Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, October 12, 2010

Majlis Perkahwinan Anak Sedara 9 - 10/10/10

Hujung minggu lepas... aku balik Melaka...

Sebab anak sedara bernikah...

Kalau anak sedara perempuan yang bernikah... memang penat... berhari2 penatnya... bermula dari malam berinai kecil...berinai besar... langsung & bertandang.

Adik ipar tu cuma upah orang memasak... tak guna catering... jadi majlis tersebut berlangsung dengan kerjasama dan gotong royong adik beradik serta anak2 sedara suami.



Biarpun penat... mereka yang menolong merasa hilang segala penat lelah setelah berpoco2 dan berkaraoke setelah habis selesai majlis pada hari Sabtu tersebut.

 Si kecik aku yang membawa bunga manggar...

 Anak2 sedara yang menjadi pengiring pengantin...

 Persembahan silat....

Anak sedara sdg menyanyi lagu dangdut...

 Anak2 sedara dan mak dara yang brpoco2 lepas majlis...

 Pelamin yang serba merah...

Kek juga merah putih...

Hari Ahad... adalah hari menghantar pengantin perempuan bertandang ke majlis di rumah lelaki.

Pengantin lelakinya orang Melaka juga... jadi taklah jauh nak memandu.

Kalau majlis rumah perempuan temanya merah putih... di rumah lelaki pula ialah hitam putih... cantik sangat gabungan warna tersebut...



Segala majlis berlangsung dengan lancar... alhamdulillah cuaca pun elok... tak hujan... jadi ramai tetamu yang datang...

Sepatutnya aku balik ke Shah Alam pada malam hari Ahad selepas majlis bertandang tapi disebabkan kesesakan dan lebuhraya di Simpang Empat ditutup akibat dari kemalangan ngeri yang berlaku kelmarin.... maka cik abang suruh aku berpatah balik bila aku membuat keputusan untuk mengikut jalan lama...dah malam katanya... jalan jauh... dan aku cuma dengan anak2 aje... sebab Ude naik kereta lain...

Bila aku berpatah balik... aku mintak cik abang berjanji bawa aku dan anak2 pergi makan Asam Pedas di Taman Kota Laksamana...

Keesokan harinya aku bertolak dari rumah mertua jam 9 pagi... janji nak pulang awal... tapi itu cuma cakap aku je...

Keluar dari rumah MIL terus ke Mee Goreng yang femes di Tengkera tu..

Kami pergi berenam.. aku, Munir & tunangnya... Ude.. Farhan dan Fareez... tapi makan 8 pinggan mee... 2 pinggan nasi lemak... telur mata kerbau... 10 biji... bersusun pinggan kami di meja yang kecik tu...malu weiii!!!

Dari warung mee goreng kami ke rumah ipar untuk bertemu dengan MIL yang bermalam di sana... kata nak singgah sebentar je... tapi bila dah jumpa...masa terus berlalu... dari rumah adik ipar aku singgah rumah bapak...menjengah bapak & makcik...

Dan dari sana aku terus memandu hingga hentian R & R USJ dan lena sekejap di sana... mata dah tak tahan... ngantuk giler...

Sampai rumah jam 2 lebih...terus boooom.... tidur... penat...

Semasa di Melaka ... aku beli ni...




Konon2 nak menjahit cross stitch...tapi ntah bila nak mula pun tak tau...









...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

sekadar satu coretan said...

salam kak anie..
meriahnye...serba merah...
saye pun bulan nov & dec ade kenduri..ade 3 org anak sedara nak melangsungkan perkahwinan...

pB said...

salam Kak Anie

pB ada gak projek cross stich yang tak siap siap dari tahun 1997.
Kain tu pun dah naik kaler kuning..

alahaiiiiiii

Unknown said...

Cantik lah warna tema merah+putih, hitam + putih pun cantik..terselah keayuan pengantin..

MOKCIK AZWA said...

tema yang sungguh menarik...especially black n white..jarang orang buat. Selamat pengantin baru pada mempelai yg sama cantik sama padan.

amboi bukan main lagi berpoco2...yer la hilangkan penat lebih kenduri kan hehehe...bagusnya semua penari sporting2 belaka hehehe

AuntieYan said...

Salam aNie,

Tahniah dapat sorang lagi anak sedara. Lawa pengantinnya, macam pasangan angksawan jugak, bak pinang di belah dua!!

Kak Anie said...

ainnoraini...anak2 pada adik ipar ni kalau buat majlis memang meriah...sebab ada pak sedara & mak sedara yang sporting...dan sentiasa ceria...

Majlis akak insyaallah bulan Januari nanti...

--------------------

PB... akak pun banyak projek yang terbengkalai dalam simpanan memang warna kain dah kuning dah pun...

-------------------

Yus... yang hitam putih tu memang cantik... akak berkenan...menarik

------------------

Mokcik... pengatin tu memang cantik...sama padan...temanya pun sesuai..

Yang berpoco2 tu semua anak2 sedara & mak sedara je... takde orang luar... sebab majlis dah abis... tu yang seronok tu... penat pun masih menghayun langkah...

-------------------

Kak Yan... anak sedara tu adik beradik perempuannya memang cantik2...lepas bernikah ni dah nak terbang ke ostolia... sebab suaminya ambil master kat sana...

PINATBATE said...

Cantik sama padan pengantinnya..
selamat bercross titch kak ani..lps ni kalau lama tak nampak kak Ani berblog atau berfb..tau lah saya kak ani tgh buat apa..ekeke..

Mulan said...

busy betol kak anie... lepas ni relax sikit kot.. kalu tak tiap ujung minggu takde kat kl... hehee..

Kak Anie said...

Pinatbate... ni sambil2 depan laptop...sambil menjahit... sikit2 lama2 abis ler...hehehe

-----------------------

Mulan... esok kena balik Melaka semula... mertua masuk sepital...

Anonymous said...

poco ni copy line dancing ...

NaniRostam said...

Salam.Cantiknya anak sedara...sweet macam mak sedara jugak....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails