Rasanya dah hampir seminggu aku dah tak berleter dengan dia lagik... aku takmo dia merasa tertekan di saat2 akhir untuk memasuk dewan peperiksaan.
Bagi aku inilah peperiksaan yang akan menentukan halatuju hidupnya nanti... dan tangga pertamanya untuk ke gerbang institusi pengajian tinggi...
Dan disebabkan itulah maka aku tak habis2 berdoa untuknya ...
Hujung minggu ini...cik abang balik ke Shah Alam untuk menghabiskan masa bersama kami.
Walau bagaimanapun kami tak ke mana2... kerana cik abang banyak berehat kerana keletihan...
Jadi semalam... aku mengajak cik abang keluar makan bersama anak2...
Tujuan utama ialah untuk menghabiskan masa yang ada bersama kami... dan kedua ialah untuk membawa Farhan keluar dan menghilangkan sedikit rasa tegang sebelum ke dewan peperiksaan esok...
Restoran pilihan kami ialah ....
Restoran pilihan anak2... sebab rasanya dah berbulan-bulan kami tidak makan pizza...
Kalau diberi aku yang memilih... aku suka ayam panggang Pak Kenny...eheheh...
Selepas makan...kami tak ke mana2... terus aje balik rumah supaya kami boleh merehatkan badan untuk menghadapi hari esok...
Hari ini...selesai satu kertas SPM untuk Farhan...
Masih ada beberapa hari lagi sehingga hujung bulan ini untuk dia melalui hari2 yang mendebarkan ini...
Bukan dia saja yang berdebarkan ...tapi ibu dia juga...
Apa-apapun...doa ku sentiasa untuk dia... dan juga pada anak2 kawan2 blog dan juga pembaca2 yang sama menghadapinya akan mendapat kejayaan cemerlang...
Best of luck untuk semua....
Semoga ALLAH memberkati usaha kamu semua....dan beroleh kejayaan yang diimpikan...
Ameen....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
10 comments:
selamat berjaya utk anak akak tu... moga dapat keputusan yg cemerlang la ye a ~
Sekarang exam memang men'stress'kan
dulu tak pun ....
Manje...terima kasih...semoga segala doa yang baik2 akan diperkenankan ALLAH...ameen
--------------
PB...bukan anak2 je stress kan... maknya lagi stress
semuga mereka dapat menjawab dengan cemerlang..
Good luck buat anak aNIe,insyaAllah dia boleh menjawab dengan cemerlang.
all the best farhan...!!!
Anie anak ambik periksa kita yang dup dap dup dap, risau sampai buat kerja semua tak kena maklumlah anak bongsu kita ni tak macam 2 orang anak kita yang lepas tu yang ni manja sangat belum apa2 lagi abah nya dah bagi apa yang dia hendak kita pening kepala dibuatnya.
all the best farhan.. insyaAllah..
Kak Pah...terima kasih... semoga segala doa akan termakbul...ameen.
--------------
Kak Zai...terima kasih... semoga dipermudahkan dia semasa di dewan peperiksaan...
Shidah... samalah dengan anak kita ni.... tak macam yang sulong & Ude... terlebih bagi muka sikit dia ni... macam2 ada masa remaja ni...
Shidah...dup dap dup dap kita sampai ke hujung bulan ni lah...heheheh
----------------
Zar...terima kasih...semoga diperkenankan doa yang baik2...
Post a Comment