Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Showing posts with label Project Alpha. Show all posts
Showing posts with label Project Alpha. Show all posts

Monday, June 7, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 2

Ini adalah entry terakhir untuk Instant Cash Blogging untuk Project Alpha Season 2..

Dah banyak kali aku terlepas untuk membuat entry untuk Instant Cash ni...kerana sibuk membuatkan aku terlupa.

Sepanjang Project Alpha Season2 ini...aku happy sangat...sebab tiap kali ada topik baru Instant Cash Blogging kita berpeluang untuk mendapatkan RM20 jika entry kita termasuk 50 yang terawal.  Siapa nak bagikan...cuma Nuffnang aje.

Yang paling best bagi aku ketika Project Alpha Season 2 ini ialah....hari pertama aku berjumpa dengan 'featured Blogger' di hari pelancaran Project Alpha itu di Cineleisure Damansara.

Berjumpa dengan Redmummy adalah sesuatu yang menggembirakan aku kerana dah lama aku mengikuti blog nya...kemudian dapat pulak bergambar dengan Jojo Struys...Joe Lee & Azwan Ali.  Ini juga kali pertama aku bersua muka dengan blogger chef kita Kak Ina KL...






Dalam banyak2 episod Project Alpha paling aku suka tengok ialah ketika semua ;featured bloggers itu melawat Lost World of Tambun...

Aku suka tengok binatang liar itu...cuma aku memang geli bila tengok KY meletakkan ular di bahu Cheesie...kalau aku pun memang aku dah menjerit giler...eiiii!!  Meremang bulu roma tengok...

Kemudian...aku suka tengok episod dengan Ninie....teringin menjadi macam dia...dia begitu flexible dan boleh melakukan pos-pos yoga yang memang kita tak terfikir akan dpt melakukan.  Episod di mana mereka melakukan Limbo Dance...seronok sgt tengok aksi2 peserta2 yang cuba masuk meloloskan diri serendah mungkin.  Tak sangka jugak Jojo boleh 'berdiri' tegak di atas kepalanya....bukan semua orang boleh buat tau.

Dari episod2 bersama Azwan Ali...dpat kita lihat yang dia ni memang bermulut laser.  Dia tak peduli siapa...dia nak laser...dia cakap aje...nak jerit pun dia jerit aje...jadi kalau membaca blog dia memang happeninglah...dia menulis apa yang ingin diluahkan dari hatinya.

Joe Lee adalah salah sorang dari featured blogger yang aku minat.  Aku sering ke blog dia...especially ketika dia aktif memblog ketika rancangan Akademi Fantasia berlangsung.  Jadi pada mereka2 yang merasa mereka tak boleh menyanyi...jgnlah masuk AF tu...memang tak pasal2 kena sembur dengan Joe Lee...anyway...I like the way he writes.

Sebelum aku mengakhiri entry ini...aku sekali lagi mengucapkan terima kasih pada Nuffnang & Project Alpha kerana telah memberikan kami peluang untuk meraih hadiah RM20 setiap kali ada Instant Cash Blogging...

Selepas ini takde lagi lah aku berjaga malam menanti setiap episod video clip Project Alpha diuploadkan di You Tube...

Okay...pada siapa2 yang nak menonton video2 Project Alpha...bolehlah mencarinya di You Tube...

Sedih jugak ni bila ini dah berakhir...poket dah kempis balik...huaaarrrggghhh!!!!






Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, May 27, 2010

Celebrities Who Stink...

Hmmm...nak bercerita pasal 'Celebrities Who Stink'

Siapa eh...?  Tak tau lah nak cakap siapa...sebab selalunya aku kalau amik gambar dengan celebriti kebanyakanya wangi2...kalau dekat dengan diorang...bersalam dengan diorang pun aku rasa mau melekat bau wangi tu.

Diorang tu mesti guna deoderen ataupun minyak wangi yang terkenal dan berjenama.

Agaknya...mau mandi minyak wangi kot....hehehe...

Tapi kalau dari wajah kita rasa orang tu 'stink' ... aku rasalah... Khairil Ridzuan.



Aku mengenali dramatis ni sejak dia berlakon dalam Kasanova XXL...

Aku tak tau kenapa...aku menyampah tengok muka dia.  Mungkin sebab dia berlakon watak jahat yang membuatkan aku tak suka pada dia.

Kalau disuruh bergambar pun aku tak nak lah dengan dia ni.   Aku terbayangkan dia ni busuk.  Eii...Tak baik kan...

Tapi nak buat camaner...itu yang aku rasakan.

Sorang lagi yang aku rasa busuk ialah ...pelakon dan dramatis lama.  Dia memang sering berlakon drama.  Dalam setiap drama dia ni mesti nampak selekeh. 

Watak yang sesuai untuknya selalunya jadi tukang kebun...watak jahat...dan untuk memegang watak Datuk atau orang-orang kaya yang bergaya hebat...memang tak sesuai...

Dramatis tersebut ialah Nasir Ali...



Bukan aku aje tak suka...anak aku pun tak suka...sebab gaya selekehnya tu boleh membuatkan kita terbayang yang dia busuk...

Hmmm....sebenarnya rasa bersalah tau...menulis diorang ni busuk sebab aku tak tau lah diorang ni busuk ke tidak...

Ini cuma pada pandangan mata ku...

Oleh itu...pada artis2...atau celebriti yang tak mau diri mereka dianggap busuk...wangi2kan lah badan dengan produk Adidas Action 3 Intensive...

Pasti walaupun shooting berjam2 seharian ...bau anda tetap wangi.  Dan biarpun wajah tu menampakan diri anda busuk...tapi bila didekati.. kewangian itu akan menepis segala gambaran buruk yang berada dalam fikiran mereka yang mempunyai anggapan sedemikian...










Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, May 20, 2010

Football=Adidas?



Sebut saja nama ADIDAS...kita dah terbayangkan tentang satu jenama yang besar.  Satu jenama dalam dunia sukan yang memang telah diiktiraf sebagai simbol mutu dan keyakinan.

ADIDAS tidak perlu diperkenalkan lagi...jenama ini telah berada dalam pasaran bertahun-tahun lamanya.

Bila bercakap pasal bolasepak...ADIDAS adalah jenama terbesar yang menjadi pilihan pasukan2 bolasepak ternama sebagai pakaian mereka ketika di padang.

Mereka bangga menyarungkan jersey...seluar dan yang paling ketara ialah boot ADIDAS sentiasa menjadi pilihan mereka.

Kasut-kasut sukan ADIDAS menjadi pilihan kerana...keselesaannya, gayanya yang sofisikated mewah dan tangkas di padang adalah sebab utama kenapa ADIDAS sinonim dengan bolasepak.

Pemain-pemain ternama dunia...seperti David Beckham dan Zidane adalah antara nama2 terkenal yang begitu bangga menggunakan jenama ini.

Anak aku adalah peminat sukan bolasepak.  Dia bermain bola di sekolah dan tiap hari bermain futsal bersama kawan-kawannya.

Dan tiap kali juga apabila hendak membeli but bola yang baru...maka butik ADIDAS lah yang menjadi pilihannya.  Ajak le dia ke butik lain...tapi dia lebih percaya pada but-but ADIDAS...ada gaya katanya.  Dan bila bermain di padang but ADIDAS memang selesa.

ADIDAS adalah pilihan utama bagi mereka2 yang bersukan...khasnya pemain2 bolasepak.  Sebab itulah..bila sahaja ada perlawanan bolasepak antarabangsa atau kebangsaan...nama ADIDAS sentiasa menjadi penaja sukan bolasepak.

Kepercayaan masyarakat dan pemain2 ternama pada jenama ini menjadikan ADIDAS tidak boleh dipisahkan dari bolasepak.

Fikir bolasepak...maka terus sahaja terfikirkan ADIDAS...

Bolasepak = ADIDAS...

Kedua-duanya nama besar yang tidak boleh dipisahkan...



Dan...jangan lupa ye...blogger2 Project Alpha akan bermain bolasepak untuk  Adidas Ole KO road show di Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday 21 May at 7.30pm!

Jom pergi ramai-ramai...



Video 29

Video 30

Video 31

video 32

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, May 17, 2010

Who Will Win The World Cup?

