Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, August 16, 2010

Raya Shopping Spree...

Dua hari aku menghilang dari FB dan blog...

Aku ...sihat alhamdulillah...

Cuma Jumaat malam cik abang sampai dari Melaka.  Walaupun dia sampai lewat dan terlepas waktu berbuka bersama...tapi Alhamdulillah selamat sampai dan dpt menjamah juadah berbuka puasa pada hari itu.

Sabtu... cik abang awal2 dah cakap nak keluar membeli pakaian anak2 untuk hari raya.

Rancangan untuk berbelanja sebelum puasa kelmarin terpaksa dibatalkan kerana sebab2 tertentu.  Jadi terpaksalah membuat aktiviti bershopping pada bulan puasa.

Bercadang keluar lepas waktu Asar..bermakna kami akan berbuka di luar.

Sampai aje di Plaza Massalam...aku dan Ude pergi menempah meja untuk berbuka puasa di Chicken Rice Shop... sementara cik abang dan anak2 yang lain dah ke kedai selalu kami membeli baju2 kurung & baju Melaka.

Agenda utama...mencari baju Melayu anak bujang 2 orang tu.



Menghabiskan masa hampir 2 jam di situ.  Pening kepala melihat berbagai jenis baju2 kurung siap di situ.  Aku dapat 3 pasang baju di sana...hahahaha....anak2 dapat sorang sepasang baju Melayu.  Ibu mereka pulak yang lebih....

Bila masuk waktu berbuka...kami berehat sebentar.  Berehat dari bershopping...kita makan dulu.

Selesai makan...dan menunaikan solat maghrib....

Sambung shopping lagi di kedai sebelah...Reject Shop.

Anak2 aku memang suka pergi situ.  Sebab mereka suka T-Shirt2 yang ada kat situ.  Kat sini aku tak beli apa2..cuma membantu anak2 membuat pilihan.

Kemudian...ke kedai menjual songkok dan kain sampin.

Tahun ini...pertama kali Farhan membeli songkok...kalau tak dia memang tak suka memakai songkok di pagi raya.

Aktiviti bershopping berakhir jam 10.00 lebih...yelah...kedai pun nak tutup dah.

Dalam perjalanan pulang...cik abang mempelawa kami makan roti canai di kedai berdekatan.

Masa ni perut aku cuma boleh masuk air aje.

Yang lain2 makan roti canai...kecuali aku dan Fareez...memang dah tak boleh masuk apa lagi.

Sebelum sampai ke rumah...seorang jiran kami berbangsa Arab yang membuat Catering untuk juadah berbuka puasa menelefon aku...

Katanya...ada lebihan kebab syawarma dan juga Mandi Hamam (Nasi Mandi Burung Puyuh) dari tempahan yang dibuat...dan dia teringatkan aku dan anak2...

Maka kami terus ke rumahnya.

Rezeki anak2 untuk sahur.  kebab dan nasi Mandi..

Jiran aku ni memang mengambil catering untuk makanan Arab.  Masakannya memang sedap...

Kalau ada siapa2 yang ingin mencuba...sila klik sini...  Al-Habib Catering




Hari Ahad...

Aku dah berpesan pada cik abang...aku nak ke SACC hari ni kerana aku nak hantar set bersalin pada pelanggan yang berjanji untuk berjumpa di sana.

Kami keluar rumah jam 10 lebih... sampai ke SACC hampir jam 11.  Kami membawa si kecil bersama kerana ingin membelikan kasut untuknya.

Psst!!  Aku pun dapat sepasang...tak sia2 menerai2 kasut di depan cik abang...hahahaha



Dari jam 11 pagi...aku dan cik abang round keliling SACC sampai jam 2 baru kami bertolak balik...

Sampai aje rumah...aku terus menumis asam pedas untuk juadah berbuka.

Habis aje memasak... kami bersiap semula membawa semua anak2 ke Jusco Bukit Raja...

Shopping lagi....

Malas dah nak tulis ... penat.

Penat bershopping...dan sampai ke malam...bila balik rumah .... selepas berbuka baru terasa kaki aku kejang.

Mau tak kejang. 

Dua hari berturut2 shopping hanya kerana nak mengejar masa kerana minggu depan tak tau lagi samada cik abang tu dpt bersama atau pun tidak.

Lepas ni...'no more' shopping.  Cukup dah... tinggal nak ambil tempahan biskut raya aje. 

Langsir ke...apa ke... tak tukar dah...

Rumah pun takde nak dicat baru. ..

Perabot pun takde nak beli atau tukar yang baru pun...

Baju memang tukar baru sebab anak2 aku ni bila nak raya aje ayahnya membelikan diorang baju yang lebih dari biasa.  Itu pun takde lah sampai berpasang2...cukup sorang dpt 5 helai t-shirt atau 3 helai seluar jeans.  Lepas tu rehat dari bershopping untuk jangkamasa yang panjang.

Jadi...tamatlah sudah episod bershopping untuk raya tahun ini...

Tahun 2011...Insyaallah kalau ada umur kita shopping lagik...heheheh









...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

20 comments:

zareda said...

