Semalam...aku balik ke Melaka semula...
Menerima berita anak sulung ku terpaksa dibedah kerana appendix...maka aku menalipon adik iparku yang berada di KL untuk mengambil anak2nya...
Ini kes emergency...
Tengahari Khamis semalam...aku dah bertolak balik dengan anak2 ku terus ke hospital Putra.
Sampai sahaja...Munir sudahpun selamat dibedah...Alhamdulillah...
Nasib baik ketika dia sakit ... ayahnya ada di rumah...kerana nenek dan makciknya sudah bertolak ke Cameron Highland untuk menghadiri bengkel.
Kawan2 FB aku telah pun diupdatekan di statusku...terima kasih banyak2 untuk yang mendoakan.
Nampaknya dalam keluargaku dah 3 orang termasuk cik abang yang dah dibuang appendixnya...
Kini Munir sudahpun keluar dari Hospital dan berada di rumah nenek.
Mungkin Ahad pagi aku akan membawanya pulang ke Shah Alam.
Mendapat cuti sakit selama 14 hari pasti membuat dia bosan giler... sejak semalam lagi ... selepas bedah aje dia dah kata... 25 hb nanti ada 'game' bola di Teluk Intan...
Bola ??? Kena tolak tepi semua tu dulu...
Walau macamaner bosan pun...terpaksalah diturutkan kerana...kesihatan itu lebih penting.
Perlawanan bola ke apa ke ...semua boleh tungguuuuuu !!!
Semua itu boleh dilakukan setelah sihat seperti sedia kala....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
12 comments:
SemogaMunir cepat sembuh. Tak dptlah ke Teluk Intan ya....klu tak, boleh ckLah tengok2kan...tmpt ckLah ni..
semuga cepat sembuh nanti boleh main bola hehe
Alhamdulillah selamat...semoga cepat recover!
sekurang2 nya 6 minggu Anie baru bolih bergat dgn bola lagi....sakit2 pun masih ingat bola si Munir ni.
semuga munir cepat sembuh.
anie..semoga bujang anie tu cepat sembohnya..tengok2 kan anie..kadang2 lagi besar lagi susah jaga..
semuga cepat sembuh dan bertambah sihat.
semoga dia cept sembuh.. erm.. ramainya yg sakit dalam family? huhu~
petang semala ke Hospital Melaka. Kalau tahu boleh singgah di putra.
Harap Munir sihat. Syukur tahu awal kak.
Kawan saya tahu dia sakit perut tapi dia buat tak tau sahaja. Pergi klinik ambil ubat tanpa buat pemeriksaan.
Bila sudah tidak tahan sangat baru ke GH. Dah terlambat. APendiks dah pecah. :(
hampir sebulan di ICU sebab banyak organ dalaman dah tak berfungsi.
ISnin lepas meninggal dunia. :(
Sebab tu selalu ingatkan orangs ekeliling jangan ambil mudah jika merasa sakit.
Syukur munir dan keluarga kakanie, bertindak segera!!
kak anie, semoga munir cepat sembuh. Banyakkan dos vitamin c dan kalau nak cepat sihat dan luak cepat sembuh amiklah spirulina. Ni pengalaman sendiri, mmg banyak bezanya.. lepas ni kena jaga makan jangan makan pedas pedas cili api banyak sangat
alah rupanya Munir kat Putra. Nak tgk blh dkt jer dgn tempat keja saya fp sori baru tau mlm ni. Moga Munir sabar dan bpantang sikitlah. Kesihatan tu penting
Post a Comment