Kelmarin masa balik ke Melaka...baru terasa akan kedatangan hari tersebut... kerana bandar Melaka dihias dengan Jalur Gemilang di sana sini.
Melalui sepanjang jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Malim... Jalur Gemilang berkibar indah.... terasa seronok sangat... timbul rasa megah dan bangga menjadi rakyat Malaysia...
Tanamkanlah dalam diri kita semangat cintakan tanahair kita MALAYSIA...
Kerana di sinilah kita dilahirkan... dibesarkan... diberikan pelajaran.. tempat kita mencari nafkah.. dan insyaallah tempat kita disemadikan nanti.
Kalau bukan kita yang mempertahankan tanahair kita siapa lagik? Jangan biarkan negara kita tergadai dek kelalaian dan kesilapan kita.
Jadikanlah sejarah lalu sebagai pengajaran... dan sekali kita Merdeka .. jangan lagi kita dijajah.
Bukan hanya dijajah negara kita... tapi semangat dan jiwa kita haruslah juga merdeka dari segala anasir dan gejala2 yang merosakkan bangsa kita.
Ingat anak2 muda... bahawa andalah golongan pelapis negara yang diharapkan mendukong segala matlamat dan cita2 negara.
Belia itu harapan negara... jadi... janganlah jadi belia yang umpama sampah masyarakat... kerana jika runtuh akhlak belia sekarang maka tak taulah apa yang akan jadi pada negara kita di masa akan datang.
Pada semua rakyat Malaysia....
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 53 esok 31 Ogos 2010.
Cuti lagik...Yeaaayyyy!!!
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
10 comments:
salam kemerdekaan kak anie :D ~
selamat hari merdeka kak anie...
salam kak anie.
betul kak. anak muda sekarang terlalu ikut kan perasaan ....
bertindak melulu
Saya bangga menjadi rakyat MALAYSIA
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 53.. Moga negara kita akan aman makmor hendaknya..
Apakah makna merdeka pada tahun 2020, selepas 63 tahun kita merdeka ye kak??..
53 tahun merdeka, kita makin rumit di'jajah' minda dan budaya... generasi 'merdeka' skrg dgn relahati membuka ruang dan peluang kpd penjajahan oleh bangsa asing..
mampukah kita terus mempertahankan kemerdekaan ini?..
atau akan kembali ditakhluki negara dan juga jiwa..
(org dan pejuang dahulu... jiwa mereka lebih merdeka berbanding kemerdekaan tanahair.. maka itu kemerdekaan dpt dicapai... generasi skrg????)..
tetiba rasa sayu nk laungkan MERDEKA!.. Maaf kak.. tumpang mengadu di sini..
anak2 muda...peliharalah kemerdekaan malaysia dengan megah dan tulus
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Semangat nih....
merdeka!!!
Salam merdeka juga manje...
------------
Intan...lama tak dengar khabar...salam merdeka juga dari akak...
---------------
dEewan...tak taulah apa nak jadi anak2 muda sekarang...kalau mereka tak sedar betapa mereka itu penting untuk masa depan negara...susah nanti...
Akak pun bangga menjadi rakyat Malaysia...
------------------
Rinna...semoga akan makmor selamanya...
Tiny...anak2 sekarang dah hidup mudah...senang...mereka lupa betapa seksanya hidup jika dijajah...semangat cintakan tanah air seperti sudah pudar...tgklah gelagat mereka tiap kali malam kemerdekaan...kadang2 membuat kita marah dengan gelagat mereka yg seperti anak muda yg tiada arah tujuan...
Semoga kemerdekaan ini akan kekal...
-------------------
Maksu itu harapan kita...dan tugas kita juga sebagai ibu bapa menerapkan rasa cintakan tanahair dlm jiwa mereka...
-------------------
Elly & Farra...MERDEKA!!
Post a Comment