Kak anie
bes kan sesekali meronda nipiskan poket.. heheh siapa yang pakai kasut buble gummers lagi tu.... sama macam akak zar pun tak de tukar langsir sofa bagai

Alina... said...

wah kak ani shoping giler tu.. sekali shoping 2 hari terus menerus..mcm kita 3 mggu berturut2 shoping, semingu sekali ajer shoping..sbb si kecik tkleh lama2 kat shoping..so shoping kejap2 ajer..

pu3mawar said...

kak ani,
best nye dapat kebab, jeles, jeles...

amboi shopping mcm letour de langkawi lak...

shafarina said...

ishk penat tu, saya kalau lepas berbuka takde soping dah.. terus balik :)

dan satu hari satu kompleks jer.. tak larat pi byk2 tempat.. jadi lama jugak la nak bersoping nyer..

tapi, tak start pon membeli lagi ni :)

KV said...

saya tak abih lg shopping kak. Alahai letih nya nak jalan2 carik barang. Huhu

sekadar satu coretan said...

salam kak anie...
saye pun same keluar gak gi sunway cari brg anak2,kering tekak dibuatnye...
malamnye kami berbuka puasa kat luar..

AuntieYan said...

Salam Anie,

Wah! nak raya sakan gayanya.... :-)

ChentaHati said...

amboi kemain shopping! saya tak sempat lagi nak beli itu ini kak!

Anonymous said...

primavera tgh sale kan 50%...hrtuh tak sempat nak beli...anak2 dah besar senang nak shopping mopping...saya anak kecik2 beli sikit2...pergi sorang2 or ngan husband bawak ukuran siap2 hehehehe

Acik Erna said...

anie..patut suka sangat ci abang ajak shopping..memang la mak lebi dari anak,,he he..tak pe..bila lagi ibu nak dapat kan..akak untuk sendiri..belum lagi.rasa nak pergi juga..selalu akak ke kajang..ataupun pkns bangi tu cari baju kurung siap..

Mak Su said...

shopping early, elakkan kesesakan.

akak pun buat kuih raya ya?

iina said...

yelah harap shopping time nak raya jek mmglah shopping sakan kan kak.. lepas nie dah sibuk nak beli kuih raya pulak.. ;)

Kak Anie said...

Zar...si bongsu akak tu memang tiap tahun pakai bubble gummers... hehehe... memang best menipiskan poket cik abang...hahaha

-----------------------

Alina...akak ni memang dari dulu...kalau pi shopping raya...keluar pagi sampai ke petang...siap berbuka kat luar lagik...tapi tulah pergi sehari dua je...pastu dah takde lagi

-------------------------

pu3mawar...ni kalah letour de langkawi...hehehe

Kebab tu sedap...dpt makan sorang segulung pun dah kenyang sampai bebuka esok ptg

-------------------------

shafarina...akak kalau pergi shopping memang waktu tenghari atau petang sampai berbuka... sebab nak abiskan aktiviti bershopping secepat mungkin...heheh

Dah beres senang hati

Kak anie said...

KV..memang penat bershopping kat...baik anak2 akak dah besar...kalau kecik2 lagi...mau pening dibuatnya

-------------------

ainnoraini bila dah keluar tu memang tak sempat nak memasak...mestilah berbuka kat luar je...hehehe...tu yang best tu...

-------------------

Kak Yan...dah lama tak beli baju kurung...heheheh


--------------------

Chentahat...sesekali dpt peluang berbelanja...apalagi...shopping ler kita...hehehe

-------------------

Anon...akak jugak ada kawan sorang tu...anak ramai kecik2 pulak tu...siap bawak ukuran je...nak bawak reramai takut memeningkan kepala

Kak Anie said...

Kak...mak dia yang berlebih2 dari anak...hahahhaa

Anie pun selalu beli yang siap aje...tak tau kat mana nak upah baju kurungnya

--------------------

Maksu...akak dah sampai tahap di mana akak malas nak buat kuih...beli je...hahaha

--------------------

iina...kuih raya dah order...tunggu ambil je...hehehe...lepas ambil kek...tunggu raya je

--------------------

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

shopping sakan tu Kak Anie... mana tak kejang.. hehe

MOKCIK AZWA said...

waduh waduh kak anie..shopping sakan nampak gayanya. bertuah dapat cik abang yang prihatin hehehe

dah penat shopping dapat plak makan kebab ngan nasi mandi ...bestnyerr...

en_me said...

shopping sakannns tewww.. ehehe

salamm ramadhan akak anie itteww

JAI said...

Hahaha..maknyer yang lebih nampak gi shopping..hehe..apa2 Selamat berpose dibulan ramadhan..

aNIe said...

Sari Yusa...nasib baik pakai sandal aje...kalau pakai kasut tumit mau tak boleh jalan dah...

--------------------

Mokcik...rezeki di bulan puasa tu.

Sebenarnya akak jenis tak kesah...jadi jiran2 tu tak merasa kekok nak memberi...sebab ada orang takut nak bagi makanan lebihan catering sebab bimbang disalahertikan

--------------------

en_me...salam ramadan dan selamat berpuasa dari akak...

Dah berpuasa mestilah dah bersedia nak raya kan...so shoppinglah apa lagik...hahaha

---------------------

Jai...ambil peluang sesekali...kalau anak2 tak dibawa bershopping mak pun tak dapat tau...so sambil anak cari baju...mak dia pun cari baju dia...heheh

Selamat berpuasa buat jai & isteri juga...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails