Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, August 18, 2010

Salleh Gregor Samsa...Hina Rukun Islam...

 Hari ini...rasanya ramai yang dah baca pasal cerita Salleh Gregor ni...

Aku tak tau lah...dia berbangsa apa...tapi dari komen2 yang aku baca dpt digambarkan bahawa dia pada asalnya beragama Islam...

Tapi...dia tidak percaya pada ALLAH yang Esa...dan tidak percaya pada ibadah puasa yang kita lakukan.  Itu baru puasa...bagaimana pula dengan tuntutan wajib untuk mendirikan solat.

Membaca segala komen2 di laman Facebooknya membuatkan aku beristighfar...adakah ini dia rupanya anak2 muda di akhir zaman nanti...



Bangga dengan kejahilan mereka sendiri...dan tanpa segan silu memaparkan keaibannya.

Aku tak tau nak cakap apa lagik dah...sakit hati..geram...marah yang meluap2 bila membaca tentang manusia yang bernama Salleh Gregor ni....tapi aku taknak lah maki2 dia dibulan mulia ni...nanti tak pasal2 terjejas amalan aku ari ni dek kerana manusia yg tak berguna ni...

Cuma andainya benar dia beragama Islam dan sedang hanyut dan hilang pegangan agamanya...kita sama2 doakanlah dia agar mendapat petunjuk dari ALLAH dibulan yang mulia ini...

Untuk membaca lebih terperinci tentang manusia yang bernama Salleh Gregor ini sila klik di sini.... Salleh Gregor Samsa









...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Amieynna Amin said...

saya ingat die seorang saja..
rupenya ada jugak kawan2 dia yg mcm die gak..
istighfar je kak..

Memey Anuar said...

kak, saya pon baca.
mmg urut dada la baca semua komen2 tu.

siap nak asaskan pahaman sendiri dan create hari kiamat sendiri?

carik la idea sendiri!
cilok idea islam jgk buat apa.

tp mmg ada. dulu pon ada 1 blog melayu asalnya islam tp dgn slambe post kan tidur dgn perempuan itu ini dan mmg terang2 mengaku xpercaya islam.

nauzubillah..
mintak dijauhkan kak..

Mak Su said...

sy takut kalu ada orang menyamar utk memporak-perandakan saja.... lain-lain sangka buruk adalah orang tu nak cari glamer, maklumlah, sekarangkan zaman keburukan diwar-warkan dan dihebah2kan

apa-apa pun, harap org berkenaan bertanggungjawab atas statementnya, dia bukan mengata sesiapa, dia mengata hukum SIAPA? kan

~ez~ said...

kak anie, saya pun dah baca pasal dia kt blog org len tp tanak buat entry psl dia.sakit hati sgt2..rasa nya dia ni tergolong dalam ketegori manusia yang patut disula@rejam sampai mati..menghina Islam lepas tu bermegah-megah dengan kejahilan sendiri...

Jauhkan la kita semua dari manusia2 seperti itu dan saya percaya masih ramai berfikiran dan mempunyai ideologi seperti dia..hummm...

MOKCIK AZWA said...

Semoga kita dijauhkan dan dipelihara Allah SWT dari kejahatan di dunia dan akhirat...aminnn..

aReaL said...

Thanks Akak Link kan Ke Blog aReaL... Tak Tau Apa Akan Jadi Pada Dia Di Masa Yang Mendatang....

iina said...

Takut satu cara utk dia jadikan diri dia popular kak.. dan dengan cara itu dia akan tarik perhatian org untuk dgr ckp dia.. pada saya.. adukan sahaja pada pihak yang sepatutnya.. ambil tindakan terus dari biarkan terus melarat.. bkn susah suruh fb tarik jek status pendaftaran bila sudah melampau

AuntieYan said...

Salam Anie,

Tak terkata!!! apa dah jadi?????...kalau dia Islam dan dari keluarga Islam, memang dia ni perlu dibantu, nampaknya dia seolah-oleh mencabar kuasa Allah.

Apa yang kita takut ialah, bala dari Allah, kalau dia & geng saja yang kena ok lah, tapi, takut atas perbuatan dia, bala turun pada yang lain juga. Nauzubillah!.

aNIe said...

amieyna...tulah...dengan geng2 dia sekali macam tu...ni kita jumpa baru sorang...ntah berapa ramai agaknya anak2 muda kita yang berfikiran macam tu...

-------------------------

Memey...tulah akak selalu berdoa semoga ALLAH tidak memalingkan akak dan anak2 dari agamanya...takut kan... minta dijauhkan...

Nauzubillah...

------------------------

Maksu...kalau dibaca dari komen2 dan kata2 yang dia tulis tu...memang sudah menyimpang jauh...

Semoga dia diberi petunjuk...

----------------------

Leeya...memang ...akak pun percaya bukan dia sahaja yang berfikiran macam tu...rasanya ramai lagi anak2 muda kita sekarang dah jauh terpesong...

Takut bila mengenangkan itu semua...semoga ALLAH menjauhkan kita dari perkara2 tersebut...

-------------------

Mokcik...semoga dia diberi petunjuk...

-------------------

aReal...sama2...

Harap2...dia menemui jalan yang sebenar...dan berbalik ke pangkal jalan...

--------------------

iina...fb dia dah tutup...blog dia dah diprivatekan...tak boleh masuk dah...

Memang takut cara pemikiran dia ni akan mempengaruhi anak2 muda yang lain...bahaya betul...

---------------------

Salam Kak Yan...sepatutnya orang seperti ini dikenakan tindakan...mungkin itu tak dpt nak membantu dia...tapi dpt membantu dari ideologi dia tu dari tersebar..dan biar orang lain mendapat ikhtibar dari perbuatan dia tu...jangan suka2 nak mencabar hukum ALLAH

Moga kita dan keturunan kita semua dilindungi ALLAH dari terpesong ke jalan yang tidak benar...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails