Assalamualaikum...
Kita sambung cerita lagik...
10...11...12...adalah hari2 terakhir kami berada di Mekah...
Maka kami banyak menghabiskan masa di masjid ....
Dan di hari2 terakhir itu jugalah berlaku peristiwa di mana kami telah di 'pick pocket' oleh sekumpulan wanita2 Bangladesh kalau tak silap dari raut wajah mereka...
Kejadian berlaku ketika akak dan cik abang serta si bongsu dlm perjalanan untuk ke Masjidil Haram....
Laluan yang kami ikuti tidak ramai yang lalu sebab masa tu adalah diantara waktu subuh dan zuhur...
Mula2 datang seroang wanita meminta sedekah...menghulurkan tangannya diantara akak dan en abang... akak mula menolak2 tangannya yg begitu mengganggu... tatkala itulah lebih kurang 3-4 orang kawan2nya mengerumini kami... rupanya2 dlm pada akak sibuk menolak tangannya yang dihulurkan diantara tangan akak dan suami... dia telah menyelok beg sandang akak yang tertolak ke belakang...
Menyedari yang beg akak terasa seperti dibuka... akak menarik beg tersebut dan memeriksa samada ada barang yg hilang atau tidak... Dan... waktu itulah mereka semua beredar pergi...
Sampai di masjid.. baru perasan yang ada sedikit wang yang hilang bersama kunci bilik hotel... Dan en abang mencari2 telefon bimbitnya... dia kemudian teringat mungkin ditinggalkan dihotel...
Lalu kami pun melakukan ibadah seperti biasa....
Atas permintaan akak... akak mengajak en abang untuk naik ke tingkat atas masjid dan bergambar berlatar belakangkan Kaabah...
Pada hari2 terakhir ni...hati menjadi sebak...kerana sedar lusa kami akan meninggalkan Kota Suci ini...dan entah bila akan kembali sebagai tetamu agungNYA...
Hari itu juga si kecik dapat melepaskan kerinduannya pada makanan segera KFC... Bukan main seronok lagi dia dpt makan udang goreng KFC...sebab udangnya kasar2 tak macam udang KFC kat sini... celah gigi pun tak cukup...hehehe.
Sewaktu balik ke hotel malam tersebut.. barulah en abang tau bahawa telefonnya telah dicuri oleh wanita2 tersebut.... Namun kami redha... sudah ditakdirkan dan dalam hati kami berdoa supaya ianya digantikan dgn yang lebih baik...
Kami bersyukur kerana mengikut cerita ahli rombongan kami...ada juga yang kecurian hampir RM2000 lebih sewaktu perjalanan ke masjid di lorong yang sama. Maka oleh itu sesiapa yang ingin berjalan kaki ke Masjidil Haram kenalah berhati2.
Kami dijadualkan bertolak ke Madinah pada 12 hb Jun... selepas melakukan tawaf Wida' tengahari tersebut.
Setelah makan... kami ke masjid melakukan Tawaf Wida'
Ketika selesai segalanya...waktu melangkah keluar melalui pintu King Abdul Aziz... airmata yang ditahan sedari tadi gugur jua akhirnya...
Terasa hiba dan sedih ingin meninggalkan Kota Suci ini... sedih hiba meninggalkan Kaabah ... ntah bilalah dpt ke mari lagik... Moga Allah memanjangkan usia akak untuk menatap Kaabah lagi dlm masa2 yang terdekat ini. Sebelum keluar tu... akak berhenti di beberapa bekas air zam2...
Akak cakap kat si bongsu...'Nak minum air zam2 ni puas2...tak tau lagik bila dpt minum air zam2 sambil mata menatap Kaabah'
Pemandangan ini akan sentiasa dirindui...
Kami melangkah balik ke hotel untuk mengambil beg2 yang dah siap dikemas....
Sewaktu di dalam bas... hati jadi sayu... namun tetap teruja untuk melawat Masjidil Nabawi iaitu Masjid Rasulullah dan sudah terpandang2 Makam Baginda bagai menggamit akak ke sana...
Salah satu masjid yang kami lalui sewaktu dlm perjalanan ke Madinah
Rasa gembira tak dpt dibayangkan kerana tak terbayangkan bagaimana nanti sewaktu menziarah Baginda di Makam tersebut....
Okay... nanti akak sambung lagik ye... ada kerja yang hendak diselesaikan...Insyaa Allah
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
5 comments:
mmg bahayakan, ramai yg sedar2 duit atau barang berharga telah hilang..kene berhati2 disitu...
jemaah sama rombongandgn kami pun ada yg terkena nasib baik dia tersedar dia sempat menjerit apa lagi cepat2 pencuri tu lari..
tempat2 suci macam ni pun ada yng ambik kesempatan yer !
sblum kesana sy mcm pelik bila org cakap rindu nak pegi lagi..bila dh pegi baru tahu mcm mana perasaannya
bila tgk gambar kaabah pun terkenang2
In Shaa Allah dengan izinNya akan sampai ke sana lagi.
kfc dorg mcm ade bau2 kambing kan kak? kwn sy kemain tensi lg hahahah
sonoknyeeee
Post a Comment