Assalamualaikum sahabat tersayang...
Cerita di Cameron lagi....
Pagi Ahad... awal pagi dah cek out... terus bersarapan di gerai makan berdekatan...
Tak banyak makanan yang ada... cuma ada nasi lemak sahaja...
Walaupun tak selera ... makanlah juga nasi putih dengan sambal bilis...
Seperti yang telah dirancang... kami terus turun untuk mencari sayuran di Kea Farm,,'
Sayur kat sini murah... tapi peketnya kecil sedikit dari di pasar malam...
10 bungkus untuk RM 10.00... beli cendawan...asparagus... dan sayur sikit2...
Meneruskan perjalanan menuruni bukit... terus ke ladang teh Boh...
Sepanjang perjalanan ... kami menikmati pemandangan yang amat cantik... hijau ladang teh .... saujana mata memandang...
Jalan yang bengkang bengkok dan sempit menyukarkan perjalanan kerana sesekali bertembung dengan bas rombongan.... nyeri rasa di dada....sebab jalannya sempit...
Tapi pemandangan ladang teh yang memukau membuatkan perjalanan itu berbaloi...
Sampai je di puncak... sibuk mengambil gambar... walaupun sempot mendaki ku gagahkan juga....
Akhirnya selamat sampai di restoran Ombak Rindu...hehehe... sebab di sinilah pengambaran Filem Ombak Rindu mengambil tempat... babak antara Lisa Surihani dan Aaron Aziz...
Pekena air teh dan hot chocolate beserta kek dan mushroom sup sambil melepaskan lelah mendaki tadi...
Tak melepaskan peluang bergambar di sini... lepas tu terus menuruni bukit dan mencari sudut2 yang cantik untuk diabadikan
Dari ladang tersebut... perjalanan di teruskan ke Cameron Lavender...
Rasanya tempat ni baru saja dibina...
Hujan renyai2 membuatkan kami duduk saja dlm kereta pada mulanya... tapi tetap nak masuk juga kerana tak mau melepaskan peluang melihat bunga lavender yang cantik dari luar...
Bayaran dikenakan sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak2...
Cantiknya buah stroberi yang menanti untuk dipetik... merah mengiurkan...
Kreatif...
Di separuh pendakian... ada castle... comel je...tapi masih belum siap sepenuhnya... jadi kami bergambar je kat luar...
Selesai melihat2 di atas... penat menapak sampai ke atas...(sebenarnya separuh jalan je)... kami pun turun... dan mengambil gambar di patung2 Hello Kitty yang berbagai warna...
Akhir sekali... gambar di abadikan sebelum kembali ...
Percutian yang amat seronok bersama anak2...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
3 comments:
Bila baca n3 aNIe tertarik pulak kak Zai nak ke sana.
Kak Zai... pergi jgn tak pergi... hehehe... seronok jalan2 lebih2 lagik dgn orang tersayang
Yus ke Cameron cuti CNY yang lalu, masih tak berkesempatan up di blog pun kak Anie. Itu pertama kali jejak sana, mmg seronok sangat...:)
Post a Comment