Malam ini... cik abang aku sedang berada di sebuah hotel...
Untuk menerima Anugerah Khidmat Cemerlang ....
Tahniah buat cik abang...
Semoga dengan anugerah yang diterima itu akan menjadi pembakar semangat untuk cik abang berkerja lebih gigih dan dedikasi....
Sebagai isteri... aku kenal siapa suamiku...
Cik abang memang 'workhoholic'...baginya kerja adalah amanah ALLAH yang wajib dilaksanakan...
Maka dia bekerja bersungguh2 kerana katanya dia tak mau membawa rezeki yang tidak berkat untuk anak dan isterinya.
Sejak berkahwin dengannya aku mengenali cik abang sebagai seorang yang amat tekun bekerja...
Baginya kerja yang boleh dibereskan segera akan dibuat cepat...dia tidak mau kerjanya bertindan...
Katanya kerja yang bertangguh takkan menjadi...
Mendapat anugerah tersebut adalah sebagai bonus ... kerana aku tau dia bekerja bukan untuk itu semua...
TAHNIAH sekali lagi buat cik abang....
Aku beserta anak-anak sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kejayaannya...serta segala apa yang dilakukan diberkati ALLAH...
Semoga kakitangannya... orang2 bawahan yang tidak suka dengan cara dia bekerja (cik abang aku bukan jenis pekerja 9 am - 5 pm ...hampir tiap hari dia menghabiskan lebih 12 jam berada di pejabat membereskan kerjanya...dan dia akan datang ke pejabat pada Sabtu dan Ahad jika perlu ) akan dapat menyesuaikan diri dengannya.
Sikapnya yang tegas di pejabat adalah untuk memastikan segala tugasan yang diberi akan dilaksanakan sebaik mungkin...
Biarpun tegas di pejabat... tapi di luar dia adalah seorang sahabat bagi kakitangannya ... barangsiapa yang mengenali dia secara dekat akan kenal hatibudinya....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
17 comments:
Salam,
Bila baca coretan n3 ni, auntie teringat masa auntie kerja dulu, memang auntie sentiasa kerja lebih masa...
Allah SWT memang beri ganjaran bila kerja dgn ikhlas.
Tahniah buat cik abang anie.
pengahagaan dari isteri dan keluarga lagi besar maknanya.
Kak Marina...tulah... kadang jam 12.00 malam pun big boss panggil sebab ada perkara nak bincang... terpaksalah pergi jugak biarpun badan dah letih... hehehe...
Semoga ALLAH memberkati segala yg dilakukan oleh mereka yang ikhlas bekerja..
-------------
Terima kasih kak...semoga dia akan lebih berjaya dlm apa jua yang dilakukan...
Tahniah buat abang anie...semoga doa dan harapan di makbulkan.
Tahniah buat suami akak dan tahniah juga buat akak.
Selalu orang kata, di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya yang kuat menyokong. Akaklah tu kan..:)
kak anie
tahniah buat akak anie dan suami... Di sebalik kejayaan seorang suami, pasti ada isteri yang menyokongnya daripada belakang...
Tahniah buat suami ak anie...
Terima kasih kak zai... bagi anie apa yang penting ialah org yang berprasangka buruk padanya akan terhakis segala rasa iri dihati...itu aje... kerana manusia ni rambut sama hitam...tapi hati lain2...
-------------------
Yus...betul tu... dulu mula2 kahwin...makan hati jugak... tgk dia bekerja sepanjang masa...tapi lama2 akak dah boleh erima... kerana itulah dia yg sebenarnya... tak boleh nak ubah...lagipun niat dia baik
Zar...terima kasih... bukan senang untuk menjadi akak... memang terpaksa mengorbankan berbagai2 perasaan... yang lama2 jadi biasa dah... alhamdulillah
--------------
ainnoraini... terima kasih
Salam aNie,
Tahniah untuk suami
Pernah melaluinya 2010..
Tahniah Kak Anie..kalau bukan kerana punya seorang isteri seperti akak, susah juga bagi seorang suami untuk berjaya dan menjadi cemerlang di pejabat.. tahniah!
tahniah. Suka mendengar segala penat lelah mendapat pengiktirafan..
tahniah utk akak sekeluarga, hehe :)
Rozila...terima kasih...semoga anugerah itu menambahkan semangat cik abang utk terus bekerja dgn ikhlas...
------------------
Mokcik...terima kasih ... bukan mudah untuk membahagikan masa dgn keluarga dan kerja yg bertimbun jika keluarga tidak memahami...
Kak Pah...terima kasih..rasanya hilang juga sebahagian penat lelah bila mendapat penghargaan spt itu...
--------
Nano2 ... terima kasih...
Anie, kita pun tumpang gembira, kita ucapkan tahniah buat Encik Sharabudin diatas kurniaan pingat tersebut.
Shidah...terima kasih...hehehe...
Post a Comment