Coretan rempah ratus kehidupan... Kisah suka duka yang sempat aku rakamkan untuk tatapan dikemudian hari...
Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...
Klik Klik Sini Dear...!!
Thursday, October 28, 2010
Air Pelupa ...
Isnin lepas si kecik dah selesai peperiksaan akhir tahun...
Wah !! Bukan main seronok lagik dia...
Asyik melekat depan komputer aje...
Farhan pun sama...biarpun peperiksaan sdg berjalan...cuma waktu dia dipendekkan hanya 2 jam sehari ...
Semalam semasa Farhan di meja komputer....Sya telefon aku...
Biasalah kalau dia call memang berbual tak hengat.... kadang dari berdiri terus tarik kerusi untuk duduk...
Semasa aku berbual... Farhan dia sedang bermain game di desktop....
Kemudian dia cakap...
'Ibu...bila nak abis bercakap ni...'
Dia dah mula rimas bila aku berdiri dekat dengan dia lama begitu...sebab dia nak buka Facebook dia dan takut aku mengerling ke skrin komputer nanti ...hmmmm....anak bujang...biasalah tu...
'Nanti lah...dah lama ibu tak cakap ngan Mak Lang...'
'Saper tu...?'
'Farhan... dia sakit ati aku berdiri lama2 kat sini...'
'Kenapa...'
'Dia nak main komputer...kan aku berdiri kat tepi dia ni...'
'OOh....'
'Geram betul bebudak ni... ni nak cuti sekolah nanti lagik aku pening....bergaduh nak main komputer...asyik mengadap komputer je... tak penat2 agaknya....'
'Yelah... kat rumah aku pun camtu jugak...'
'Sya... kalau lah ada orang yang pandai buat air pelupa...atau pembenci... suruh bebudak ni benci atau lupa pada kmputer kan bagus...biar diorang belajau je....'
Masa ni sya dah tergelak besar....
'Kak anie... kau tau tak... kalaulah ada orang boleh buat air pelupa ke air pembenci pada komputer.... mesti laki kau yang pergi carikan untuk kau dulu....'
'Hahahahahaha...kuang hajau....'
Setepek kena kat muka aku...padan muka....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
Labels:
Cerita aku,
Macam2 Cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Hahaha....best best betul Sya kenakan kakak dia yer...hehehe
kena sedas
alamakkkkk!!!!
bukan takat kena tempias, basah kuyup terus :)
HAHAHA..!
camno nak jawap tu..tak dapek den nak nolong..
Mokcik...memang selalu terkena ngan sya tu...hahaha
-------------------
PB...Bulls eye!! Heheheh....
-------------------
shafarina...tulah pasal...hahaha
------------------
Pinatbate...memang tak dapek lah nak nolong...hehehe
salam kak
hehe sekali terkena sendiri ya...
anie..ha ha ha..betul la kata sya tu..akak pun agaknya dah kena bagi air pelupa he he..
hahaha..kak sya pandai, terkena sekali kak anie..:D
parah.. nak ubatkan anak rupa-rupanya kita yang perlu diubati dulu
manje...nak mengenakan anak2...sendiri terkena...
------------------
Kak...tulah pasal...samalah kita...
------------------
Yus...dia memang pandai...pandai mengenakan akak...hahaha
-----------------
nuraarin...hahahah...tulah pasal...
Hahahaha kak.. lawak sungguh ler.. like mother like son ler kak ;)
tak payah guna air pelupa ke apa ke.. beli je laptop tambahan.. tak de lah mak berebut nak guna hehe
iina...hehehe...kadang mother lagik lebih...
----------------
zino...yang tu kena siapkan pitihnya...
Post a Comment