Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, September 20, 2010

Selamat Buat Anak-anak...



Anak aku si kecik dah mula bercuti 3 hari...

Sebab semua sekolah sudah bersiap sedia untuk peperiksaan UPSR esok..

Dari Jumaat lepas pun kelas dia dah digabungkan dengan kelas lain sebab meja & kerusi telah digunakan untuk peperiksaan tersebut.

Dalam orang ramai masih lagi tak habis beraya... anak2 tersebut akan menduduki peperiksaan.

Mungkin ada yang kata... 

'Alah... UPSR je...'

Tapi saingan sekarang terlalu hebat....

Masing2 berlumba2 untuk mendapat A untuk semua mata pelajaran.

Dan kita sebagai ibubapa kalau tumpang merasa bangga tatkala mendapat tau  anak si polan ... atau cucu si polan mendapat 5A...

Apa tah lagi kalau yang mendapatnya adalah anak sendiri atau anak2 sedara kita.

Tahun ini... ada 3 orang anak sedara aku yang akan mendudukinya...

Buat ketiga-tiga anak sedara ku...

Muhammad Afiq

Muhammad Wafy

Muhammad Qayyum

... SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR esok...

Semoga dipermudahkan segalanya... diberi ketenangan menjawab soalan dan beroleh kecemerlangan...

Dan tak lupa juga buat semua kawan2 blog dan pengunjung yang mempunyai anak yang akan mendudukinya esok..

Anak-anak... jangan lupa esok bangun awal... sarapan... dan mulakan apa saja dengan bacaan 
BISMILLAH HIROHMAN NIROHIM....

Jangan panik... itu yang penting...
Semoga semuanya berjaya...






...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

3 comments:

M Y S H I said...

aha all the best to them :)

ilahjy said...

salam kak anie
anak bongsu ilah UPSR hari nie..
ilah nak p teman kat sekolah tapi ana kata ana dah besar ..malu lah mama... tak sangka dia kata mcm tu.. ilah sanggup tak posa hr ni nak mkn dikantin masa rest dgn ana.. apa kan daya ana tak kasi..smga ana tenang dlm dewan..smga berjaya dgn cmrlang. doakan kak ya?

Kak Anie said...

Miranisa... semoga mereka berjaya...

Ilah...bebudak ni dah pandai malu kan...kita ni masih anggap diorang tu macam anak kecil lagik...hehehhe

Semoga ana berjaya dgn cemerlang...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails