Kalau dulu... memang banyak jugak telenovela Filipina ditayangkan di TV3.. tapi sekarang rasanya dah kurang.
Aku masih ingat lagi... telenovela yang pertama kali membuat aku melekat menonton drama-drama dari Filipina ialah Pangako Sayo...
Kemudian Sanay Wala Nang Wakas.... masa tu... Jerricho Rosales dan Kristine Hermosa menjadi kegilaan.
Bila drama tersebut habis... aku dan anak aku Ude sanggup pergi cari dvd cerita-cerita Filipina yang dilakonkan oleh pelakon terkenal itu. Apa juga dvd yang diiklankan di TV aku pegi beli... giler kan?
Tapi anak Ude 'jatuh cintan' dengan pelakon hensem Diether Ocampo...
Selepas tu... lama sungguh aku tak menonton telenovela Filipina sehinggalah TV3 mula menayangkan semula drama Filipina di waktu tengahari iaitu 'Last Sentnel Lobo' lakonan Piolo Pascual & Angel Locsin...
Bila dah mula menonton drama-drama bersiri ni... memang sukar untuk ditinggalkan... hari2 aku akan terus menanti sambungan dari drama tersebut.
Sekarang ni... aku dah melekat dengan drama Filipina ' Stairway to Heaven' lakonan Dingdong Dantes (Cholo) dan Rhian Ramos (Jodi/Jenna)
Menurut kata orang... drama ini adalah diadaptasikan dari drama Korea ... tapi aku tak tengok pulak drama tersebut...
Jodie and Cholo grew up together. They were always there for each
other. Tragedy begins when Cholo begins his studies overseas without
Jodi. Jodi's father remarries Maita, who takes in her two children,
Tristan and Eunice, from a previous marriage with Dindo . Eunice is
envious of the life that Jodi leads and is determined to take
everything away from her, including Cholo. Tristan begins to develop
feelings for his stepsister, however Jodi still loves Cholo.
Five years later, tragedy occurs when Jodi gets into a car accident
causing her to lose her memory. Together with Tristan, they start a
new. Cholo is led to believe that Jodi is dead, and Jodi is named as
Jenna. So he came to a time when he was engaged to Eunice. However,
when they meet again one day, he is determined to remind her of the
love they had for one another.
Watak Utama dalam Stairway to Heaven Jodi & Cholo...
Rhian Ramos... (Jodi/Jenna)
Dingdong Dantes...
Pada mereka yang meminati drama-drama Filipina... pasti drama ini dapat mengubati kerinduan anda pada drama-drama yang penuh dengan konflik dan watak2 yang begitu menyakinkan... sebab pelakon2 mereka berjaya membawa watak2 yang diberikan dengan begitu baik sekali....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
8 comments:
anie..drama korea nya tu dah 3..4 kali akak tengok..setiap kali keluar tv..akak tak miss..tapi yang filipina ni..tak dapat la tengok..waktu siaran tak sesuai..he he..
Kak Anie, saya ingat yg Korea tu, saya dah tgk yang Korea punya... Filipino ni tak boleh lah pula..masanya mmg tak sesuai dgn saya..
yang korea pernah tgk.. yg ni blm..
ALL IN ONE
salam..lama tak menengok citer bersiri yang panjangnya berdepa2 cam nih ehehe..dulu selalu gak tengok korean movies
Memang tka nengok la jawabnya...bukan tak nak tengok...tapi memang tak bleh tengok...
sebab rumah mokcik tak dak tv hehehe
enjoy kak..have a nice day
Salam aNie,
Memang betul, dama bersiri ni jangan dimulakan, kalau dah mula, tak boleh tinggal daaa...
Kak Yan sekarang ni cuma dok follow drama Melayu je...terutama drama TV3 pukul 6.30 ptg tuh. Kalau malam pulak, Kak Yan follow cerita Ahmad Durah.
Dah lama dah tinggal cerita Filipina ni...he...he...dulu-dulu...berhantu!!!Drama Korea je Kak Yan tak pernah follow..Last year terfollow cerita Cina, The Little Nyonya...haaa sedap ceritanya.
Kak... anie ni dah dok rumah...habis kerja apa lagi mengadap ler apa yang patut...hehehe...
---------------
Azzah... yang bekerja ni memang tak berkesempatan untuk menontonnya... sebab waktu tayangan tengahari...
-------------------
Nur... dulu ada kawan suruh akak tengok yang korea..tapi tayangan waktu malam memang tak dpt nak tengok sebab malam selalunya tgk drama...hehehe
-------------------
Arsaili...kalau tengok nanti jadi ketagih... tak jadi kerja dibuatnya...
---------------
Mokcik... hehehe...selamat sebab tak terjebak..hahaha
---------------
Kak Yan anie dah lama tak tgk drama hari Jumaat tu...sebab sibuk selalu...nanti nak tengok online lah...mesti best kan...
Post a Comment