Aku jarang mengikuti perlawanan bolasepak...tapi kalau Piala Dunia...aku akan ikuti juga kerana terpaksa.

Terpaksa kerana semua di rumah aku adalah peminat bolasepak fanatik.  Tambah lagi kerana Piala Dunia hanya akan muncul 4 tahun sekali.

Kali ini Piala Dunia/World Cup akan di bawa ke Afrika Selatan.  Ini bermakna dalam masa 24 hari lagi semua mata...media masa akan tertumpu ke Afrika Selatan.  Peminat2 bolasepak dari seluruh penjuru dunia akan ke Afrika Selatan...dan kalau peminat bolasepak fanatik Malaysia pasti akan memilih MAS sebagai pengangkutan mereka untuk ke sana.

Who will win the World Cup...?   

Pada pendapat aku...Piala Dunia kali ini akan dijulang oleh pasukan dari Sepanyol/Spain.

Kenapa aku pilih pasukan Sepanyol...? 

 Kerana...

Pasukan ini dibarisi oleh pemain-pemain handalan dan terpilih seperti Fernando Torres, David Villa, Fabregas, Puyol dan ramai lagi.  Dengan penjaga gol terkenal ... Iker Casillas mereka mampu melakukannya.

Pasukan Sepanyol juga adalah pasukan yang memegang ranking nombor satu dunia dalam arena bolasepak dunia. Pernah memenangi Piala Euro 2008  yang telah berlangsung di Austria - Switzerland. 

 Dan sudah pasti pasukan ini menjadi pilihan utama peminat2 Piala Dunia.

Dalam pada semua orang dilanda demam Piala Dunia pasti ada juga yang tidak dapat mengikutinya secara langsung.  Tapi jangan lupa segala maklumat boleh di dapati di internet walau di mana jua anda berada dengan memiliki  P1W1MAX...maka dapatkanlah sekarang supaya anda dapat sama 'demam' bersama yang lain.

Dan jika ingin mendapatkan P1W1MAX ...jangan lepaskan peluang ini...dapatkan Special Edition Adidas Pure Game Set....dan dapatkan RM30 P1W1MAX voucher dan limited Edition South Africa 2010 Key Ring...

Untuk maklumat lanjut sila klik sini...















Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.



 ...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Saturday, May 15, 2010

Jutaan Terima kasih...

Hari ini aku cuma nak buat entry...untuk berterima kasih pada semua pengunjung blog dan teman2 blog aku  aku yang telah membantu aku menaikan traffic dan juga pendapatan aku di Nuffnang....

Dan terima kasih juga pada Nuffnang yang telah memberi peluang untuk aku menjana pendapatan di sini.  Bulan ini merupakan bulan di mana Buffered Earnings aku mencecah lebih dari 10 ...Alhamdulillah....

Begitu juga dengan pendapatan dari Project Alpha...setakat ini aku telah berjaya mendapatkan 6 kali wang dari 'Instant Cash Blogging'.  Bagi aku itu sudah cukup lumayan ...biar pun ada di antara nuffnangers yang telah berjaya mendapatkannya tiap-tiap minggu.

Bagi mereka yang telah menjadi pengikut aku. (My Followers)..terima kasih banyak-banyak...cuma ada diantara mereka aku tak dapat masuk ke blog mereka kerana tidak ada link yang membolehkan aku berbuat demikian.

Mereka yang telah meninggalkan komen...aku akan sentiasa membalas kunjungan...tapi adakala disebabkan kekangan masa aku cuma dapat berbuat demikian pada hari2 yang lain.  Namun kunjugan anda meninggalkan jejak amat2 dihargai.

Bagi yang telah me'link'kan aku...aku juga akan berbuat demikian...cuma kadang lambat sikit.  Selalunya aku cuma akan meletakkan link mereka di ruang 'Teman2 yang dah Update' .  Ini membolehkan aku ke blog kawan2 bila ada update baru.

Tak lupa juga yang meninggalkan jejak di Shoutbox...maaf andainya aku lambat reply di shoutbox.  Membalas kunjungan kawan2 adalah wajib...kalau tak sempat membalas di siang hari...aku datang pada waktu malam...

Aku suka berkunjung pada malam hari kerana masa tu memang banyak iklan2 yang akan muncul....

Cuma satu aje ..aku memang tak pernah nak masuk contest apa2 pun sebab aku tak pandai...cuma sekali aje pernah mencuba contest di blog Yuka.  Untuk menjadi perakam counter untuk bilangan2 pengunjung tertentu selalu aku gagal...sebab aku jadi pelupa untuk masuk semula mencuba nasih...hehehe...

Dan untuk menganjurkan contest pun aku tak pandai...maaf ye...tapi mungkin satu hari nanti aku akan memberikan hadiah untuk mereka yang mengunjungi blog aku ...pada bilangan yang tertentu di start counter...tapi tak tau bila...asyik tertangguh je...

Akhir sekali...Jutaan terima kasih buat semua....I love all of u....Muaaahhh!!!

p/s ...aku happy hari sebab pendapatan Nuffnang yang aku simpan bulan ini...dah membolehkan aku membeli sebuah beg tangan idaman ku ketika berkunjung ke Jusco Melaka kelmarin...








...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, May 14, 2010

How Many Wiggies?







 Video 22/49


Video 23/49

Video 24/49
Video 25/49

...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Sunday, May 9, 2010

Beautifulnara For the Adidas Ole KO Challenge.

Blogger untuk Season 1 & Season 2 Alpha Project akan bermain futsal one-on-one untuk  Adidas Ole KO road show di Centre Court, Mid Valley Megamall, Jumaat May 21, 7.30pm! 

Siapakah yang anda rasa akan menang...?
Memandang pada fizikal semua peserta2 Alpha Project musim ke 1 dan 2...aku rasa Beautifulnara akan menang.



Kenapa ye?

Kerana...jika dikaji  pada kesemua peserta untuk musim 1 & 2....di tolak pada blogger blogger perempuan...hehehe...

Maaf ye...Cheesie, Nichole, Ninie, Audrey dan  Redmunny...sebab aku rasa yang perempuan pasti takkan dapat melawan peserta lelaki bila mereka bertanding dalam permainan futsal. Penat tau nak lari tengah2 padang tu...boleh lawan ke dengan diorang...?

Untuk yang lelaki pulak...dalam banyak banyak blogger aku cuma melihat Beautifulnara...Niki...dan KY aje yang kecil saja badan mereka.  Bertubuh kecil mereka lebih pantas berlari...dan mungkin lambat sikit pancit.  Azwan Ali, Shaolin Tiger, Joe Lee, sixthseal, Budiey & Kennysia betubuh gembal.  Mesti mereka sukar untuk menandingi Beutifulnara bila berlari di padang.

Walaupun Niki & KY kecil...tapi KY adalah IT professional yang banyak menghabiskan masa di depan komputer...hehehe...begitu juga Niki...dia seorang Journalist...mesti selalu mengadap komputer aje kan.

Jadi...atas sebab sebab di ataslah maka aku memilih Beautifulnara yang akan memenangi pertandingan tersebut.

Oleh itu Beautifulnara...jangan hampakan kami yang memilih kamu untuk menang dalam pertandingan ni ye...
Go...go Nara...you can do it.  !!!

So...mulai dari hari ini...kenalah selalu pergi ke padang petang petang untuk berlatih ye...jangan pancit saja nanti di pertengahan pertandingan.

Dan Nara jangan lupa untuk menggunakan produk Adidas Action 3 sebelum bermain ye...ini untuk memberikan anda keyakinan yang lebih ketika beraksi di padang.  Bila terasa lebih yakin...maka lebih laju dan tangkaslah pergerakan itu...



 Video 18/49 


 

Video 19/49 


Video 20/49

 

Video 21/40 ...

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Catch the Project Alpha bloggers at the Adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday 21 May at 7.30pm!



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Aku seorang pengguna internet tegar...

Aku suka melayari internet...

Aku juga menjalankan perniaagaan online di internet....

Aku juga pengguna 'Facebook' tegar...

Cik abang pula tinggal berjauhan denganku...jadi setiap hujung bulan...segala urusan pembayaran bill...urusan pemindahan wang ke akaun aku ...dilakukan dengan menggunakan internet.

Kalau sehari internet rosak...maka aku bagai orang yang kebingungan...rasa macam ada benda yang tak kena...walau separuh hari tanpa internet boleh membuat kepala aku mengong...!! Betul...aku tak tipu...memang aku boleh jadi sasau...!!

Kalau dalam dompet tak ada duit...dah cik abang pula tak boleh memindahkan wang ke akaun aku...maka aku akan tersadai di rumah tanpa wang...

Bagiku internet seperti nyawa aku.

Walau di mana aku berada aku mesti melayari internet...kerana adakala pelanggan mengantar email untuk tempahan barangannya padaku...
nak top up kredit telefon pun aku guna online...

Adakalanya aku terpaksa mengikuti cik abang berkursus...atau bekerja luar dari Shah Alam...memiliki sebuah broadband seperti Wiggy adalah satu keperluan.

Jika aku memilikinya aku pasti membawanya ke mana sahaja...ke Melaka (semasa aku balik ke kampung)...ke rumah bapak...(bapak memang takde line internet di rumahnya)...
ke Terengganu...(aku bercadang untuk ke sana dalam masa terdekat ini)...
ke rumah biras aku di Kuala Lumpur (dia cuma ada streamyx dan sebuah komputer...mana boleh berebut komputer di rumah orang kan?)...
ke Langkawi...(dalam perancangan nak risik2 dengan cik abang sebab dah lama tak ke sana)...
dan ke mana jua...
kerana Wiggy P1W1MAX mempunyai liputan yang meluas....dan yang penting ianya comel dan mudah di bawa ke mana sahaja...selit dalam handbag pun boleh...

Oleh itu...memiliki Wiggy P1WiMax adalah sesuatu yang amat perlu bagiku.

Jadi apa lagi...jom berdaftar untuk Wiggy P1W1MAX
yang comel ni...







Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination...

My Dream Destination....

Nama pun 'dream'...bermakna Impian....

Dan nama pun impian...tak ada salahnya kalau kita sentiasa bermimpikan untuk ke sesuatu tempat yang sering menjadi tumpuan orang untuk ke sana.

Aku...belum pernah lagi meninggalkan negara aku yang tercinta ini untuk ke mana-mana sahaja...kecuali aku pernah ke selatan Thailand...itu pun dengan teman2 sepejabat.

Selepas itu aku dah tak ke mana-mana lagi...segala keinginan untuk melihat negara asing hanya menjadi impian ku.

Aku harap...impianku ini satu hari nanti akan menjadi kenyataan.

Seandainya keadaan mengizinkan...dari segi masa dan kewangan...tempat yang pertama ingin aku lawati ialah....

Turki....

Aku mempunyai seorang rakan blogger Simah yang tinggal di Istanbul, Turki...

Dari blog2 dia aku lihat banyak gambar pemandangan yang cantik dan menarik yang dapat memikat hati siapa sahaja...

Salah satu tempat yang ingin aku lawati di sana ialah...Masjid Biru...



Bagi aku masjid ini terlalu indah...begitu memukau....



Keindahan senibinanya memang tak boleh disangkal lagi...

Kalau tak dpt ke sana aku ingin pula melihat tinggalan sejarah purba di

Jordan....



Petra...salah satu tempat bersejarah di Jordan...



Melihat sendiri dan merasai keajaiban laut mati...

atau pun...ke
... negara Egypt...sejarah purba sentiasa membuat aku ingin melihat segalanya dengan mata kepala aku sendiri...


Salah satu dari keajaiban dunia...

Sungai nil....memang tak boleh dinafikan keajaibannya...

Kalau untuk  memanjakan diri...aku ingin ke Bali...kerana ianya terkenal dengan pantai yang cantik & juga perkhidmatan SPA yang menakjubkan...


 Salah sebuah pemandangan di Bali



Suasana Spa yang mendamaikan...memang cukup untuk memanjakan diri...

dan kalau tak dapat ke tempat2 tersebut

impian aku adalah untuk ke

Gold Coast...



Gambar2 yang ada sudah cukup untuk membuatkan kita semua teruja untuk ke tempat2 tersebut

Dan kalau aku ingin ke tempat2 yang menjadi impian aku...aku pasti akan memilih pekhidmatan MAS Traveller.

Kerana dengan Mas Traveller pasti segalanya akan menjadi kenyataan...

Untuk apa jua maklumat tentang MAS Traveller..sila klik di sini...
Lihat logo ini...pasti anda akan tau...apa yang anda kehendaki...walau ke mana jua...ianya pasti dengan MAS Traveller...










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Janji Masyukkk....!!

2 hari yang meletihkan...aku tak tau kenapa aku rasa sibuk sgt 2 hari ni...

Sampai nak update blog pun fikiran menjadi buntu.

Bila badan letih...otak terus terjejas...begitu juga kalau otak menjadi letih...badan terus menjadi malas.

Banyak yang ingin aku tuliskan...tapi aku tak punya banyak masa untuk berada di depan laptop ini.

Jadi buat masa ini aku cuma ingin mengucapkan

Thank you Nuffnang....sekali lagi.



Biarpun aku tak dpt ke Gatsby Satu lepas...tapi aku telah menerima ganjaran untuk 3 minggu berturut2 utk advertorial post Project Alpha.

Kalau ada rezeki ...semoga minggu ke 8 juga akan berhasil.

Seperti yang kita tau...Project Alpha Season 2 telah pun memuatnaik video2mereka.  Dan setiap hari 1 video telah pun dipertontonkan.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Project Alpha ini ...pasti tau bahawa mereka menawarkan hadiah2 yang menarik untuk mereka yang menjawab setiap soalan yang keluar pada setiap hari berkaitan dengan video clip yang disiarkan

Untuk menonton video tersebut...sila klik di sini

Dan bagi mereka yang ingin menyertai peraduan tersebut terpaksalah mendaftarkan diri sebagai ahli ruumz...dan kemudian barulah boleh mengikuti apa sahaja aktiviti mereka...

Jadi untuk mencuba nasib anda sila daftar di sini...

Mana tau kan...orang kata tuah ayam nampak di kaki...tuah manusia siapa tau...?  Hmmm....rasanya dah banyak kali aku cakap ni kan..?  Ahhh...!!  Hentam sajalah...janji masyukkkkk.....



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, April 20, 2010

My Version of Grooming Tips

My Version of Grooming Tips...

Hmmm....macamana nak tulis ye...

Sebab aku memang tak pandai nak berdandan.

Semua orang ingin kelihatan cantik...paling tidak pun sedap dipandang mata.

Bagi aku...berdandan atau 'grooming' biarlah berpandanan dengan usia.

Kalau dah berusia nak berdandan siap dengan bulu mata palsu...lipstik yang merah menyala...memang tak kenalah pada pandangan mata.



Anak2 remaja memang sesuai dengan solekan demikian.

Tapi bagi mereka yang berusia ... dandanan yang ringan dan ringkas adalah lebih baik

Yang penting ianya sedap dipandang mata.



Untuk tips2 agar wajah sentiasa bersih...berseri...penjagaan wajah hendaklah dilakukan setiap hari.

Mencuci...membersih...mengetone (toning)...melembap adalah penting.  Bagaimana sibuk dan letih kita sekalipun...3 langkah berkenaan hendaklah dilakukan tiap pagi & malam.

...Jangan lupa menggunakan penghadang matahari sebelum menggunakan bedak compact atau loose powder.

...Setelah langkah2 asas tersebut diikuti...maka bersoleklah dengan tipis.

Aku selalunya hanya menggunakan celak mata ....dan sedikit lipstik bewarna lembut yang tipis

Pakaian bagi aku ... mudah sahaja.

Pilihlah pakaian yang bersesuaian usia dan majlis yang hendak dihadiri. 

Aku lebih suka bebaju kurung atau kebaya pada majlis2 formal dan menghadiri majlis perkahwinan...dan jika ke majlis yang lebih santai...aku suka mengenakan blaus dan seluar...



Untuk rambut...disebabkan aku menggunakan tudung...maka ianya bukanlah masalah besar...

Cuma sebelum berdandan untuk keluar ke mana sahaja...pastikan anda telah membersihkan diri.  Gigi haruslah bersih...rambut telah bersyampu...dan jangan lupa...deodorant untuk keyakinan diri...







Video Project Alpha ...1


Video Project Alpha 2



Project Alpha -3rd Video




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails