17 September ...
Tiap tahun angka itu pasti meningkat....
28 tahun dahulu...aku diijabkabulkan dengan suami tersayang...
Selang 1 tahun kemudian...
Kami dikurniakan cahayamata pertama...seorang putera yang diberi nama... Munir...
Buat suami tercinta...terima kasih kerana telah menerima aku sebagai isterinya dan menerima apa jua kelemahan dan kekurangan diri ini....
Dan untuk diri ku...aku sentiasa mengingatkan diri ini agar menerima suami itu seadanya... dalam susah dan senang... biar bagaimana pun sikapnya...memang adakalanya hati sering terluka...tapi aku tau dia tiada langsung terniat untuk melukakan perasaan ku... kerana lelaki memang sikapnya begitu... yang penting sekarang aku lebih berterus terang... kalau nak apa2 pun takde lagi nak berkias2... sebab orang laki memang tak paham bahasa kiasan ni...
Dulu aku sering berkias2 cakap... hati nak tapi mulut kata tak nak... 'body language' kata nak... last2 dia buat tak tau je... hati aku jugak yang merajuk... sebab dia tak paham aku...huhuhu...
Sekarang dah tau...orang laki tak boleh buat camtu...kalau nak kata nak... jgn le buat tersipu2 malu nak cakap ' nak ' .... memang tak dapat punya.
Semoga rumahtangga ini akan kekal bahagia bersama anak-anak hingga ke akhir hayat...
Buat anakku Munir...aku sering berdoa agar dia menjadi seorang yang matang... bertanggungjawab... menghormati ibu bapa... dipanjangkan usia dan dijauhkan dari musibah ... dimurahkan rezeki dan agar dia diberi petunjuk dan hidayah dari ALLAH untuk menjadi anak yang beriman dan menjauhkan segala yang ditegah.
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
4 comments:
semoga rmhtangga kak ani kekal sampai bercucu....
kak anie
selamat ulangtahun perkahwinan kak ani.. semoga kekal dunia dan akhirat.
orang lelaki ni memang kena soun direk.. bahasa kias kias ni dia lambat sikit nak faham, kita dah merajuk tahap dewa, dah nangis nangis tahap gaban baru depa faham so baik soun direk.. hehhehehzar dah lama tak de berkias kias ni.. telus melus.. terus dapat apa yg diminta.. ahhahah
anie..selamat ulang tahun..semoga kekal bahagia hingga kehujung nyawa..
betul kata zar..tak payah kias kias..lepas aje apa yang perlu..akak memang dari awal macam tu..
akak..selamat ulang tahun..semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..
erm..byk ilmu saya boleh belajar dari akak.. ;)
Post a Comment