Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati Lawiya dibunuh ...?

Pagi tadi sebaik sahaja keluar dari bilik air...

Adik ipar aku menghulurkan aku akhbar Mingguan Malaysia...


 Gambar dari Utusan Online...

Walaupun kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang lagi mangsa yang turut tidak ditemui lebih seminggu lepas banyak mengundang spekulasi yang berakhir seperti yang dijangkakan...tapi berita yang dipaparkan didada akhbar itu begitu mengejutkan.

Andai benar seperti apa yang dilaporkan....pembunuhan kejam itu memang tidak berperikemanusiaan.

Di hari baik...bulan yang baik ini...keluarga mereka menerima berita yang tidak sama sekali mereka harapkan.

Doa dan harapan ahli keluarga yang terlibat pasti hancur berkecai...

Namun...andai itu yang telah ditakdirkan...memang kita sebagai hambanya tidak dapat mengelaknya...

Memang aku pun terperanjat...kerana tak siapa akan menyangka hidup jutawan kosmetik itu berakhir dengan begitu tragis sekali.

Aku adalah salah seorang dari mereka yang pernah menggunakan jenama kosmetik beliau dahulu... dan tidak dinafikan empayar kosmetik yang beliau bina banyak memberikan sumber pendapatan yang lumayan pada mereka yang menceburi bidang perniagaan kosmetik...

Sesungguhnya kehilangan beliau adalah satu kehilangan besar dalam industri tersebut.

Takziah buat semua keluarga yang kehilangan...

Semoga roh mereka..... Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin, Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abdul Karim dicucuri rahmat ...

Dan pada mereka yang telah melakukan pembunuhan kejam itu...aku berharap mereka akan menerima hukuman yang setimpal...seperti kata pepatah...sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Jangan fikir kita akan terlepas dari apa yang telah kita lakukan... lebih2 lagi kalau ianya melibatkan nyawa seseorang...


Berita penuh :  Sila klik di sini untuk berita selanjutnya....







...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

5 comments:

~ez~ said...

hmm..sedih la kak dgn berita nih..walaupun husband awal-awal dah bgtau..mmg mereka dah dibunuh..tp tak jangka sebegini rupa akhirnya..dibakar!

kesian..kat semua mangsa..yg 3 lain tu anak-anak masih kecil..lawyer tu senior saya kat U dulu..

ntahlah..harap sgt mereka yg buat pembunuhan kejam tu dihukum bunuh juga. semua yang terlibat! huhuhu..moga2 mereka ditempatkan dikalangan org2 beriman.. alfatihah..

zino said...

memang perbuatan yg sangat kejam.. walau apapun alasan nya..

al fatihah..

Kak Anie said...

Leeya...kematian yang tiada pusara...pasti sedih sgt pada mereka yang kehilangan...

Kesian kan? Kejam betul pembunuh tu...

Al-Fatihah...

------------------

zino...apa jua alasan mereka.... bukan hak mereka untuk membunuh...

Al-Fatihah

hentian said...

Kat Malaysia ni dah jadi common kes bunuh. Yang IM bimbang ialah ikan bilis yang jadi mangsa macam kes Altantuya.

Wait n see....

Kak Anie said...

IM...tulah...yang besar2 dpt mengelakkan diri dari dijejak...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails