Bismillahirohmannirohim...
Assalamualaikum....
Tahun ini tahun 2015... tahun kesedihan bagi kami... tahun ini kami kehilangan 2 orang yang amat rapat dalam keluarga....
Pada penghujung tahun 2014.... kami sekeluarga bersama ipar duai dan mertua telah pergi menunaikan ibadah umrah dengan izinNYA...
Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke tanah air pada awal 2015
Sekembali dari mengerjakan umrah... mertua acik tidak berapa sihat. Walaupun semasa hendak berangkat kesihatannya tidak begitu memberangsangkan ... namun semasa di Tanah Suci arwah sempat mengejakan umrah dgn sempurna dgn dibantu oleh anak2 yg ikut sama...Alhamdulillah
Dalam masa 2 minggu arwah tak banyak bercakap... sering menghabiskan masa berbaring dan mengerjakan apa yang wajib.... dalam pada itu... anak2 masih lagi berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan beliau. Tapi benar spt yang dikata... apa jua penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati..
Sehari sebelum menyahut panggilan Ilahi... mertua acik telah dimasukkan ke wad ICU kerana keadaan tubuh yang amat lemah.... 2 hari di sana arwah asyik bertanyakan anak sulongnya iaitu suami acik yg pada ketika itu berada di Pekan Baru..
Apabila mendapat panggilan video dari adik ipar... dan melihat keadaan bondanya yang begitu lemah dan memanggil namanya... suami acik bergegas balik bila sahaja ada kekosongan pesawat utk kembali ke Malaysia.
Suasana pilu menyelubungi ward ICU apabila melihat suami acik datang bertemu bondanya...sebaik shj melihat wajah anaknya itu... arwah mertua mengangkat tangan dan memaut leher suami acik...dan memeluknya.... kemudian mengusap kedua pipi anaknya....ketika itu hanya airmata yg mengalir melihat senario yg begitu sedih...tanpa kata...
Yang menjadi kenangan yg akan disimpan sampai bila2 oleh suami acik ialah apabila dia memohon ampun dari bondanya....
Arwah mertua terus berkata...'Kau anak yang baik din...Alhamdulillah' sambil mengusap pipi suami...
Selepas itu arwah menutup mata... namun tangannya masih menggenggam tangan suami
Dan pada 19hb Januari... Hari Isnin genap 2 minggu kembali ke tanah air... bonda mertua telah telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya setelah dibawa balik oleh anak2 bila doktor memberitau bahawa tekanan darah arwah semakin menurun...
Al Fatihah untuk arwah...
Selang beberapa hari...tanggal 1 hb April...2015... pada harijadi suami acik yang ke 56... hadiah yang paling tidak akan dilupakan ialah... pemergian adik kesayangannya menemui Ilahi...
Genap 73 hari mertua menyahut panggilan PenciptaNYA... anak keempat kesayangan arwah mengikut jejaknya...
Sakit ketumbuhan dlm perutnya yg membesar secara mendadak setelah kembali dari Umrah telah membawanya bertemu Ilahi...
Segala usaha telah dilakukan ... dan usaha terakhir ialah menjalani pembedahan sebanyak 2x di Hospital... setelah kali kedua dibedah dan berada di wad ICU selama seminggu ... dia menghembuskan nafasnya pada pagi Subuh 1 April... berita diterima pagi itu begitu mengejutkan kerana sehari sebelum itu..doktor sudah mengesahkan bahawa beliau dah sedar dan akan ditanggalkan segala wire pd peralatan yg disambung pd tubuhnya...
Yang paling sedih ialah apabila mendengar cerita anak sedara yg menemankan isteri arwah di wad malam itu...
'Mak Anjang... nak buat apa gosok2 baju ni...'
'Eh...esokkan Pak Anjang dah nak sedar... mak Anjang nak Pak Anjang tengok mak Anjang cantik2 ler...'
Allahuakbar... rupanya... malam itu... adalah malam terakhir isterinya berinteraksi dgn arwah... biarpun dgn hanya berdaya mengangkat kelopak mata...arwah akan respond setiap kali isterinya memanggil...
Acik memang sehingga sekarang merasa sedih... kerana arwah adik ipar inilah yang dulunya menghantar acik kerja di Pertanian Pulau Gadong dahulu... acik sama2 menghantar dia ke Pulapol utk menjalani latihan Polis... aciklah yang membuat persiapan perkahwinannya ... dah macam adik sendiri...
Tapi walau bagaimana sayang kita pada mereka ALLAH lebih menyayanginya... Banyak gambar2 arwah yang acik simpan kerana acik sekeluarga mmg rapat dgn keluarganya... percutian pun sering bersama...
Gambar2 di atas adalah gambar percutian di USS... dan yang terakhir ketika di Mekah...
Kini semua hanya tinggal kenangan...
Moga roh arwah mertua dan adik ipar ditempatkan bersama mereka2 yang dikasihi dan diredhai...
Al Fatihah....Ameen