Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, August 27, 2013

Solat Hajat Anak2 utk UPSR...

Bismillahirahmanirohim...

Assalamualaikum...

Terasa macam sekejap kita dah hampir sampai ke penghujung Syawal...

Dan tak lama lagi si bongsu akak akan menghadapi peperiksaan UPSR...

Kelmarin... kami ibu bapa serta pelajar dijemput untuk menghadiri majlis Solat Hajat UPSR...dan sebagai selingan dan sebagai motivasi untuk anak2 dan juga ibu bapa... Ustaz Heryanto yang selalu kita dengar di IKIM FM dijemput berkongsi tips2 terakhir untuk anak2 dan ibubapa...

Sokong sangat apa yang Ustaz kata...'Anak2 kita berusaha... tapi yang menentukan keputusan itu adalah Yang Maha Esa'  

Kalau dah berusaha sebaik mungkin... tapi keputusan mengecewakan... jgnlah kita merasa sedih dan memarahi anak2 kerana keputusan mereka tidak memuaskan hati...

Yang penting kita tak berputus asa memohon pada Yang Esa agar anak2 kita sentiasa menjadi anak2 yang cemerlang di dunia dan di akhirat...kerana Allah lebih tau bila dan masa yang tepat untuk mengabulkan doa2 kita....

Ustaz berpesan... mulai dari sekarang ... beri anak2 makan makanan yang baik2... makanan2 sunnah Rasul s.a.w.... misalnya... Kurma... Kismis ...Badam dan lain2 makanan yang disunatkan.





Beri minum air Zam Zam...



Tapi jangan lupa setiap kali memakan makanan sunnah... berselawatlah ke atas Rasul kita... agar kita mendapat berkatnya.

Kalau boleh lakukanlah solat hajat setiap malam... doakanlah kejayaan anak2... dan jangan lupa untuk sahabat2nya juga...



Kelmarin si kecik ada memberitau akak...

'Ibu...cikgu ada bagitau... kalau masak nasi...semasa nasi hampir kering masukkan sedikit minyak zaiton dlm nasi ... bagus untuk otak.. tapi kena selawat atas Rasul...'

Hmm... tak terfikir langsung untuk berbuat begitu dulu...

Setelah selesai majlis... kami dijamu dengan pelbagai juadah...

Ada nasi minyak... ayam masak merah... ada daging masak kicap... jelatah... Satay... Laksa asam.. ada cendol... macam2 ada ... kuih pun pelbagai kuih... ada cream puff... cheese tart ... bee hoon... karipap sehingga kenyang makan malam tu... siap bawak balik utk mereka yang di rumah.

Alhamdulillah...semoga mereka yang menderma dan memberi sumbangan untuk majlis tersebut sentiasa diberkati dan dirahmati.

Semoga anak2 kita yang akan menduduki peperiksaan pada awal September ini akan dikurniakan tubuh badan yang sihat... hati yang lapang... serta minda yang cergas dan dapat menjawab soalan2 yang diberikan dengan tepat dan betul...

Aameen

*...gambar2 dari Yahoo Images...





...  

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

Irfa said...

HUHU..SAMA2 BERDEBAR LA KITA YE
TP ANAK SAYA NUN JAUH DI KAMPUNG
PESAN2 JELAH..SUH DIA JAGA KESIHATAN SEKALI,ELAK MINUM AIS TAKUT DEMAM HARI PEKSA ;)
SELEBIHNYA DOA PADA ALLAH

Anonymous said...

Kalau di ikutkan memang kesemua makanan yang di sebut di atas adalah makanan asasi anak saya di waktu pagi semasa sarapan sebelum ke sekolah. Alhamdulillah memamng sangat berkesan jika dibandingkan dengan penyakit Autism yang dia hidapi. Walaupun dia bukanlah yang terbaik diantara yang terbaik, tapi cukup memadailah jika dia berada didalam golongan yang terbaik.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga anak2 kita mendapat keputusan yang baik & cemerlang, kita sudah berusaha, Allah SWT jua yg menentukannnya. terima kasih Kak Anie atas petua2 yg diberikan tu..

sekadar satu coretan said...

selamat hari raya kak anie...si kecik ambik periksa ye tahun ni..semoga dipermudahkan segalanya..

aNIe said...

Irfa.. semoga dipermudahkan mereka menghadapi peperiksaan pada hari tersebut...dan betul kata irfa... selebihnya kerja ALLAH

aNIe said...

Anonymous... anak2 kita akan sentiasa menjadi anak2 yang terbaik utk kita... walau dlm apa jua keadaan

aNIe said...

Anak Seri pun ada yang menduduki peperiksaan jugak ke... Jom sama2 kita doakan mereka... semoga dipermudahkan

aNIe said...

Ain Noraini...aha...si bongsu akak ni ler yang tinggal bersekolah lagik...

Aameen... untuk doa tersebut

MOKCIK AZWA said...

Good luck Fareez...aminnn

KakNi said...

Salam ziarah. terima kasih berkongsi petua, nak try yang campur minyak zaitun ke dalam nasi tu.

NaniRostam said...

Assalamualaikum

Semuga Fareez berjaya score straight As. Berjaya dunia akhirat...amiiin

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails