Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, April 27, 2012

Pesanan Buat Anak-anak...

Assalamualaikum ... dan Salam Jumaat buat semua pengunjung...



Hari ini aku ingin berkongsi sesuatu yang aku dengar ketika menghadiri ceramah Peradaban Keluarga Islam di Masjid At-Taqwa baru-baru ni...


Selepas balik dari masjid selalunya aku akan menjadi ustazah... mentazkirah anak2...


Kebetulan si kecik dan Farhan tak dapat ikut sama ke masjid... jadi memang tanggungjawab seorang ibu menyampaikan apa yang aku dengar ketika di masjid tadi.


Selalunya kalau aku 'berceramah' ialah ketika bersantai dengan anak2 di ruang tamu... ketika di dalam kereta atau jika ada masa terluang...


Dan yang paling khusyuk mendengar bebelan aku ialah si kecik... mungkin agaknya jiwa dia masih belum dicemari dengan pengaruh yang melalaikan di sekelilingnya maka dia begitu senang menerima apa yang aku cakapkan...


Untuk Farhan rasanya aku kena mentazkirahkannya 2-3 kali...


Apa yang aku dengar dalam ceramah itu yang ingin sangat aku kongsikan bersama ialah pesanan Ustaz tersebut...


Ini merupakan sesuatu yang perlu dan wajib kita sampaikan kepada anak2 kita. Dan aku sentiasa mengingatkan anak2 ku...semoga mereka akan mengingati pesanku ini...


Ustaz berpesan... 


'Kepada ibu bapa... sila ambil perhatian... pesan pada anak2... seandainya mereka dapat mengadap kita tatkala  sedang nazak dan menghadapi sakaratul maut...


Minta anak2 membisikkan kalimah ke telinga kanan kita.... ucapkan syahadah... Asyhadu allah ila ha illallah... wa-asyhadu anna Muhammadur Rasulullah


Dan andainya ketika itu...kalimah itu terlalu panjang untuk kita menyebutnya... cukuplah hanya mengajarkan 
Asyhadu allah ila ha illallah... dan jika itu juga terlalu panjang untuk kita ketika itu... ajarkanlah hanya menyebut Allah...Allah...Allah berulangkali... dan seandainya... di saat itu... terlalu jelas kita tidak berdaya juga menyebutnya... ajarkanlah hanya sekadar... 'Hu..Hu...Hu...'  Itu sudah memadai... semoga ALLAH akan menerima syahadah kita...'


Semasa aku menceritakan pada si kecik apa yang aku dengar... dia menangis dan mula marah...


'Ibu ni...suka cakap pasal mati tau...'


'Mestilah...menyebut mati itu kan sunat... kan kita semua ni akan mati... abih kau ingat ibu ni nak menongkat langit... Aeez kena ingat... semua orang akan mati... ibu ni pun akan mati jugak...tapi tak tau bila...'


'Takpe...Aeez nak berdoa supaya ibu hidup sampai tua...'


'Kalau kau nak doakan umur ibu panjang... doakan supaya ibu sihat...sebab ibu takmo hidup nanti menyusahkan anak2... biarlah ibu mati sebelum ibu sakit teruk hingga bertahun2'


Itu cuma doa aku...permintaan ku pada Rabb ku... tapi segala galanya ALLAH yang menentukan...


Dan semoga ALLAH akan menghakhiri hidupku ini dengan kebaikan... dan dijauhkan hidup ini diakhiri dengan keburukan...


Oleh itu setiap kali selesai solat.. kita  hendaklah sentiasa berdoa semoga kita akan meninggalkan dunia ini dengan lafaz kalimah Agung itu...


Ameen....


Tatkala mengoogle  aku menemui  catatan ini...:



*Hu, Huwal haiyul qayum, artinya Zat Allah yang hidup dan berdiri sendirinya.
Kalimah HU ringkasnya dari kalimah Huwa, sebenarnya setiap kalimah Huwa, artinya Zat, misalnya
Qul Huwallahu Ahad., artinya Zat yang bersifat kesempurnaan yang dinamai Allah. Yang dimaksud kalimah HU itu menjadi berbunyi AH, artinya Zat.




“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”

Erinya: Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling  sempurna akalnya”.




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Unknown said...

Tazkirah yang baik di hari Jumaat ni kak. Terima kasih berkongsi info...:)

pB said...

mati ingat hari hari

tapi


bab amalan tu yg payah sikit

sama jer

tak ada nak bertambah



hu hu hu

Zaitun said...

Sama macam anak2 kak Zai walaupun dah besar2 kalau cakap pasal mati tak suka, kalau boleh biar mama diaorang hidup sampai bila2.

Irfa said...

tq krn berkongsi ;)
saay pun selalu cakap psl mati pd anak-anak dan anak2 akan cakap 'abang akan baca fatihah supaya kubur umie dan ayah ada lampu'

aNIe said...

Yus... sama2 Yus... apa yang akak tau Insyaallah akan dikongsi di sini...semoga kita sama2 dpt manfaatnya

---------------

PB... tulah... bak kata ustaz tu... masa dengar ceramah... rasa insaf hanya 1-2 hari... tapi lepas tu balik ke takuk lama... harap2 kita dpt memperbaiki diri menjadi lebih baik ...

aNIe said...

Kak Zai... anak2 ni bila mereka lebih dewasa... mereka akan rasa lebih rapat dengan kita... tu yang mereka mcm takmau kita meninggalkan mereka..

----------

Hehehe... pandai abang ye... semoga anak2 akan mengingati kita walaupun sudah bertahun kita meninggalkan mereka

Zareda Norman said...

ck hubby pun sll cakap.. Doalahbiar sihatsampai akhir hayat supaya kita boleh beramal dan buat ibadah.. Jangan doa panjang umur aje tapi klu sakit dan menyusahkan anak anak.. Payah juga

Yunus Badawi said...

Salam Kak Anie.

Satu amalan yg terpuji yg kakak amalkan iaitu berkongsi dgn keluarga apa yg kakak pelajari di masjid. Kalau ramai yg mengamalkan ini, insyaAllah akan lahir lebih banyak keluarga2 yg bertakwa.

Terima kasih juga kerana berkongsi dgn pembaca blog ini.

zino said...

tq for sharing

MOKCIK AZWA said...

perkongsian yang bermanfaat kak..azwa pun terfikir gak apa maksudnya "Hu..Hu.."..thanks for the info..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails