Bermula dari 10 - 19hb Jun 2010.
Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Sukan Malaysia di ------> sini
Maskot Sukan Malaysia kali ini sudah tentulah Sang Kancil yang bernama Tuah
Diskripsi
Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.
Konsep
Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.
Nama
Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010.
Untuk mereka yang mahu memberi sokongan kepada Sukan ini...
sila semak venue & acaranya di -----> sini
Sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama memeriahkan Sukan Malaysia yang kebetulannya jatuh pada musim cuti sekolah
Tapi...
Malangnya...tarikh tersebut hanya sehari bertembung dengan FIFA World Cup kerana World Cup akan bermula pada 11 Jun. 2010
FIFA World Cup yang hanya muncul 4 tahun sekali ini memang sentiasa dinantikan oleh peminat2 fanatik bola di seluruh Malaysia.
Jaguh2 bola sepak dan juga pasukan2 ternama dunia ini akan beraksi dari 11 Jun 2010 hingga 11 July 2010.
Jadi...yang manakah pilihan anda?
Rasanya elok juga kita beri sokongan pada Sukan Malaysia yang akan berakhir pada 19 Jun..kerana World Cup cuma akan berakhir pada 11 July nanti. Ini bermakna...kita masih berpeluang menyaksikan pasukan2 kesayangan kita sebelum ianya berakhir...
Marilah kita beri sokongan pada Sukan kita...
Majulah Sukan Untuk Negara...!!
Heheheh......suka pada tagline tu...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
6 comments:
kalau anie tak terbit kan cerita sukma alamat tak ada lah org tau.. cerita bola akan menengelamkan semua cerita sukan hehe
Zino...tulah...kurang promosi dari media...nampaknya TV pun banyak mempromosikan FIFA...tak nampak pun SUKMA dipromosikan di media...sedih kan? Sukan sendiri dianatirikan...
saye pun tak tahu bile adenye sukan sukma ni...tak de promosi ...nasib baik ade kak anie...dpt gak info...tq...
betu.. betul.. betul.. upin-ipin
anie..sukma tu akak tau..sebab..tiap kali akak nak main tenis tu..dapat padang waktunpagi je..dia orang kata..kul 9.00 budak2 sukma nak guna padang..tu yang akak tau awal tu..tengok budak2 berlatih tenis..
Ainnoiraini...tulah pasal...kenapa takde promosi kan? World cup tu hebat sgt promosinya...
-------------------
Anon...hehehe
------------------
Kak...anie pun tau sebab cik abang & anak lelaki yang kerja kat Melaka tu sibuk sebab terlibat dengan persiapannya...
Post a Comment