Kisah pengorbanan ayah pada anak...anak pada ayah dan ibu mereka....
Kisah kesengsaraan keluarga...kisah yang banyak menggambarkan kasih sayang yang tak berbelah bagi antara keluarga.
Mungkin kerana usia...maka hati ini menjadi begitu rapuh dan perasaan menjadi begitu emosional.
Tengahari tadi...aku menonton sebuah drama lakonan Wan Hanafi Su & Zizie Ezzete....
Drama kisah seorang ayah yang menyara hidup dengan mengayuh beca membesarkan anak perempuan tunggalnya tanpa insan yang bernama isteri.
Anak gadisnya sanggup mengambilalih tugas ayahnya mengayuh beca setelah ayahnya terjatuh dan tidak dpt menjalankan tanggungjawabnya mengambil dan menghantar pelanggan tetapnya ke tempat kerja.
Kegigihan dan kasih sayang anak itu pada ayahnya mengatasi segalanya...hilang rasa malu...dan sanggup berkorban apa saja untuk membahagiakan ayahnya.
Dengan menjalankan kerja2 ayahnya...barulah dia tau bagaimana ayahnya dipandang hina oleh tuan punya beca yang disewanya. Berazam untuk memberikan kesenangan pada ayah...dia akhirnya berjaya.
Setelah keadaan ayahnya pulih...dia pergi melanjutkan pelajaran...sehingga berjaya dalam hidup akhirnya dia dpt membelikan sebuah rumah untuk ayahnya.
Rumah tersebut adalah rumah orang yang telah menghina ayahnya...yang telah jatuh muflis.
Airmata kegembiraan ayahnya adalah kegembiraannya....
Masih adakah anak2 yang telah berjaya... yang masih ingat pada pengorbanan ayah mereka seperti yang digambarkan dalam drama itu?
Andainya ada...maka mereka adalah ibu bapa yang paling bahagia. Kerana rasa tanggung jawab dan kasih sayang seorang anak pada ibu dan bapa yang telah lanjut usia itu adalah harta yang tidak ternilai bagi kedua ibu dan bapa.
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
7 comments:
Ya Ya.. mak dan ayah saya adalah org yang paling bahaaaagiaaa sekali.. hihihihi...
(nampak sgt si anak ni perasan - masuk lif tekan sendiri..)
.. sampai keluar ayat daripada mulut diaorg: "isy.. korang ni kan.. tak buleh mak ngan ayah nk balik kampung sat.. ni baru sampai kampung, dah tanya bila nak mai KL.."
kata mak: dulu... org tua2 suka tanya, bila lah anak2 nak balik kampung... kenapa tak orang tua2 kt kampung yg dh tak de kerja tu je yang pegi jumpa anak2.. kan diaorg sibuk dgn kerja.. mak bapak kat kampung dah tak kerja, pegi berjalan rumah anak2.. buat apa nak merajuk2.. kan senang..
tapi.. bila time hari tertentu.. (kenduri atau raya).. HAH!!.. mmg PENUH la umah kampung tuh.. hihihi..
Alhamdulillah...Tiny...seronok kan? Harap2 satu hari nanti akak akan dpt merasa suasana meriah dan disenangi anak menantu untuk bersama2 merasa kebahgiaan mereka...
cite ni mmg best
sedih tgk
Tak mahu susahkan mak dan ayah!
InsyaAllah
anie..akak sedang sedap tengok citer tu,..hujan..apap lagi..hilang terus..tak sempat abis...malam teduhan kasih..best juga..
m.q....memang sedih...
-------------
tEDl...itu impian semua mak dan ayah...agar anak menjadi anak yang brtanggungjawab dan menghargai ibubapa mereka...
Insyaallah seandainya niat itu mulia ALLAH akan tunaikan...
---------------
Kak...anie nangis masa bapak dia rasa bersalah sebab Maisara kena bawa beca...bapak dia kata dia tak mampu beri kemewahan pada anaknya itu
sibbaik bapak dia stopkan pernikahan tu ek?
tp pelik la sikit. masuk peraduan tulis esei je pun dapat scholarship obersi ngan duit 30k. bertuah betul.
Post a Comment