Pagi seawal 6 pagi... 'morning call' telah dibunyikan...terus bangun...mandi dan bersiap2....
Di keheningan subuh itu... aku terus ke beranda untuk melihat pemandangan yang kami terlepas semalam....
Memang cantik...udara segar yang sejuk membuatkan hotel di sana tak perlu pendingin udara.... cantik...Alhamdulillah... akhirnya dpt juga aku melihat salah satu pemandangan indah yang dikategorikan antara yang tercantik di Asia Tenggara...
Selesai bersiap... aku mengerah anak2 supaya segera bersiap... bila kita berjalan dlm rombongan aku tak suka menjadi orang yang terakhir dan ditunggu2 oleh mereka yang lain...
Turun dari hotel... kami bersarapan. Kemudian terus ke bas yg tersedia... sementara menanti mereka yang lain2 selesai... kami mengambil foto di hadapan hotel....
Anak2 aku yang sempoi aje... tak melepaskan peluang bergambar di kedinginan pagi di hadapan hotel Niagara....
Bersedia untuk menaiki feri...
Semasa di atas feri untuk ke Pulau Samosir kami dihiburkan dengan lagu2 Batak yang disampaikan oleh anak2 Batak Toba ini... seperti kata Pak Herman... suara mereka memang kuat... tak payah pakai mikrofon dan lantang keluarnya... mereka memang telah dari kecil pandai menyanyi dan bemain alat musik.
Terhibur dan seronok melihat telatah yang paling kecil tu membuatkan kami tak sedar berapa minit perjalanan ke Pulau Samosir yang terletak di tengah2 Tasik Toba....
Dari jauh memang kelihatan Pulau Samosir dan keindahan tasik tersebut...
Sampai di Pulau Samosir... kami turun di Kampong Tomok... dan kami di sana kami diberi penerangan ttg sejarah nama dan tentang keturunan Raja Batak yang menghuni pulau itu dahulu....
Tak banyak membeli sini... cuma kami melihat kedai2 yang berderetan menjual pelbagai cenderahati... kemudian bergambar... bergambar itu perkara MESTI...sebab mungkin ini sahaja peluang kami ke sana... kalau nak dtg ke Medan sekali pun... mungkin tak akan ke sini lagi...
Setelah dibawa untuk makan tengahari di sebuah Restoran Padang yang memang enak masakannya... dan menunaikan solat zohor... kami mula menuruni gunung untuk ke air terjun tersebut
Dan seperti biasa... sepanjang perjalanan aku mengambil gambar pemandangan yang begitu cantik dari atas bas...
Kelihatan orang2 batak Toba ini memelihara ikan dalam sangkar di tepi2 tasik tersebut...
Kerana perjalanan yang panjang... kami singgah minum teh halia di sebuah restoran di Simarjarunjung suasana ketika itu gerimis... dan kabus yang tebal membuatkan kami terasa berada di Cameron...(kata Ude...sebab aku tak pernah lagi ke Cameron Highland)
Kemudian perjalanan diteruskan untuk ke Air Terjun Sipisopiso...
Sampai di sana dah hampir petang....
Kami cuma mengambil gambar dari atas... bagi yang rajin boleh turun sampai ke bawah untuk menikmati pemandangan yang cantik di sana....
Banyak juga gambar yang kami ambil di sini kerana memang cantik... dari sini kelihatan Tasik Toba dari sudut yang indah...
Selesai bergambar... kami pun menuruni gunung untuk ke Brastagi....
Bersambung....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
18 comments:
seronoknya jalan2... permandangan sana pun cantik... beruntungnya dh pernah sampai sana...
wahh bestnya kak anie gi jalan2 kat sana..saya takpernah sampai lagi tau...tumpang tengok gambar jer laa..
tak leh jadi nie kak ani...
Medan dah sampai, tapi Cameron belum lagiii ....
cantiknyaaa...
kat sana pakai rupiah ke dollar kak?
Dila... memang dah lama nak pergi...selalu dgr orang cerita pasal Tasik Toba je... dpt juga tgk... Alhamdulillah...
-----------------
ainnoraini...akak pun dulu tgk je gambar orang... dlm hati teringin sangat nak pergi...akhirnya tercapai jua
PB...tulah pasal... masa akak ajak cik abang pergi Cameron dia kata...bukan ada apa2 kat sana pun...heheheh...geram
----------
Ati...pemandangan memang cantik sepanjang perjalanan turun... masa naik tu tak nampak...
Diorang guna rupiah...
ahahahaa tergelak pulak baca nama kampung tomok =P
bila le dapat jejak kaki kat sana eh?
Bercuti ke sana baru2 ni ye. Seronok kalau dpt bercuti selalu hihi
Lepas ni ke cameron pulak.. Hehe
Memang cantik....kagum!
Munna... menurut kata Pak Herman...Kg tersebut diberi nama Tomok kerana dulu perkampungan itu diduduki oleh orang2 yang gemok2...hehehe
-----------------
Nieda... pertama kali percutian keluarga bersama2 luar dari Malaysia
Zar... dah plan dengan anak2 nak pergi Cameron nanti... sebab kalau tunggu cik abang tu memang ler kita tak sampai ke sana...
----------------
ckLah... memang akak suka tengok pemandangan di sana... cantik...
Assalamualaikum kak anie...
cantiknya pemandangan......saya dah ke Medan tapi tak sampai pun ke sana....rasa rugi pulak tak pergi ...
Walaikumsalam... masa adik2 ipar pergi sebelum akak...ada yg cakap kat akak... kalau mabok tak payah ler pergi Tasik Toba...tapi akak cakap kat dia... akak nak pergi Medan sebab nak tgk Tasik Toba lah...
Tulah rugi tak pergi tau...takpe... len kali kalau ade rezeki bolehlah pergi lagik...
salam kak anie...
cantiknya kak..SubhanaAllah, memang cantik.
Teringin nak pergi sini juga...
Belum pernah ada dalam plan untuk ke Medan...insyallah...satu hari kalau ada peluang...
Jalan sakan2 lah awak tu, kita ni asyik tak ada cuti je macamana nak pergi luar negara, yang sempat Singapore jelah.
Assalamualaikum
Tuan dan Puan Jika Berniat Cuti ke Medan Bolehlah hubungi Travel kami Grand Hijrah Haramain Travel(Travel Halalan Toyyiban) No telp 083197255464 atau email usahamaju92@gmail.com
Tambang Murah
Post a Comment