Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, July 27, 2012

Tamakan Pahala di Bulan Ramadan...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum....Salam Ramadan buat semua pengunjung blog...

Alhamdulillah... hari ni dah seminggu kita berpuasa... semoga kita diberikan kesihatan yang baik oleh ALLAH Subhanawata'ala sehingga akhir Ramadan agar dpt menjalani ibadah ini sebaik mungkin....


Seperti yang kita ketahui... Ramadan bulan mulia penuh berkat... terlalu banyak ganjaran yang diberi ALLAH untuk mereka yang 'tamakkan' pahala di bulan ini...


Terlalu banyak... 


Jadi bagi mereka yang berkemampuan dan  ingin meraih pahala di bulan ini... dengan menderma dan memberi makan pada mereka yang memerlukan bolehlah ke website di bawah ini untuk menyumbang sedikit  dari apa yang kita ada untuk mereka.... semoga apa yang kita lakukan diterima olehNYA...


www.iam.org.my



dan

www.islamic-relief.org.my



 atau

http://www.amanpalestin.net/



Bagi mereka yang masih muda... dan berkemampuan...ayuh kita infaqkan sedikit dari apa yang kita ada untuk mereka yang memerlukan...

Aku ingin berkongsi apa perasaan aku ketika ini....

Jangan jadi seperti aku... mungkin belum terlewat untuk aku melakukan semua itu... tetapi di dalam hati... hanya ALLAH yang tau...betapa saban hari... aku menangis... meratap.. menyesali... pemergian Ramadan Ramadan yang lepas... tidak banyak yang dapat aku lakukan... terlalu sedikit yg dapat aku berikan ... rasanya boleh dibilang dgn jari....

Setiap hari aku menangis... memohon ampun kepada Ilahi... kerana usia dan Ramadan yang aku bazirkan bertahun-tahun lamanya... dan aku sentiasa memohon semoga usiaku dipanjangkan untuk Ramadan yang akan datang... dan dimurahkan rezekiku agar aku diberi peluang untuk membayar segala 'hutangku' di masa2 yang lepas...

Namun begitu... aku masih bersyukur kerana diberi peluang dan rezeki ... sebelum aku menutup mata....

Jadi... bagi sahabat2 ku... gunakanlah kesempatan ini untuk meraih pahala sebanyak mungkin... kerana kita tidak akan jatuh miskin dengan memberi sedikit apa yang kita ada... itu janji ALLAH....





...




Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Anie..

terima kasih atas ingatanmu itu, kak.

aNIe said...

Waalaikumsalam sari...saling mengingati utk merebut.peluang yg ada agar tidak terlewat

secangkir madu merah said...

bulan ramadhan bulan penuh barakah... kpd yg berada ingat2lah kpd yg kurang berada... tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri.. semoga segala amalan kita dibulan mulia ini mendapt keberkatanNya...

sal said...

Assalamualaikum kak..
terima kasih atas ingatan itu..
Memang sentiasa berdoa moga di kesepatan melalui bulan yg mulia, berpeluanglah kita menambah amal untuk mencari keredhaanNya..amin..

makchaq said...

Berlumba2 lah kita merebut ganjaran yg dijanjikan...bersedekahlah apa yg termampu oleh kita kerana ganjarannya berlipat ganda..

Makchaq tahun ni bertekad nak pi sembahyang terawih berjemaah dengan harapan dpt sembahyang penuh ( kot2 la mono..) alih2 semalam dah siap bertelekong nak keluar rumah, tiba2 kaki terpeleot... langsung tak boleh jalan.. belum ada rezeki nampaknya..

aNIe said...

Salam Smm....semoga ibadah.kita diberkati...ameen

aNIe said...

Salam sal...semoga segala amaln kita diterima Allah...

aNIe said...

Makchaq...kita.merancang Allah Yg menentukan

Unknown said...

=)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails