Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, January 15, 2012

Brastagi Syurga Buah....

...sambungan perjalanan di Medan...

Sepanjang perjalanan turun... mata tak lepas dari melihat keindahan Tasik yang semakin lama semakin jauh...

Menuruni gunung menuju Brastagi... kelihatan di kiri kanan jalan yang sempit itu... kebun2 sayur yang diusahakan oleh petani tempatan.

Terlihat sayur2 yang begitu segar..tomato... lobak merah... salad... kobis... tomato ceri... pokok kopi dan macam2 lagi... memang subur sungguh tanah di sana...

Semasa kami sampai di Brastagi... hari sudah petang.  Kami turun dan menyusuri kedai2 yang menjual pelbagai jenis buah... pendek kata macam2 ade kat sana....




Suka sangat tengok macam2 buah yang ada... tengok tu...banyaknya Avocado... tapi aku tak beli pun... Cik abang aku cuma beli buah Kasemak... kat sini kita panggil pisang kaki... 



Ada yang jual bunny jugak... suka tengok arnab yg banyak tu...geram...rasa nak pegang je...



Berhenti sekejap makan jagung bakar...selain kedai2 yang menjual buah dan sayuran... di sini juga ada di sediakan kuda2 untuk di tunggang oleh pelancong... si kecik merengek2 untuk mencuba tapi tak dibenarkan oleh ayahnya...



Gambar dari google image...

Dari pasar buah kami dibawa ke hotel berdekatan untuk makan malam....

Selesai makan...aku rasa tentu perjalanan akan menjadi lebih selesa...tapi sangkaan aku tidak betul... sebaik sahaja menaiki bas semula ..Pak Herman terus memberiahu bahawa perjalanan akan diteruskan ke Kota Medan sejauh 63 km...lebih kurang lebih dari 1 jam perjalanan.  Walaupun dekat... namun masa yang diambil akan lebih lama disebabkan keadaan jalan yang seperti ular kena palu.

Memang benar katanya... tak sampai separuh perjalanan kepala aku dah mula pusing...selekoh2 tajam yang dilalui membuatkan tekak menjadi mual.  Ude yang duduk dibelakang aku terus menelan pil untuk menghindarkan rasa mabuk... manakala aku pula cuba melelapkan mata untuk tidur....

Selang beberpa lama... bila mata dibuka... bas kami telah pun berada ditengah2 kesibukan Kota Medan...

Kami terus di bawa ke hotel untuk berehat di hotel Madani.  Cantik hotel ni....

Aku dan anak2 terus merebahkan diri sebaik sampai di bilik.

Keesokan hari... iaitu hari Ahad... kami difahamkan akan dibawa untuk membeli belah...

Jadi... malam tu adalah masa untuk merehatkan badan sahaja...



...bersambung....


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Zareda Norman said...

Segar segar buah buahkat sana ye... Macam cameron juga...

Mulan said...

betoooolll... geram dgn buah kat sana esp avocado... sbb kat area tanah tnggi kot, buah2 cantik & segar je..

sharifah rosidah said...

Patut lah kat sana orang suka minum air alpukat sebab senang nak dapat kalau kat malaysia ni avocado cuma boleh dibeli di pasaraya je.

aNIe said...

Zar...memang geram tgk buah2 kat sana... rasa nak beli semua...sayur2 pun mcm tu jugak...

--------------

Mulan...mungkin sebab kat tanah tinggi...cuaca sejuk buah dia nampak segar...

aNIe said...

Shidah...tulah...air alpokat macam air jus biasa je... sebab banyak kat sana...besar2 pulak tu kan?

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Geramkan tengok buah2 tu... tapi bila kira2 balik, mahal lagi buah di Medan dari di Giant, hehe.. cuma buahnya segar..

aNIe said...

Sari Yusa... akak rasa pisang kaki tu murah kat sana kot... avocado pun murah... kalau yang lain Giant lagik murah kot..hehhe

dalila said...

buah-buahan segar

aNIe said...

Dila...geram tengok...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails