Kelmarin... aku dan si kecik mengikut cik abang pi ke rumah terbuka...
Bersama kami ialah biras aku dan anak2nya yang masih kecil...
Dari sebuah rumah...kami ke sebuah rumah lagi...
Melihat berbagai juadah yang ada... biarpun perut lapar tapi aku langsung takde selera untuk makan...
Semasa berada di rumah kedua...aku dan biras serta ipar duduk semeja.
Kemudian datang seorang wanita membawa ke meja kami sepinggan sate yang di ambil dari meja VIP...
Pada mulanya aku ingat dia nak hidangkan kepada kami.
Kemudian aku dengar bunyi2 seperti bunyi beg plastik...
Rupa2nya hamba Allah tu sedang membuka beg plastik tersebut dan memasukkan hampir kesemua sate yang diambil dari pinggan tadi ke dalam beg tersebut...
Anak2 sedaraku yang ada di meja tersebut melihat gelagat wanita itu...
Setelah selesai kerja dia terus menjamu selera dgn baki 2-3cucuk sate yang ada di dalam pinggan tersebut.
Aku dan biras aku hanya memalingkan muka ke tempat lain kerana menahan ketawa.
Nak kata wanita itu miskin sangat...tak lah pulak... bepakaian baru yang cantik... siap memakai barang kemas lagik...tapi kenapalah dia buat perkara tu di rumah terbuka orang... perbuatan yang memalukan...
Anak sedara aku yang baru berusia 5 tahun memandang wanita itu tanpa berkelip2...
Kemudian dia pergi pada kakaknya yang berdiri berdekatannya...terus dia cakap
'Kak...kau nak sate eh? Kalau kau nak...kau tanya orang tu...ada dalam beg dia...' sambil jarinya menuding pada wanita tadi...
Aku dan yang lain hanya mampu menahan gelak...
Adoyai!!...Ada jugak orang macam tu sekarang ye...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
9 comments:
Sabaujelah... benaunya bukan miskin tapi malas masak..
Mcm2 perangai manusia, dia lupa org sedang memerhati gelagat dia, tapi orang macam tuh maner nya rasa malu...
Kak Anie...
Memang manusia macam ni wujud. Kadang tu penampilan memang nampak senang lenang tapi tak tahulah nak cakap. Kami kenal dua orang kawan macam tu. Sorang kat Malaysia dan sorang lagi kat sini. Yang kat sini tu mat salihlah. Jangan tak tahu, mat salih pun buat perangai tak senonoh ni. Yang kat Malaysia tu, siap pinjam handbag kawan saya nak masukkan kuih. He he he... bengang aje member tu. Itu cerita 13-14 tahun dulu. Tapi bad habits die hard, kan?
kak anie
eeii buek malu yo... zar nikalau bukan rumah adik berdaik memang nak masuk dapaur pun sogan, apatah lagei nak tapau bagai.. lagipun open house kan.. hehheh
rasanya saya ada sedara macam tu... pergi rumah org kenduri kawin kononya nak menolong... tapi dia bedal apa dia nak. tapi dia kejap kejap ikut pintu belakang angkut barang barang seperti sayur, ikan, ke apa apa lauk mentah atau bukan mentah untuk di bawa balik. Di rumah kami pulak tu di buat macam tu jugak.
Nak kata sengkek dia banyak duit anak semua menjadi. abang nya kaya..etc. tapi perangai nya macam tu..
pesara gurubesar lulusan england tapi perangai taksenonoh.ini bini paksedara saya..
Sekarang pun macam tu juga dah tak boleh diubah.
yang sorang lagi pakaian ada banyak barang kemas lama yg tebal tebal. pun sama juga... tapi yg ni sampai pergi hj berulang kali dalm tempoh 10 tahun, umrah 2 x setahun.
di rumah makan sambal tumis ja . Peti sejuk di kosong... aja. bila pergi rumah kenduri org sebuk sebuk , dia sebuk nak buka puasa dan buka peti sejuk nak masak lauk utk dia berbuka. itu ipar mak saya..
jgn kita jadi macam mereka..
trojan
salam,
tak pernah pulak terserempak dengan adegan yang memalukan ini, nak2 musim raya yang makanan berlambak melimpah ruah ..manusia memang ramai yang dah tak betul perangai .
anie..kalau pi kenduri..memang biasa nampak..tapi rumah terbuka tak pernah lagi..
camana nak bagi makan kat anak2..tuan rumah izinkan ke tidak...
Sya...tulah pasal...tak senonoh betul...aku ngan itah menggigil2 badan tahan gelak..
-----------------
Kak marina...mcmtulah jadinya bila dah hilang rasa malu...
-----------------
Elee...ada ke orang simpan kuih dlm handbag...hahahaha...mat salleh pun ada camtu eh? Agaknya kat mana2 pun ada orang camtu kot...
-----------------
Zar...kalau rumah adik beradik tu lainlah kan...ni rumah terbuka kita dtg sana pun bukan kenal sgt dgn orang tu...
----------------
Anon...tu sebablah dia kaya...boleh pergi hai berulang kali sebab asyik nak mengenakan orang...heheheh
Jgnlah kita jadi macam tu kan?
---------------
Rina...akak pun baru terserempak perangai orang camtu...tu yang bersusah payah tahan gelak...
----------------
Kak...itu orang yang tak tau hukum hakam kak...patut dia tau benda tu tak elok...sebab apa2 pun kita kena mintak izin tuan rumah...
Kesian orang macam tu..dia tak sedar kot perbuatan dia memalukan dirinya sendiri..
Post a Comment