami bercadang membawa si bongsu bersama...

Tapi disebabkan oleh masalah teknikal penerbangan ditunda ke hujung minggu cuti sekolah...iaitu 6 Jun 2013.

Penerbangan akan membawa kami terus ke Jeddah... itu bermakna kami akan berihram di dalam kapalterbang dan terus mengerjakan ibadah sebaik sampai di Mekah...

Bertolak pada pagi selepas subuh hari Khamis... 6 hb Jun...



Bergambar kenangan beramai2 di airport...

Perjalanan selama 8 jam... membuatkan akak banyak membaca dan tidur kerana tak cukup rehat hari sebelum bertolak...



Ini si kecik ku ketika baru lepas dari tempat imigresen Lapangan Terbang di Jeddah... dah siap berihram dah masa ni...

Dari Jeddah kami bertolak terus ke hotel,... semasa sampai hari dah petang... nak magrib dah pun...

Sepanjang perjalanan kami bertalbiah... akak tak tidur...sebab akak tak ingin melepaskan peluang menikmati pemandangan sepanjang perjalanan...

Masuk saja di bumi suci Mekah Al-Mukaramah... hati jadi sebak... tak henti bersyukur kerana dpt juga menjejakkan kaki di Tanah Haram ini...

Setelah mendengar taklimat di hotel... kami di jemput makan dahulu...sebelum maghrib mereka akan terus ke Baitullah...

Tapi akak dan En suami serta anak bercadang untuk berehat sebentar... dan pergi sendiri.  Kerana cik suami akak dah pernah mengerjakan umrah dulu sewaktu bekerja di sana...

Selesai maghrib... kami terus turun.... kami tak makan pun tapi terus mengambil teksi  untuk ke Masjidil Haram...kerana jauhnya dari tempat penginapan kami hampir 800m

Disebabkan pemandu teksi tersebut orang Arab... dia tak faham apa yang En suami cakap... Cik abang tu cakap... 'Umrah'  makan dengan pantas pemandu tersebut membawa kami meluncur jalanraya.

Hati begitu teruja bila melihat cahaya yang terang benderang dari Masjidil haram...

Namun hati akak tertanya2... kenapa pemandu ni bawak kitorang makin jauh dari situ... semakin lama Masjidilharam semakin sayup tinggal di belakang...

'Eh...bang... dia silap faham tak bang... mesti dia ingat kita nak ke Miqat di Tanaim...'

Akak dok tergelak2 dgn En suami... Adoyai...patutlah tadi dengar dia cakap 8km...rupanya dia maksudkan jauhnya Tanaim 8km...

Sampai saja di masjid di Tanaim... En suami bersuara...

'Ihram... halash...halash...Now... Masjidil Haram'

Barulah dia faham... Akak dapat tau Halash tu maknanya dah selesai...habis...

Disebabkan perjalanan berulang alik tu... kami sampai hampir waktu Isyak di Masjidil Haram...



Sewaktu terpandang Masjil Haram yang indah tersergam...

Bibir terus mengucapkan zikir memuji kebesaran Yang Maha Esa...

Kami terus masuk di pintu King Abdul Aziz...

Ketika itu ... Masyaallah umat Islam dah ramai di dalam Masjid... di Dataran Kaabah apatah lagi...





Sewaktu mendekati Kaabah... hati mula berdebar... Subhanallah Maha Sucimu Ya Allah... rasa mcm tak percaya akak sudah berada di sana...

Si bongsu akak menangis tersedu2 sewaktu pertama kali melihat Kaabah..

Tanpa berlengah lagi... kami terus menyertai mereka yang sedang Tawaf di Dataran...

Ramainya orang ketika itu menyebabkan Tawaf untuk 7 pusingan mengambil masa yang lama...

Sewaktu separuh bilangan Tawaf... akak terpisah dari En suami yg memegang si kecik... tapi akak teruskan... dalam hati tidak timbul rasa  takut pun kerana akak merasa ketika itu akak berada di 'rumah' Allah... dan akak ada ALLAH besama2...

Ketika pusingan ke 6... ada seorang gadis memegang tangan akak...terus menyapa...

'Ibu... ibu bersaorangan ya... ?  Ibu bersama siapa?'

'Ibu dengan suami...tapi suami dan anak ibu sudah terpisah dari ibu'

'Saya juga bu... saya terpisah dgn kumpulan saya..'

Lalu dia terus memimpin tangan akak dan kami tawaf bersama2... rupa2nya dia pun berada di pusingan yang ke 6 ketika itu...

Selesai saja tawaf... dia terus bertanya...' Selepas ini ibu mau ke mana?'

'Ibu mau solat di belakang Makam Ibrahim...'

'Yuk bersama saya...'

Lalu akak dan dia beredar untuk solat sunat... ruang untuk solat ketika itu memang terhad...namun Alhamdulillah masih ada aje ruang walaupun kecil...

Selesai solat... dia bertanya lagi...

'Ibu mau ke mana?'

'Ibu mau minum air Zam-Zam...'

Lalu dengan pantas dia mengisyaratkan yang dia akan mengambilkan air untuk ku....

Alhamdulillah...dlm pada akak terpisah dari cik suami... didatangkan oleh ALLAH seorang insan untuk menemani ku...

Kelihatan dari jauh dia datang bersama sebekas air zam2 di tangan...

'Ibu saya sudah ketemu dengan kumpulan saya... saya minta izin ya...'

'Baiklah...terima kasih ye...'

Selesai minum.. akak terus bangun untuk ke tempat air zam zam tersebut... untuk membasahi kepala... dan mencuci muka...

Dalam hati... akak cuma berharap cik suami akan meneruskan untuk ke Safa Marwah untuk bersaei biarpun tanpa akak... kerana kalau dia menanti nanti akak...pasti lambat selesainya nanti...

Akak berjalan sendirian... mengikut di mana orang ramai menuju selepas Tawaf... maklumlah akak pertama kali ke sana...


Sampai sahaja di Safa... akak pun memulakan saei...sendirian... ketika itu akak perasan orang begitu ramai... baru teringat bahawa malam tersebut adalah malam Israk Mikraj...dan juga malam Jumaat....

Ketika mengerjakan Saei... akak tak perasan jam dah pukul berapa... tapi kaki ni dah sakit dah letih namun akak gagahkan juga... dalam hati berdoa semoga Allah memberi akak kekuatan untuk menghabiskan pusingan tersebut... Sekejap akak berjalan laju...sekejap perlahan... pada pusingan yang ke 7 ... waktu itu akak dah terhuyung hayang...sebab keletihan yang amat...



Alhamdulillah...akak berjaya juga menghabiskan Saei ... dah ketika itu azan Subuh pun berkumandang...

Dari Bukit Marwah... akak berjalan sendiri mencari Gate King Abdul Aziz... dan terus mencari ruang untuk solat Subuh...

Selesai waktu subuh...akak terus berjalan perlahan2 ke tempat untuk turun ke Dataran Kaabah... dari sana ... akak terdengar suara sayup2 memanggil...

'Ibu...Ibu...'

Akak ternampak si kecik...terus berlari memeluk akak...

En suami kata... dia dah menangis bila tak berjumpa dgn ibunya...

Dan seperti yang akak harapkan...En suami sudah pun selesai mengerjakan saei dan bertahalul...

Alhamdulillah...

Insyaa Allah... akak sambung cerita esok...atau hari Isnin nanti...







...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails