Aku ingin mengucapkan..
SELAMAT HARI IBU buat semua ibu2 diluar sana...
Ibu yang telah banyak bekorban untuk kita.
Kalau sanggup dikorbankan nyawanya pun dia sanggup lakukan. Biar bagaimana nakal atau jahat seseorang anak itu... biar bagaimana sikapnya pada ibu namun di dalam hati ibu..dia tidak pernah mengkenal erti benci..pada anak2nya...
Itulah kasih sayang seorang ibu..sayangnya menggunung... kasihnya melaut... tak terhitung...
Aku sudah tidak punya ibu... kerana ibu kesayangan ku itu telahpun kembali ke rahmatullah 18 tahun yang lalu... di dalam suatu kemalangan jalanraya di Kelantan... 1993..
Al-Fatihah buat bondaku tersayang... semoga rohnya dicucuri rahmat...
Biarpun telah hampir 20 tahun pemergian ibu... namun tak pernah pun sehari aku melupakannya... kenangan bersama arwah... kerinduan kepadanya tetap bersarang dihati. Biarpun ketika itu aku sudah berumahtangga... namun aku masih belum puas menikmati kasih sayang darinya...
Pada mereka yang masih mempunyai ibu...
'Sayangilah mereka sementara mereka masih ada...'...
'Berbaktilah pada mereka...dan hiburkan hati serta buatlah mereka bahagia....'
Sesungguhnya kebahgiaan seorang ibu ialah bila melihat kebahgiaan anak2 dan juga anak2 itu menjadi anak2 yang berguna dan bertanggungjawab...serta bila mereka mendapat kasih sayang yang melimpah ruah dari anak2 mereka....
Masih teringat kata2 seorang guru kaunselor dalam dalam drama Juvana TV3....
Ketika seorang murid perempuan ingin membunuh diri kerana dirinya mengandung... dan dia telah dibuang oleh ibu bapanya kerana kesilapannya...
Kata guru itu...
'...kalau sekarang kamu rasa kamu tidak disayangi oleh sesiapa... tunggulah sehingga anak kamu lahir... nanti kamu akan terasa diri kamu disayangi oleh anak kamu...'
Memang kasih sayang anak2 adalah hadiah paling berharga dalam hidup seorang ibu....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.