Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, October 19, 2010

Jalan-Jalan... Makan-makan Hujung Minggu..di Melaka ...

Jumaat lepas... aku balik Melaka lagi...

Lagi ye... sebab dah 6 minggu berturut2 sejak Hari Raya aku berulang alik ke Melaka.

Pada mulanya minggu ni nak rehat2 di rumah... maklumlah asyik balik Melaka bila hujung minggu .. rumput depan rumah dah setinggi orang.  Rumah aku dah macam rumah tinggal... sebab orang nak dtg potong rumput tapi tuan tanah takde rumah.

Bila dapat berita dari cik abang yang MIL masuk hospital... aku terpaksalah balik Melaka minggu tu...

MIL memang selalu mengalami masalah pernafasan.... sebab doktor kata paru-paru MIL dah keras... jadi bila bernafas udara yang masuk tak banyak.  Tak taulah pulak apa sebab musababnya....

Aku bercadang bertolak malam hari Jumaat selepas si kecik balik dari sekolah petangnya.

Bila dah selesai makan dan solat maghrib... kami semua bersiap2...

Perjalanan di waktu malam memang selesa... tak panas... kereta pun tak banyak.  Ude yang memandu pun rasa selesa...

Sampai aje Melaka... aku call cik abang... niat di hati nak terus ke hospital... tapi kata cik abang MIL dah nak tidur... esok aje datang...

Maka kami pun melencong ke Taman Kota Laksamana... untuk ke gerai Asam Pedas Hajjah Mona..


Anak2 semua makan asam pedas tetel... cuma aku aje makan asam pedas ikan kembong...




Bila perut dah kenyang baru kami balik untuk merehatkan badan...

Pagi Sabtu.. cik abang awal2 dah keluar sebab ada program...aku dan anak2 ke Hospital melawat MIL...

Alhamdulillah.. tengok MIL dah hampir sembuh... katanya mungkin dia balik hari tu...

Tapi tekanan darah yang tinggi membuatkan dia tak dibenarkan pulak.

Malam hari Sabtu... cik abang aku keluar lagi... ke rumah Big Boss... ada meeting... katanya malam ni lambat balik sebab ada perkara nak bincang...

Jadi lepas maghrib... aku dan anak2 bersiap2 untuk ke Hospital semula...

Duduk sebentar berbual dengan MIL... dan kemudian meminta diri untuk memberi ruang MIL berehat.  Malam tu aje... tekanan darahnya dah melambung sehingga 210/?? aku tak ingat... tinggi tu....

Keluar dari hospital dah lebih jam 11 malam.

Disebabkan cik abang balik lambat... adik ipar aku mengajak aku melepak di Hang Tuah Mall.




Aku memang tak pernah menjejakkan kaki ke Hang Tuah Mall di waktu malam.

Kami duduk di sebuah cafe... Cafe El Izad's... sambil pekena teh tarik kami dihiburkan dengan pengunjung2 yang berkaraoke...

Yang buat anak2 aku melekat ialah melihat gelagat2 mereka yang bernyanyi dan ada juga yang menari.






Si  'budin yang tak penat2 menari... patutlah dia slim... tapi lagu apa pun gaya tarian dia sama aje...

Terkekek2 kami ketawa melihat macam2 kerenah mereka di sana.

Ada yang sedap nyanyian mereka... ada yang sumbang ke laut... ada yang emosi je berlebihan suara ala kadar je... semua tu buat kami tak kering gusi... ditambah dengan sorang pengunjung tetap di situ yang dipanggi dgn nama 'budin' menari sesuka hatinya.....tanpa menghiraukan pengunjung yang gelihati dengan gelagat dia... dia terus menari....

Bila lama duduk di sana perut mula berkeroncong.. aku mengajak anak aku ke warung bersebelahan untuk pekena Char Kuey Teow Penang style...


Gambar Kuey Teow tak berapa memuaskan... tapi rasa memang best!!

Kami balik ke rumah hampir jam 1 lebih... tapi cik abang tak balik lagik.

Sebelum tidur... aku pesan kata anak2 untuk bangun pagi2....

Nak pergi makan nasi gunting di Pasar Melaka...

Tapi... seperti biasa... bila dah tidur semula lepas subuh... memang liat lah nak bangun bebudak tu...

Last2... aku ke pasar Melaka dengan anak sedara dan beli Nasi Gunting yang dibungkus sahaja.


Pelanggan yang berderet di kedai Nasi Gunting Hj Awal Hj Juki

Tengahari Ahad tu cik abang balik dari program bersama Big Boss ... terus ajak aku ke Hospital untuk mengambil MIL yang dibenarkan pulang

Aku dan anak2 balik ke Shah Alam petang Ahad tersebut...

Kali ini rasa puas hati juga balik Melaka sebab dapat makan asam pedas... nasi gunting... dan lepak2 di El Izads... cuma yang kami tak dapat makan ialah Yong Tau Fu...

Nantilah... mungkin balik ke Melaka di lain masa dapatlah pekena Yong Tau Fu Pantai Puteri...




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

15 comments:

Zareda Norman said...

saya hari tu kerja kat melaka 3-4 hari tak tahau nak makan apa yg bes.. alik alik pi umbai. Asam peda bukit cina tu puas zar carik tak jumpa jalannya.

MOKCIK AZWA said...

nasi gunting tu camno ropenya kak?

sekadar satu coretan said...

salam kak anie...
sedapnye asam pedas tu...dah terliur saye ni...
kedai nasik gunting tu pernah dgr..tapi blm pernah gi lagi...sedap ke kak anie..

Kak Anie said...

Zar... asam pedas Bukit China tu.. dekat2 dengan Bank Simpanan Nasional...yang dulu bangunan Bank Negara... kalau akak kat Melaka... Zar pun ada Melaka bolehlah kita pi beronggeng kan... Nanti akak cuba googlekan...

--------------------

Azwa...nasi gunting tu cuma nasi putih... yang dihidang bersama telur asin... timun...cili hijau hiris..Gulainya pula daging yang dimasak besama perut lembu... nasi itu cuma akan digemari oleh orang yang suka makan perut lembu

-------------------

Ainnoraini... kalau ain suka makan perut lembu.. memang nasi gunting tu sedap... ain cubalah cari gerainya di Pasar Besar Melaka...

Acik Erna said...

salam anie..sama lah kita..hari sabtu dan ahad.sampi perut mintak tolong..asek makan2 aje..
kalau pi melaka..akak taunya pi bandar hilir je anie.ditempat lain akak tak tahu..kalau tak boleh juga mencuba nasi gunting tu..

Cat Cat said...

Kak Lady,
Dulu masa ayah Cath masuk hospital, dia pun ada buat exercise tiup belon tu... Memang susah nak naik-kan belon bila paru-paru kita lemah... Lengoh Cath tengok abah Cath cuba nak tiup belon tu...

zino said...

terpikat dengan asam podeh tu yo hari tu cari tak jumpo hehe

DLSJ Sahrul (nbk466) said...

Cite pasal makan jer nie K.Lady..tak buleh tahaannnn...hi.hi.hi..

Unknown said...

kena cuba ni k alau gi melaka..pasar melaka tu kat mydin tu ker

umeboshi said...

ume dulu pernah gak keje n dok kat melaka. dok kat taman cempaka (setentang dgn tesco yg ada sekrg ni..). tapi tak pernah lak tau nasi gunting. ehehe..ume tak suka perut lembu, so...mungkin tak kena selera ume la kot nasi gunting tu eh.. anyway, masak asam podeh mmg sedap!!

aNIe said...

Kak...memang pun kalau hujung minggu, anak2 ada bersama kita pun berpesta makan... bak kata akak...perut sampai mintak tolong...hehehe

-----------------

Cath...memula akak ingat bebola tu kena tiup...rupanya kena sedut... memang penat dibuatnya...kita yang muda ni pun sempot menyedut bola2 tu

-------------------

Zino... kena ikut jalan Gajah Berang...pastu masuk Ong Kim Wee arah nak ke Mahkota Parade... pastu first simpang traffic light kat Tmn Kota Laksamana tu ambil simpang kiri...

Kat situ banyak gerai asam pedas... ada nama Asam Pedas Pokok Besar... Asam Pedas Claypot...semua sedap

--------------------

DSJ Sahrul...bab makan mana boleh tahan...

--------------------

Ina...aha...pasa besar Melaka kat Mydin 24jam tu... tingkat atas...cubalah...orang Melaka memang tau nasi gunting tu kat mana

--------------------

Umeboshi... Taman Chempaka tu dekat dengan rumah adik ipar akak... memang kalau dari rumah MIL...dekat aje dgn TESCO tu... tak sampai 10 minit pun...

Asam podeh memang sodap...!!

NaniRostam said...

Apa kena mengena dengan gunting kan?Kot dia potong perut lembu tu pakai gunting....

Papa-NtiQ said...

Menarik Anie..saya dah bertahun gi melaka tp belum sampai sini lagi. salu jugak dengar hj mona asam pedas tapi saya salu gi asam pedas malinja kat strait meridiean tu. blog kite konsep sama je makan, makan dan makan hehehe. Nanti singgah ye kat blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com Baru je 4 bulan..menyusu lagi tu...jadi register la follower yer Anie jadi ceria la skit hehe TQ TQ

aNIe said...

Nani...yang digunting tu perut & daing lembu tu...nasi tak pulak digunting...hehehe

-----------------------

Papa NtiQ...terim akasih kerana follow blog saya... blog saya dah antik dah...hahaha... bertahun dah ... ni pun blog baru...yang lama dah tutup... saya dah follow blog papa... thanks sebab follow

fazliana said...

sedap sgt...suka makanan ini la paling feveret

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails