Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, August 28, 2010

Abang Jadikan Adik2 Hamba Seks...Binatang Sungguh!!

Malam tadi  menonton Buletin Utama membuatkan aku beristighfar...

Ya Allah!!  Apa dah jadi dengan dunia sekarang...apa nak jadi dengan institusi kekeluargaan sekarang...?

Seorang abang telah ditahan polis di Kampung Saador, Pantai Sentok, Bachok, Kelantan kerana dipercayai merogol  adik2 perempuannya yang berusia antara 5 hingga 16 tahun.

Selain dirogol mereka juga dipaksa melakukan seks oral...dan jika mereka enggan melayan nafsunya diugut akan dibunuh.

Difahamkan juga bahawa adik mereka yang berumur 5 tahun juga telah dirogol dihadapan kakak2nya.

Cubalah bayangkan apa perasaan kakaknya ....??

Menurut kata adik perempuannya yang berusia 16 tahun,  dia telah dirogol sejak berusia 11 tahun dan bukan sekali tubuhnya diratah oleh abang kandungnya sendiri...tapi sehingga 20 kali.

Disebabkan ingin lari dari situasi dan rumah yang bagai neraka bagi mereka...anak2 itu telah melarikan diri dan dijumpai orang kampung serta diserahkan ke rumah ketua kampung.

Abang kandung mereka yang bersifat binatang itu merupakan penagih dadah....

Itulah padanya bila dadah telah menguasai diri...

Difahamkan bahawa bapa mangsa juga seorang penagih dadah dan juga kaki botol.  Ibu mereka pula telah meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang bongsu yang kini berusia 5 tahun.

Inilah akibatnya bila hidup dikudakan nafsu sehingga tidak kenal pada darah daging sendiri...

Memang menjijikkan perbuatan tersebut...!!

Bila mendengar berita macam ni...memang hati menjadi panas...

Lebih2 lagi hati seorang ibu seperti aku...yang dapat membayangkan betapa anak2 itu hidup dalam ketakutan...

Hati siapa yang dapat menerima perbuatan abang yang tidak berperikemanusiaan itu??

Memang jahanamlah hidupnya...kerana telah merosakkan masa depan adik2nya sendiri.

Cubalah kita bayangkan betapa traumanya anak2 tersebut...

Pasti hidup mereka selama ini dibayangi rasa benci pada abang mereka...rasa jijik pada perbuatan abang yang bersifat binatang itu...

Astaghfirullah....

Berita2 ini membuatkan aku jadi marah2 dibulan Ramadhan ni...

Ya Allah...ampunkanlah aku jika kemarahan aku ini mencacatkan ibadah aku hari ini...

Tapi hati siapa yang tak panas...!!!





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

21 comments:

Aku adalah aku said...

Tadi masa buletin utama tak concentrate sangat so tak tau apa citer...bila baca entry akak ni terkejutnya...apa nak jadi dengan diorang ni...tak sedar meleleh air mata kenang kan diaorang terutama yg umo 5 tahun tu...trauma dorang nih..trauma...siyes mmg dada sampai sakit tahan geram...

p/s:sorry kak bebel panjang...

saya_arief said...

aduhh..
kejam..
ni syaitan ni..

NK said...

semoga adik-beradik perempuan tu diselamatkan dan ditempatkan dengan keluarga yg lebih menyayangi mereka..

kurang ajar manusia macam tu, harapkan pagar, pagar makan padi!

Sahrul a.k.a nbk466 said...

Beyond sedih....takut pun ada... Lelaki tuhan jadikan sebagai khalifah dimuka bumi ini..subahanallah...

Syima Emi said...

ye la kak..sekarang ni byk gile cite pelik2..naik gerun pulak.. ni kes haruan makan anak.. tak tahu nak percaya kat sape sekarang..harap kan pagar, pagar makan padi.. mintak jauh la semua ni dari keluarga kite semua..

Unknown said...

apa nak jadi??
kesian kat adik2 dia.dah rosak dan kabur masa depan.dpt pulak abg n ayah yg macam tu....

zino said...

entah tak tau nak kata apa...

ibundo said...

kesian anak-anak itu. Semuga Allah melindungi mereka......... dan melaknati perbuatan si jahanam.

Anonymous said...

banyak lagi berlaku..tapi hal hal ni selalunya berlaku banyak di kelantan tgganu, datuk rogol macam macam

Farra Dhelina said...

sape pon yg akn mrh..dh lupe bulan pose..

mmg binatang pya abg kandung.nauzubillahh!!

ya allh..jauhkan lah dari keturunan kita..mtk simpang..

kesian kat masa dpn budak2 tu..

~ez~ said...

sy pun dgr berita tu akak..melampau sgt2!!

kesian dgn bdk2 tu..mcmana nak teruskan hidup..dgn traumanya..benda tu berlaku dah lama dalam hidup mereka..hmm..

hidup bila tak ikut hukum hakam..begitu lah akak..hancur la keluarga tu..anak-anak jadi mangsa..hmm..dirogol oleh darah daging sendiri yang patut melindungi mereka..pada siapa harus mereka bergantung harap??


mmg tak guna punya abg!

najihah sahami said...

sabar kak anie...

saya pun geram jerk dgr berita tu...kalau ngan adk beradik dan darah daging sendiri macam ni..camane la mereka dengan orang-orang kat luar sane..naseb bek dah di berkas...

benci betul dayus macam ni..haisy~

Unknown said...

Kak Anie,
Saya dapat rasakan kemarahan Kak Anie tu bila baca ayat Kak Anie tulis satu persatu. Tak sambung macam biasa. Kurang ajar, kan? Geram saya dengan orang macam ni. Sebab tulah saya sokong kerajaan hukum bunuh orang yang jual dadah ni. Eloknya penagih dadah pun sama. Hukum mandatori. Tak ada maknanya bagi peluang kat dia orang lagi dah. Kebanyakannya kembali kepada dadah.

iina said...

Terkedu saya kak.. tak terkata

Helena said...

alamak. it was in the news ke. Terlepas tgk berita tadi.

Mmm dunia dah teruk la.... masa i belajar dulu pun, ada jugak dgr pasal adik (very menggoda type) dok seduce abang (very baik n studious). Lama jugak abg buat donno, last2 adik dia berjaya. Last i heard the girl became pregnant. Girl F5, abang nak fly oversea.

Yang i kesian, mak budak2 tu siap cerita dkt jiran2... dia bersyukur anak perempuan dia dah tak liar lagi n now asyik duduk rumah aje. Padahal dia duduk rumah sbb nak *tut* dgn abang dia.

I wonder what happened to them.

Kak Anie said...

Elly memang terperanjat dan geram dengar kes ni...sebab sampai yang berusia 5 tahun tu pun dikerjakannya...

---------------------------

areif...ni bukan binatang lagik kan? Betul tu syaitan...manusia bertukar menjadi syaitan kerana dadah...

---------------------------

NK...harap2 begitulah...yang kesian peristiwa itu memberi kesan pada jiwa mereka

---------------------------

Sahrul...bila lelaki dah bersikap macam setan tu...camaner nak menjadikan mereka khalifah?

Kak Anie said...

Syima emi... dalam hal anak2 tersebut di mana ayah mereka pun dah tak boleh diharap lagi... mak pun takde... sepatutnya saudara2 terdekat memberi mereka bimbingan...atau jiran2 terdekat.

Tulah orang kata mak meninggal dulu anak2 bagai anak ayam kehilangan ibu.


------------------------

Azmi...kesian sebab mereka tiada tempat nak mengadu...ntah kemana hilangnya sedara mara...sepatutnya bila ada anak2 yang berada dlm keadaan begitu... saudara mara terdekatlah patut mengambil berat...


----------------------

zino... mendengar cerita cerita sedemikian kadang buat kita hilang kata2...dah tak tau nak cakap apa dah

-----------------------

Kak Pah...semoga Allah melindungi mereka dan memperbaiki hidup mereka...

----------------------

Anon... susah nak cakap sebenarnya...sebab kat mana2 pun ada berlakunya sumbang mahram

----------------------

Farra...betul tu...mintak simpang malaikat 44 dari keturunan kita perkara2 mungkar seperti itu

----------------------

Kak Anie said...

Leeya...rasanya kat manalah hilangnya mak2 sedara dan pak2 sedara terdekat mereka kan? Sepatutnya merekalah yang diharapkan membela nasib anak2 itu bila tiada lagi ibu bapa

-----------------------

Najihah...semoga dia mendapat hukuman yang setimpal...memang tak boleh diharap.... Harapkan pagar...pagar makan padi

-----------------------

Elee Mardiana...memang pun..pengedar dadah itu dikenakan hukuman gantung kerana dari sebab ketagihan dadahlah segala perkara yang tidak elok itu berlaku. Dadah & arak...semua itu ibu kepada segala maksiat...

Geram betullah elee...sakit hati...geram...tak tau nak cakap aper

--------------------------

iina...hilang sudah kata2...

------------------------

Helena... teruk betul kes tu...!! Camaner boleh jadi camtu kan? Mak & Ayah dia tak nampak ke perubahan sikap anak2 mereka tu...

Pada zaman sekarang ibu dan ayah sepatutnya menyimpan perasaan tertanya2 bila sesuatu yang pelik berlaku...

umeboshi said...

k.anie..mmg bikin hati panazzz je dgn berita ni dan sewaktu dgn nye. nafsu penuh dlm kepala. lagi2 ada dadah/arak...bertambah le teruk. langsung akal pikiran hilang ntah ke mana. kesian adik2 dia..kan?

Kak Anie said...

Umeboshi...dah lah sekarang mcm2 cerita pasal pembuangan bayi berleluasa... ni lagik satu syaitan bertopeng manusia...

Silapnya bila dadah dan arak telah menguasai diri...memang perkara yg tak terfikir dek akal sanggup dilakukan

Unknown said...

Xleh nak kata apa ? Dah akhir zamanlah

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails