Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, August 19, 2010

Ketika Rindu itu Datang Bertandang....

Teringat masa memula tgk video klip ni kat TV...sedih sangat....

Dan tiap kali menontonnya...aku mesti menangis tersedu-sedu...

Teringat pada arwah mak...

Terbayang bagaimana dia selalu menanti aku untuk pulang ke kampung...dan biarpun aku paling dekat dgnnya tapi aku jarang dpt menghabiskan masa bersamanya...kerana aku sibuk dengan urusan rumahtangga.

Kata orang...syurga isteri bersama suaminya...dan arwah mak tak pernah merungut kerana dia tau...aku punya tanggunjawab aku sebagai isteri...

Tapi bila dia 'pergi' meninggalkan kami 17 tahun lepas...dalam hati aku seringkali terbit rasa terkilan...kerana aku tak dapat berbakti padanya seperti mana seharusnya dilakukan oleh seorang anak.  Biarpun aku tak pernah lupa padanya...saban hari aku menalipon dan bertanya kabar...kami berbual apa sahaja .. tapi rasa itu sentiasa ada...

Ketika itu aku bekerja di Melaka... masih aku ingat lagi... aku akan menaliponnya setiap hari jam 11.00 pagi...

'Mak tengah buat apa tu...?'

'Ari ni mak masak apa...?'

'Bapak mana...?'

Dan paling kurang aku akan berbual dengannya selama 10 minit...kami berbual apa sahaja...seronok dgr mak ketawa...

Aku masih ingat hari terakhir aku berbual dgnnya di telefon...ketika itu dia sudah seperti berada di dunianya sendiri... kerana cuma aku sahaja yang bercakap... arwah mak cuma bersuara sepatah dua kata.

Bila mula2 kehilangan arwah mak... tiap kali jam 11.00 aku akan menangis...

Kerana ketika itulah rindu aku pada mak membuak2...

Tapi...dia telah tiada....telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...

Dan kenangan bersama arwah mak tak pernah padam...

Pada mereka yang masih mempunyai ibu... emak...ummi atau apa jua panggilan yang diberikan...

Hargailah mereka ketika mereka masih ada....

Al-Fatihah buat arwah mak...semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang disayangi....








...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

MOKCIK AZWA said...

Al Fatihah buat arwah mak Kak Anie.

Sedey kan mengenangkan orang yang telah tiada, terutama di bulan Ramadan nie.

Tiba-tiba rindu nak dengar suara mama pula...

Acik Erna said...

anie..alfatihah buat yang telah pergi.
ramadhan memang sentiasa membuatkan kita teringat2 dan kerinduan..pada yang telah tiada..

~ez~ said...

alfatihah utk arwah mak akak...

semoga ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..

saya pun arini tiba2 rindu sgt dekat mak. Dah kahwin ni susah sgt nak balik selalu.. sedih :((

Mummy Rizq said...

Sama lah kak anie.. sekarang ni saya selalu telefon mak coz jarang jarang dapat balik ke kg... harap2nya saya masih ada banyak lg peluang untuk bercakap dengan mak..

AlFatihah buat mak kak lady..

Iera said...

Al-Fatihah buat mak kak Anie..

Aku adalah aku said...

Al-Fatihah...memang syahdu...

Zareda Norman said...

alfatihah buat ibu kak ani

semakin kita berumur semakin kita memahami jiwa dan naluri seorang ibu, memang zar cuba selalu hubungi mak dan bertanya khabar... selagi ada hayatnya, hargailah ibu bapa...

Kak Anie said...

Mokcik..sementara mereka masih ada jika ada peluang jengahlah mereka...kerana bila mereka dah tiada...tiada apa yang dpt mengganti tempat mereka..

------------------

Betullah kak..rasa rindu pada arwah mak menjadi lebih di bulan puasa ni...selalu teringat macamana susahnya kami semua nak bangun sahur...

-------------------

Leeya...bila kita dah ada keluarga memang kita terpaksa membahagikan masa antara suami dan mak kita...tapi jgn sesekali kita mengabaikan mereka...kerana mereka memang tidak pernah lupa pada kita...

--------------------

Kak Anie said...

Semoga mar akan berpeluang untuk selalu bersama mak...Insyaallah


-------------------------

eira...elly...terima kasih...

------------------------

Zareda...bila kita dah berkeluarga barulah kita tau betapa besarnya kasih sayang seorang ibu...

iina said...

Kak Anie

Semoga roh bonda sentiasa ditempatkan dikalangan mereka yang beriman ye.. semoga dia tenang-tenang di sana InsyAllah..

najihah sahami said...

alhamdulillah sy masih punyer ibu...

tp, sy rindu arwah nnek sy...
rindu sgt2 nk makan yg die masak..nk brbuka ngn die..nk dgr die membebel~

sekadar satu coretan said...

Al-Fatihah untuk mak kak Anie..
rindukan kak anie...saye rindu sgt kat aruah bapak saye...mmg terasa sgt kehilangan org yg kite sayang..
saye masih punye mak tapi dah tak berapa sihat...

MrsMama said...

Saya ingat lagi entry akak yg lama...mak akak meninggal eksiden bas kat Kelantan kan?

Kak....tahun ni banyak hikmah saya dpt bila salu tak sihat masa ngandung...selama ni saya selalu pinggirkan mak mertua saya...saya selalu lupa yang satu hari nanti tugas jaga dia n abah mertua tu jatuh pada bahu saya sbb saya sorang je menantu perempuan...adik ipar sume perempuan tentu masing2 akan ikut suami.

Mak saya pun pesan...darjat mertua tu sama je cam kuarga sendiri....so kita wajib mentaati mertua, mak dan ayah kita. Saya dah tengok sendiri cemana mertua saya jaga arwah tok yang sakit dulu....tak pernah pun dia tinggikan suara pada arwah tok walaupun kadang2 tok tu cakap melalut tak puas hati kat dia. Harap2 saya bole jadi sekuat n setabah mak mertua saya. Amin

myQza said...

walau tiada di depan mata arwah mak pasti tahu betapa akak sayang dan ambil berat pasal dia

Mak Su said...

[terharu]

al-fatihah

ckLah @xiiinam said...

Semoga kita sama-sama menjadi anak yang membahagiakan ibu dan bapa, dari dunia hingga ke akhirat.

aNIe said...

iina...terima kasih...

Al-Fatihah...buat mereka yg tersayang yang telah meninggalkan kita...

-----------------------

najihah...memang bila telah kehilangan orang tersayang...kita akan mula rindu pada apa yang selalu kita lakukan bersama'

Al-Fatihah buat arwah nenek najihah

----------------------

ain...sementara mak masih ada...biarpun tak sihat...selalulah menjenguk dia...

Sebab bila dah takde...kita tak dpt nak luahkan kasih sayang kita lagik...

A-Fatihah juga buat arwah bapa ain

----------------------

Mas...semoga ALLAH menguatkan hati dan meningkatkan kesabaran mas untuk menjaga mertua mas itu...

Kadang2 bila orang dah sakit dia banyak menguji kesabaran kita...

Harap mas dpt melaksanakan tugas itu sebaik mungkin kerana ganjarannya hanya ALLAH yang tau...

------------------------

tEDl...memang akak sayang kat arwah mak...tapi tanggungjawab sebagai isteri mengatasi segalanya

------------------------

Maksu...memang sedih tiap kali menonton klik itu

------------------------

ckLah...Insyaallah ck...kerana tugas kita sebagai seorang anak tidak pernah selasai biarpun mereka telah tiada...hanya doa dari kita sahaja yang dpt membantu mereka....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails