Assalamualaikum
Salam Syawal buat semua sahabat blog...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...
Ampun dan Maaf dipinta seandainya pernah terkasar bahasa... tersilap kata... tersalah komen membuatkan yang empunya blog berkecil hati....
Aku memohon maaf... dan dengan setulus hati aku juga memaafkan jika ada kesilapan2 yang pernah kita lakukan....
Lebih seminggu dah kita berhari raya... dan dunia blog aku sunyi sepi....
Laptop yang aku bawa balik semasa beraya di kampung selama seminggu duduk je dalam beg dia...
Balik ke rumah pun laptop masih dalam beg...sehinggalah semalam si kecik yang keluarkan laptop dari begnya.
Tak banyak yang hendak diceritakan... cuma rasanya kali ini Syawal aku lebih bermakna... Alhamdulillah...
Cuma terkilan dihati ini kerana niat hati untuk berjaga di malam 1 Syawal tak kesampaian... aku terlalu letih hingga terlena hampir waktu subuh...
Semoga umurku dipanjangkan hingga ke Syawal tahun depan untuk menyambut Ramadan dan Syawal dgn lebih bermakna dari tahun ini...
Aku berada di kampung sehingga 4 Syawal... kemudian aku kembali ke Shah Alam kerana anak dara aku mula bekerja pada hari Khamis dan Jumaat...
Jom layan gambar2 yang diambil
Bilik Mertua yang cantik berhias mcm bilik pengantin...
Mil aku memang begitu cerewet ttg kebersihan tmpt tidurnya... memang katilnya sentiasa kemas dan cantik biarpun pada hari2 biasa....
Pagi2 lagi aku dan anak dara ku dah menyiapkan
segala bahan2 untuk dimasak tengahari nanti
Ibu mertua pula dari jam 11 pagi dah duduk mengisi lepat pulut kegemaran cik abang...
Sampai naik semut2 kakinya mengisi 3 kg pulut...
Selesai zohor... kerja2 masak memasak bermula... itik masak asam pedas
Daging masak kari...
Rendang angsa dalam proses....
Raya tahun ni... juadah di rumah mertua adalah rendang itik...angsa dan ayam belanda.
Anak2 bujangku di pagi raya....
Anak sulung ku bersama keluarga sampai lewat sedikit....
Si kecik Ziqri yang menjadi rebutan mak2 sedara...sehingga anak dara aku terpaksa
membawa dia masuk ke bilik agar cuma dia sorang je boleh kerjakan si comel ni...
Dah tak tahan kena gomol...
Leka menghisap jari...hehehe...
Seperti tahun2 biasa... aku balik ke rumah bapak setelah suamiku selesai bertugas di MITC...
Hari Raya kedua... aku dan cik abang sibuk ke majlis rumah terbuka...
Raya ketiga dia dah tak larat dah utk ke rumah terbuka... kami cuma berkunjung ke rumah adik2 ipar...
Raya keempat... kami kembali ke Shah Alam...
Bila balik je ke Shah Alam ... suasana raya dah tak macam kat Melaka... sunyi sepi... macam hari2 biasa je....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
15 comments:
selamat hari raya kakanie...maaf kalau ada terkasar bahasa..
saya pun beraya kat kg melaka jugak..lps tu baru blk kg asben perak..
Salam Syawal & Maaf Zahir Batin Kak Anie..
itik masak asam pedas..?? woaah best tu.. mmg la beraya kat kl tak semeriah di kampung kan..
assalam anie..selamat hari raya..maaf zahir dan batin..
seronok beraya ngan cucu ye anie
Salam Lebaran Ain... bermaafan kita bersama ye....
Akak kedua2 mertua dan bapa org Melaka...jadi memang beraya di Melaka je...
Salam Syawal Mulan...kali ni itik tu lembut...sedap.. Berulang kali makan pun tak jemu...
Salam Kak erna... SELAMAT HARI RAYA.. bermaafan kita bersama ye.. memang seronok beraya dgn si kecik tu...tapi 2 hari raya dia dah balik ke Kuching
seronokkan Kak Anie, di hari2 macam nilah kita dapat berkumpul bersama keluarga dan saudara mara pakai baju lawa2 masing2, hehe
salam kak anie..
selamat hari raya,maaf zahir dan batin..wowmeriahnye akak..bestnye..:)
itik asam pedas
wah first time baca nie
Betul tu sari...seronok berjumpa sanak saudara dekat dan jauh..masing2 berposing.sakan
Waalaikum salam...memang.meriah sbb keluar suami akak besar...maaf bermaaf kita bersama ye
Pb..biasalah org melaka semua nak diasampedaskan...hehehe
itik masak asam pedas ke kak? Lauk2 akak di pagi raya mmg spesel lah, rendang angsa? Wow!!!
Tema biru ya kak tahun ni? Sama kita.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Anie, maaf Zahir dan batin.
Salam Yus... orang melaka memang suka segala2 yang masak asam pedas..memang spesel..hehehe...
Selamat Hari Raya buat Yus juga...
Selamat hari raya kak anie...Gambar2 yg kak anie upload ni memang menghiburkan saya, masakan2 tu memang menyelerakan...
Post a Comment