Salam Jumaat.
Hari ini 17 Ramadhan...bermakna sudah 17 hari kita berpuasa.
Kita sudah pun dipertengahan bulan Ramadhan....ini bermakna tidak lama lagi bulan yang penuh rahmat ini akan meninggalkan kita.
Dalam keriangan ingin menyambut Syawal...pasti kita akan merasa sedih kerana berlalunya bulan yang penuh rahmat ini...
Entah ada peluang lagi untuk beribadah di Ramadhan akan datang...hanya ALLAH sahaja yang tau...
Semoga kita dipanjangkan usia agar dpt menyambutnya sekali lagi di tahun hadapan.
Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan. Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah...bulan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH...bulan penuh kebajikan bulan keampunan.. bulan kerahmatan dan bulan untuk melepaskan diri adai azab neraka.
Hari ini 17 Ramadhan... Hari Rasulullah s.a.w. di datangi malaikat Jibril di Gua Hira' dan di sanalah Surah pertama di turunkan...iaitu Surah Al-Alaq...
Ingin berkongsi artikel ini .... yang di petik dari... sini
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
7 comments:
salam kak anie...
sekejap jer dah 17 ramadhankan kak anie...semoga kite semua diberkati dibulan yg mulia ini...
semalam tazkirah selepas solat terawih pun ade citer pasal nuzul al-quran...
Dah tak lama dah nak raya...rasanya macam baru lagi berpuasa...sekejap je masa berlalu...
ye betul kak... sedetik lagi melangkah ke 10 malam terakhir...
semoga diizinkan Allah utk "ketemu Lailatul Qadar" - malam seribu rahmat.. Ameen.
moga panjang umur dan bertemu lagi tahun hadapan untuk menggarap rahmat yang dibawanya
Setiap tahun saya rindukan ramadhan.. bila hari terakhir berpuasa rasa syahdu jek sebab akan rindu rutin dan ibadah yang kita sempat lakukan sebln tuh.. ;)
anie..bila dah melepasi nuzulquran ni..kita akan rasa cepatya masa berlalau..mesti rasa macam semua nya tak siap lagi..dah nak raya..
sayu rasanya bila ramadhan berlalu pergi..
Syawal kian hampir...malam2 10 terakhir juga kian merapati kita...semoga kita semua dpt melakukan ibadah dengan lebih khusyukk..
Terima kasih...ain...elly...Tiny...
Maksu .. iina dan kak Erna kerana meninggalkan jejak di sini...
Tak dpt nak jawab satu persatu...nak menjahit...heheheh
Post a Comment